KAK IDA ABDULLAH
Kita dinasihati jangan menyesal apa yang telah terjadi. Namun
kita disaran meneliti dan mempelajari dari apa yang telah terjadi supaya
kesilapan tidak diulangi lagi.
Saya selalu bertanya kepada kawan-kawan
"jika DSAI tidak berada dalam penjara, adakah Mahathir akan
datang berjumpanya dan bekerjasama menjatuhkan Najib?"
Jawapan mereka "tidak"
Saya : "Dah tu kenapa kita terima dia?"
Kawan-kawan : "Ala dia dah tua, berapa lama buleh hidup
lagi? Dia pun dah insaf. Biarlah kita perlu dia untuk menang!"
INSAF? KERANA DIA KITA MENANG? OI HAMPA TOLAK ALLAH TEPI?
Terima la natijah apabila seseorang yang tidak pernah menyesal
atas kezalimannya.
Memang jika difikir apabila DS Wan Azizah mesra Kak Wan ditawar
PM kerana mempunyai kerusi majoriti, menerimanya tentu pengkhianatan Muhyidin
jika pun berlaku, PH takkan jatuh!
Namun kita tidak boleh undur dan berfikir jika begini, begitu
kerana TIADA sesuatu boleh berlaku TANPA IZIN ALLAH AZZAWAJALLA. Kita hanya
boleh jadikan ia sebagai pengajaran agar kita tidak dipatuk lagi dan lagi di
masa hadapan.
Mungkin kesalahan pemimpin-pemimpin PH yang Muslim tidak solat
istikarah mohon petunjuk sebelum bersetuju setan bertopeng manusia masuk dalam
gabungan kerana yakin dengan kehebatan manusia melebihi Tuhan! Maka terimalah
musibah.
Melangkah kehadapan, DSAI pastinya sudah ketahui sekarang dan
belajar mencari hikmah dalam musibah. Kawan-kawan paling rapatlah yang biasanya
meninggalkan DSAI berbanding penyokong bawahan seperti saya dan anak-anak yang
sudah puluhan tahun masih setia dan pertahankan. Kerana apa?
Kami, TIDAK mengharap selain dari kehidupan yang lebih baik,
penuh keberkatan hasil dari sebuah pentadbiran yang diredhai Tuhan. Itulah
harapan rakyat bawahan yang ingin melihat negara sehebat negara jiran yang
bersaing sihat kerana orang Malaysia TIDAK semua dungu! Malah ramai yang cerdik
sekadar tiada keberanian kerana tiada prinsip hanya ingin hidup lumayan,
persetankan yang lain!
Selama sejak merdeka TIADA pemimpin yang mendidik, yang mahu
mengangkat mertabat rakyat selain Anwar Ibrahim. Oleh kerana matlamat itulah
kami tetap setia, berbanding rakan-rakan rapat, yang senang sekali bertukar
menjadi musibat, saat wang dan pangkat ditawarkan.
Doa kami sekeluarga dan saya yakin yang masih setia dan yakin
matlamat kebenaran perlu ditegakkan, akan terus menyokong reformasi DSAI dan
memohon bantuan Allah SWT sehingga berjaya bumi tercinta ini ditadbir dengan
baik, bersih dan adil. Sudah sekian lama negara tercinta ini ditadbir oleh
manusia-manusia tamak haloba. Rakyat perlu bersatu menyelamatkan Malaysia dari
terus mundur dan hancur dari tangan-tangan penipu dan pencuri yang memegang
jawatan tanpa amanah, kerana tiada usaha memulih dan mereformasikan sistem yang
rosak.
Siapa pun PM selain Anwar Ibrahim, sistem yang rosak akan
menghasilkan pentadbiran yang bobrok. Hanya pentadbiran sedemikian yang akan
memastikan pemimpin terus kaya dan rakyat terus papa kedana.
Rakyat kini berpeluang melihat perangai-perangai yang bergelar
YB dari pelbagai parti samada rakyat atau nafsu mereka didahulukan. Sekali lagi
Anwar Ibrahim melondeh setiap seorang dari segenap lapisan. Dapatkah beliau
berbuat demikian jika beliau berada disebalik tirai besi? Itulah sebab kenapa
PM bacul dari Mahathir, Najib memastikan Anwar disimpan dalam penjara.
Apabila tampak Anwar mara, halangnya dengan apa cara walau pun
bersandiwara! Drama mamak Mandeliar berjaya memperdaya!
Semuga Allah melindungi DSAI untuk rakyat dan negara Malaysia,
amiin.