KKM beri maklumat kurang jelas kes Covid 19 di Kuala Lumpur - Fahmi



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menegur kualiti maklumat yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kurang memperincikan jangkitan Covid 19 di Kuala Lumpur.


Graf jangkitan Covid 19 kurang lengkap

"Saya teliti kualiti maklumat yang diterbit Majlis Keselamatan Negara dan CPRC KKM berkenaan kes Covid-19 mengikut negeri dan dapati ada ruang untuk ditambah baik.

"Jika dibandingkan perincian maklumat taburan dan status kes mengikut daerah dan mukim, jelas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tiada maklumat terperinci yang diterbit sama seperti negeri-negeri lain.

"Ini satu keadaan yang boleh ditambahbaik kerana Kuala Lumpur dengan penduduk melebihi 1.8 juta dan penyumbang 16% Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia wajar diberi maklumat dengan kualiti sekurang-kurangnya setaraf negeri-negeri lain," katanya.

Fahmi berharap KKM akan memberi maklumat yang lebih baik berhubung kes jangkitan Covid selepas ini.




No comments: