PERCATURAN YANG MELAHIRKAN KRISIS


Kamelia D Kota


Dengan tak disangka-sangka PH pon menanglah buat julong kalinya dalam PRU14 yg lepas dan berjaya membentuk sebuah kerajaannya yang baharu. Maka terbentuklah sebuah kerajaan yang sah, bermandat dan baharu. 


Tetapi usia kerajaan ini tidak lama bertahannya. Ia menerima berbagai-bagai macam ujian dan dugaan sehingga ia akhirnya jatuh. Jatuhnya bukanlah melalui Pilihanraya sebagaimana sepatutnya tetapi jatuhnya kerana krisis dalaman yang tak dapat diatasi, bertahan dan suatu konspirasi yang disusun rapi.


Mengapa berkrisis? Kalau ada krisis maknanya  ada perebutan kuasa yg berlaku secara dalamannya atau secara terangnya adalah krisis diantara Dr Mahadir dan Anwar. Akan tetapi diperingkat awalnya perkara ini telah pon disepakati dengan semangat mesyuarah. Maka lahirlah perjanjian. Melantik Dr Mahadir sebagai PM untuk tempoh masa 2 tahun dan akan diganti oleh DSAI selepas itu secara sepakatnya. 


Dr Mahadir bersetuju. Dia tak kata pon dia nak sampai habis sepenggal. Cuba kalau dia kata begitu, agak-agaknya jadi tak sepakat tu❓ Mahadir pon tahu yang dia tak boleh kata dia tak setuju. Apatah lagi kalau dia kata dia tak akan bagi Anwar jadi PM, lagi parah la kalau dia awai-awai lagi pecahkan tembelangnya sendiri. 


Jadi langkah awal untuk menciptakan sebuah krisis adalah dengan cara mengubah persepsi. Cetuskan isu baru dan berikan rumusan yg buruk terhadap isu tersebut sehingga timbul persepsi yg negatif terhadap kerajaan PH. Maka tugas spinal ini mudah sahaja. Berikan saja pada Umno dan Pas. Tahulah mereka apa yang perlu mereka buat. Mahadir bagi pula bantuan 400 juta pd negeri Pas dan Umno pula sudah ada cybertrooper mereka yang bergaji.


Apabila kerajaan PH dibanjiri dengan berbagai persepsi buruk, maka dalam masa yang sama Dr Mahadir pon bergeraklah menghancurkan PH dari dalam. Untuk menjayakan konspirasinya maka berlakulah Langkah Sheraton.


Inilah krisis yang dimaksudkan oleh Dr Mahadir yang Anwar gagal mengatasinya. Dr Mahadir hanya sebagai ahli parlimen Langkawi cuba menyindir Anwar yang adalah sama juga seperti dia iaitu sebagai ahli parlimen Port Dickson ja. Sama ja. Kenapa Dr Mahadir tak kata kat Muhyidin. Kamu lah Muhyidin yang tak mampu menjadi pemimpin negara yang sedang berkrisis ni.. kenapa nak kata kat Anwar atau kenapa kamu elak dari mengata kat diri kamu sendiri yang kamu tak mampu memimpin sebuah negara yang berkrisis disaat ini. 


Maka siapakah yang paling busuk dalam pengertian ini❓‼️