KPN diharap tidak biarkan polis jadi alat kerajaan ganggu pemimpin PH



Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berharap dan percaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador tidak akan membenarkan pasukan polis dijadikan alat untuk menganggu pemimpin Pakatan Harapan (PH) setelah masuk lima bulan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan yang diambil ke atas bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh berhubung pandangan yang dilontarkan oleh beliau tentang perkahwinan kanak- kanak melalui aplikasi Twitter.
Katanya, bekas timbalan menteri itu telah menyumbang banyak sewaktu berada dalam kerajaan PH.
“Sangat pelik melihat beliau yang melakukan tugasnya, dan bertanyakan soalan dibawa ke pintu pagar Bukit Aman.
“Lambat laun, tapi pasti nampaknya kita akan kembali ke zaman gelap di bawah pemerintahan Umno,” tulis beliau dalam Facebooknya semalam.
Beliau memberi jaminan, apa yang dilakukan oleh Hannah akan diberikan sokongan serta solidariti.
“Beliau lebih kuat daripada sesetengah kita,” katanya.
Semalam, Hannah Yeoh memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis di Bukit Aman berhubung siasatan ke atas media sosial miliknya yang ada kaitan dengan isu perkahwinan bawah umur.
Beliau juga dikehendaki menyerahkan telefon bimbitnya bagi tujuan siasatan lanjut.


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Permaisuri Agong tutup Instagram?

  FMT Reporters  - April 20, 2021  Tangkap layar dikatakan daripada akaun Instagram Permaisuri Agong. PETALING JAYA: Pengguna media sosial m...