RAIKAN DEMOKRASI.. HUSAM PUN PATUT SERTAI PKR...


Raikan demokrasi.. Bila tersebar berita kononnya ada YB Amanah Selangor dikatakan menyertai PKR..Kita harus raikan hak Demokrasi.. Bukan setakat katanya YB Meru..Aku rasa Husam juga jiwanya sesuai dengan PKR... Dah sepatutnya Husam juga sertai PKR... 


Jangan jadi seperti PAS.. Mereka yang Hijrah dianggap Khianat hanya sebabkan ketika itu tak setuju ada kepimpinan PAS bersetuju dengan hala Tuju Ds Anwar..sehingga digelar Anwarinas.... Tak betul, Politik hanya Ijtihad..Jika suatu hari nanti ada orang PKR rasa tak sesuai dalam PKR, Juga boleh berhijrah..Janji masih bersama dan berpegang kepada Prinsip menentang Kleptokrat dan reformasi..


Dalam Sejarah Politik , Hijrah dan kecenderungan kepada parti kepada wadah lain itu biasa..Dulu difahamkan Saifuddin Nasution pernah jadi ahli PAS, Lepas tu kembali kepada PKR.. Begitu juga dengan Kamaruddin Jaffar.. begitu juga Zaid Ibrahim, Mula mula sertai PKR, selepas itu DAP..


Bila kita meraikan perbezaan wadah Politik.. Kita juga mesti meraikan perbezaan pendekatan dalam Politik, tak boleh paksa parti lain ikut telunjuk dan cara kita berpolitik.. Orang ni tak betul..Orang ni salah..hat dia jer betul.. 


Amanah pun aku berpendangan, Kena buat Penyesuaian Politik dan Pendekatan.. Lebih Inklusif dan terbuka.. dah masa struktur Organisasi Amanah berubah.. termasuk Kepimpinan ,lambang dan warna Parti.. Contohi Parti Warisan.. aku rasa Amanah mampu.. 


Yang Penting jangan ambil Pemimpin yang suka dengan idea idea terlalu besar..Populis.. dan suka join program program Scammer ini..Ini kena ubah... nak terima keahlian dan kepimpinan Politik kena kaji latar belakang.. Orang kalau pernah Join program Scammer dia selalunya oppurtunis.. Dalam Politik kena realistik..berpijak dengan realiti..  :)


Ipohmali