Anwar: Sidang Parlimen Sehari 18 Mei, PN Ada Alasan Tersembunyi?








Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Perikatan Nasional mempunyai alasan tersembunyi kerana enggan mengadakan Sidang Parlimen Khas mengenai COVID-19. Katanya, kerajaan tidak berani melakukan sidang khas itu kerana tidak mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi ataupun tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk menangani COVID-19. Dengan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei, Anwar menggesa kerajaan mengumumkan satu bentuk bantuan tambahan supaya rakyat yang dalam kesusahan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

No comments: