OPSYEN 2 BUKAN UNTUK DAPATKAN MANDAT RAKYAT TETAPI UNTUK DAPATKAN MANDAT MAHATHIR


Katakan lah Mahathir jadi PM 6 bulan. Beliau bentuk kabinetnya. Baru menteri basuh kaki masuk opis, sempat makan gaji 6 bulan, kononnya Anwar pula jadi PM. Anwar pula bentuk Kabinet baru.
Ertinya, sepanjang tempuh 6 bulan itu, PM tak boleh buat apa, kecuali Mahathir akan sibuk untuk dapatkan balik partinya dan batalkan pemecatannya dari Bersatu. Kompom Pegawai atau Pengarah ROS kena tukar lagi sebab sahkan pemecatan dia dari partinya dulu. Mahathir akan balas dendam utk pecat Muhyidin pula.
Tempuh 6 bulan tu PM akan sibuk dengan agenda peribadinya. Menteri pun tak sempat buat apa. 6 bulan negara tak terurus, apatah lagi dengan masalah Covid dan ekonomi ysng semakin teruk. Pelabur pula teragak-agak untuk datang melabur samada datang sekarang waktu Mahathir atau lebih baik tunggu Anwar selepas 6 bulan.
Semua tu Anwar dah fikir panjang. Sebab itu dia tolak opsyen 2. Opsyen 2 itu melucukan, tidak masuk akal dan seolah-olah mempersendakan Agong. Opsyen 2 itu bukan untuk mendapatkan mandat rakyat, tetapi mendapatkan mandat Mahathir semula dan menyusahkan rakyat. Tidakkah kelian terfikir wahai pimpinan ku dlm PH?
WFAUZDIN NS