ADA YANG BELI INSURAN BARU KAH?

 

ZUBAIDI SUDIN


Terkejut jugak aku Ipohmali PENJILAT SETAN Tua dah mula kritik dia dan cenderung sokong DSAI plak? Lagi aku terkejut si Pemudad bUstard MUNAFIK ni boleh plak copy n paste tulisan makhluk penjilat tegar SETAN Tua yg aku pernah tegur sebab tuduhan salah pada DSAI?? Semua puak ni nak beli insurance ke? Berapa kartel bayaq kat hgpa ni suruh keji DSAI? Hangpa konar pi sokong DSAI pun aku tak percaya dengan puak MUNAFIK..!!

Miqdad Zakaria

S14 thNoSdfdtvpemtobneser aeogt s14or:anug44hoagaed  · 

IMF : SUDAH SUDAH LAH TUN MAHATHIR...

Dalam temubual terbaru Tun Mahathir, Masih lagi mengungkitkan kisah pertembungan Ijtihad dalam menangani krisis kewangan dan kemelesetan Ekonomi tahun 1997 / 1998.. kononnya ds Anwar mengambil bantuan IMF.. Ia sebenarnya tidak tepat..

Biarpun aku berpandangan ada kebenaran model pemulihan yang dilaksanakan Tun pada masa itu dengan kawalan penuh Kerajaan.. Tetapi dengan mengatakan Ds Anwar telah mengambil bantuan IMF tidak tepat..tidak ada satu buktikan Anwar mengambil bantuan IMF, biarpun beberapa saranan IMF telah dilaksanakan Ds Anwar melibatkan proses reformasi.. Jika ada pun kesilapan dari ijtihad Ds Anwar, ia bukan lah berbentuk salahgunakuasa seperti Najib..

Jika Tun mengatakan dengan mengambil bantuan IMF sebagai bentuk kegagalan dengan mengambil contoh Indonesia, Sebenarnya tidak tepat.. Kenapa Tun tidak melihat Korea Selatan ? Dimana Korea Selatan hari ini berbanding Malaysia.. Size Ekonomi, Demografi dan sosio Ekonomi kita dan Korea Selatan satu ketika setanding.. hari ini telah jauh meninggalkan Malaysia..

Korea Selatan Jauh lebih berani mengambil bantuan IMF lebih USD 50 Billion dollar.. Dan akhirnya Korea Selatan menjadi negara yang paling cepat pulih dan bangkit dari kemelesetan Ekonomi.. Korea Selatan berjaya membayar kesemua hutangnya kepada IMF 3 tahun lebih cepat dari dijadualkan..

Ya Malaysia juga berjaya pulih, Tetapi jauh lebih perlahan dari Korea Selatan, biarpun aku menganggap kebijaksanaan Korea Selatan dan Malaysia pada masa itu sama terutama menyentuh soal dasar monitori kewangannya.... Kejayaan penting Korea Selatan bukan la semata mata hanya atas fantor IMF..Jika itu faktornya sudah lama Indonesia juga akan bergerak seperti Korea Selatan.. tetapi atas faktor reformasi dalam Politik, Dan itu yang mahu dilaksanakan Ds Anwar Ibrahim...

Aku setuju, Model pemulihan ketika krisis 1998 Tun berjaya.. dan tidak Indonesia.. Tetapi antara faktor besar kejayaan Korea Selatan adalah peralihan kuasa pemerintahan dari Kim Young Sam dan memilih pemimpin Oposisi pada ketika itu Kim Dae Jung... Malaysia dan Indonesia ketika itu masih terikat dengan pemerintahan dan order lama dalam Politik..

Sepatutnya hari ini Tun Mahathir kena sedar.. Masanya sudah berlalu.. dan waktu ketikanya Tun kena berfikir untuk kepentingan Negara.. Buanglah ego sebagai Negarawan dengan menganggap Tun lah tahu dan betul dalam segalannya..

Politik Konfrantasi sepertimana ditunjukkan Tun ketika mencampuri urusan dalam negara lain.. berlagak hero kepada dunia Ummat Islam sudah berlalu.. Sebagai contoh bagaimana Tun ketika jadi PM, mencampuri urusan dalaman konflik Kahsmir-India dan akhirnya menyebabkan tindak balas ekonomi dalam perdagangan Sawit.. Sedangkan campur tangan itu tidak perlu..jangan bertindak seperti Zakir Naik seolah olah dia tahu segalanya mencapuri urusan agama lain...

Hari ini adalah hari dimana banyak negara telah membuka ruang dan bertindak lunak dengan Negara yang kita tidak sendiri tidak bersetuju dengan dasar luar mereka... Ini bukan lagi zaman kepimpinan di era Suharto, Hosni Mubarak, Ghadaffi hatta Saddam Hussien.. Banyak Negara sudah berubah..

Aku faham..Tun seorang yang Outspoken.. dan banyak kelemahan cara Tun berkomunikasi itu akhirnya mengundang sensasi media dan Politik...Dia hanya bercakap apa yang dia rasa betul.. dan aku sendiri apa yang diperkatakan Tun tentang dasar monitori atau cara tangani kewangan ketika krisis 1997 ada betulnya.. Tapi ini masanya memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk Negara..

Berjiwa Besar lah Tun.. Ini masanya Menyelamatkan Negara..Apa pun perbezaan Ijtihad kita, Reformasi dalam Poltiik itu adalah tuntutan Utama bagi menyelamatkan ekonomi dan Politik Negara.. 

Ipohmali