MGID

PN KERAJAAN HARAM? BERAPA LAMA IA MAMPU BERTAHAN?



Menerusi kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan semalam, beliau berkata, PN yang menjadi kerajaan sekarang bukanlah sebuah entiti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

“UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan entiti politik yang berdaftar seperti BN.

“Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan,” demikian kata beliau dalam hantaran di laman sosialnya.

Dengan itu, apakah status kerajaan PN yang mentadbir negara sekarang?

Adakah ia sebuah kerajaan haram?

Dalam sejarah negara sejak merdeka, inilah kali pertama entiti politik yang mentadbir negara merupakan gabungan yang tidak berdaftar secara sah.

Sebelum ini, baik Perikatan, kemudian Barisan Nasional dan seterusnya Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan, semuanya adalah entiti yang sah dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Persoalannya, mengapakah setelah hampir dua bulan menjadi kerajaan, tetapi masih tidak ada usaha untuk mendaftarkan PN dan menjadikan ia sebuah gabungan yang benar-benar sah?

Kenapa Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri tidak mahu mendaftarkannya, sedangkan sebagai kerajaan yang berkuasa, soal memperolehi kelulusan tentu saja bukan suatu masalah?

Bukankah dengan mendaftarkan PN, ia lebih mampu menjamin kelangsungan politiknya dari segi jangka panjang?

Apakah usaha mendaftarkan gabungan itu tidak dilakukan kerana tidak mendapat sokongan daripada UMNO dan Pas yang nampaknya lebih mahu kekal bersama Muafakat Nasional atau MN berbanding PN untuk menghadapi PRU akan datang?

Jika begitu, apakah yang mengikat hubungan antara parti dalam PN dan dasar apa yang digunakan oleh PN sebagai asas dalam mentadbir negara?

Dan bagaimana pula masa depan Muhyiddin dan rakan-rakannya daripada Bersatu dalam PRU15 nanti?

Lebih buruk lagi, selain kerana PN bukan sebuah gabungan yang berdaftar, kedudukan Muhyiddin sendiri dalam Bersatu masih tidak menentu dalam pemilihan parti yang akan diadakan selepas 30 Jun nanti.

Walaupun ramai yang yakin tiada masalah bagi Muhyiddin untuk menang berlawan dengan Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden Bersatu, tetapi tidak kurang yang mengatakan bukan mustahil untuk Muhyiddin ditewaskan, lebih-lebih lagi kerana di belakang Mukhriz ada Tun Mahathir Mohamad yang sudah pun diumumkan menang tanpa bertanding selaku Pengerusi Bersatu.

Lalu, oleh kerana PN tidak berdaftar dan jika Muhyiddin tewas, apakah UMNO, Pas dan GPS akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri?

Selain itu, kedudukan Azmin Ali dan kumpulannya daripada bekas PKR yang diumumkan Muhyiddin telah menyertai Bersatu menjelang hari beliau mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu turut menjadi pertikaian ramai, malah daripada kalangan UMNO sendiri.

Kata mereka, oleh kerana penyertaannya ke dalam Bersatu tidak pernah dibawa dalam mesyuarat parti, kedudukannya boleh dikira sebagai “ahli haram” juga.

Terdapat pimpinan UMNO mempertikaikan, bagaimanakah seorang yang kedudukannya dalam parti begitu diragui boleh dilantik oleh Muhyiddin sebagai menteri kanan dalam kerajaan?

Apakah kerana PN tidak berdaftar dan seumpama “entiti haram”, maka “ahli haram” juga boleh diberikan jawatan kanan?

Dengan segala kecelaruan itu, di samping tekanan berterusan daripada UMNO, berapa lamakah PN ini mampu bertahan?

 (ShahbudinHusin 26/04/2020)


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR PD - BEBERAPA AKTIVITI MEMBANTU MASYARAKAT

  4 MAC   Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...