Maklumat risikan tidak pernah salah..


C&P

Kenyataan saya semalam:

"Tun Mahathir tak minat jatuhkan Muhyiddin jika tidak dapat jadi Perdana Menteri"..

Kenyataan Tun Mahathir hari ini:

"Saya perlu cari cara lain untuk jadi Perdana Menteri"..

Kes ini sama la seperti bila saya dapat maklumat dari team risikan akan ada satu Pakatan baru menggunakan nama 'Nasional' bakal menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan dengan bantuan Kartel dan Bersatu. Saya beri amaran siap buat kenyataan media pada 31 Januari 2020 tapi tidak ada siapa pun ambik peduli kecuali page TTKM yang pick up.. Itu pun 5 Februari 2020..

Dan pada 23 Februari 2020 Langkah Sheraton berlaku.. Bila dah berlaku baru pemimpin yang selama ini pena di kerusi empuk melompat seperti kera makan cili.. Semua dah terlambat..

Isu kali ini pula Atuk dan geng "stateless" dia yang tak berparti bersama Warisan cuba untuk menjadi 'kingmaker' dengan tawaran paling gila.. Tun nak jadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri ke-7..

Saya telah katakan sejak 3 minggu lalu Tun tidak ada nombor.. Itu yang pertama.. Dan kedua Tun hanya 'berlakon' lawan Muhyiddin dan tak minat pun nak guling kerajaan PN.. Tapi memandangkan dia nampak melalui sokongan PH dia mampu merampas kembali dan menjadi Perdana Menteri, maka dia sanggup seret Shafie ke Ibupejabat Keadilan semata-mata ingin berunding agar dapat jadi Perdana Menteri..

Dia tahu dia boleh pujuk AMANAH dan DAP dengan mudah sebab siapa yang boleh tahan baru 22 bulan jadi kerajaan dah digulingkan..

Dan dia tahu dia tak mungkin dapat pujuk KEADILAN kerana KEADILAN parti yang berprinsip.. Biar mati berdiri dari hidup melutut dan diperbodohkan lagi..

Maka dia cuba bermacam cara dan langkah terakhir dia adalah pecahkan Pakatan Harapan.. Dia cuba ikat AMANAH dan DAP.. Bukan bincang dengan Presiden2 parti tapi dia bincang dengan 'mantan menteri' yang kepanasan selepas hilang jawatan..

Yelah, Tun pun dikenali sebagai pakar 'pecah dan perintah'.. Tapi disebalik kenyataan dia hari ini dia tahu dia gagal untuk pujuk AMANAH dan DAP..

Saya telah beri amaran awal tentang atuk fosil ni yabg gila nak jadi PM selepas tumbangkan diri sendiri.. Saya sarankan pada Tun Mahathir untuk masuk bertanding Pilihanraya Singapura memandangkan Perdana Menteri Singapura telah umum membubarkan parlimen.. Manatau boleh jadi Perdana Menteri Singapura..