Salah pandangan ni, pandangan ni hanya nak menghalalkan tindakan Tun letak jawatan je..
Mari kita bayangkan satu keadaan lain seandainya Tun tidak terlibat dalam rancangan jatuhkan PH ni..
Jika Tun tidak terlibat dalam rancangan menjatuhkan PH ni walaupun geng muhyidin tetap keluar PH, geng Azmin tetap keluar PH, PH masih ada majority.
Tak percaya? Mari kita lihat..
(Ini adalah keadaan sekiranya Tun benar² tidak terlibat dan tidak meletakkan jawatan PM)
PH : 92
GPS : 18
WARISAN : 9
Tun M : 6 (ini kita ambik contoh MP yg setia dengan Tun M)
Cuba kira, kita masih ada 125 MP..
Bila masa pulak kerajaan akan tumbang dengan langkah Azmin dan muhyidin?
Kalau semua MP BERSATU tinggalkan Tun keseorangan pun takpe lah, PH masih lagi cukup majority.
GPS dan Warisan ni dia akan ikut siapa yg masih jadi kerajaan, GPS dan WARISAN ikut muhyidin sebab Tun dah letak jawatan, kerana di peringkat awal mmg itulah rancangan mereka.
Kalau Tun tak letak jawatan dan PH masih lagi kerajaan , GPS dan WARISAN takkan ikut kerajaan Muhyidin.
Kunci utama tumbangnya Kerajaan PH ni adalah dengan peletakan jawatan Tun M.
Banyak kali dah terang benda ni..
Aku ulang² sebab ramai orang terlupa mengapa PH tumbang dan terlupa siapa penyebabnya..
-Izlin Idris