Majlis Ulama, 17 pertubuhan Rohingya mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Majlis Ulama, 17 pertubuhan Rohingya mohon maaf kepada rakyat Malaysia

KENYATAAN YANG DIANGGAP TERLALU BIADAP DAN TIDAK MENGENANG BUDI.ELOK LAH SEKIRANYA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB KELUARKAN MEREKA INI DARI BUMI MALAYSIA KERANA SIKAP YANG TIDAK SESUAI DENGAN KEBAIKAN RAKYAT MALAYSIA.

Majlis Ulama Rohingya (MUR) dan gabungan 17 pertubuhan etnik berkenaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang tular baru-baru ini.
MUR dalam kenyataannya berkata, pihaknya mereka sama sekali tidak menyokong tuntutan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.
“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia juga kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada etnik Rohingya yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyarakat Rohingya,” katanya.
MUR juga memberitahu Zafar tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihaknya dan persatuan lain.
“Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu, kenyataan bersama yang ditandatangani 17 pertubuhan Rohingya menyifatkan kenyataan Zafar sebagai tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu mereka meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit ekoran kenyataan yang kemudiannya menimbulkan salah faham serta sentimen negatif kepada pelarian tersebut.
“Dia (Zafar) bukan pemimpin kami dan sebenarnya kami tiada pemimpin di Malaysia. Dia tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan mewakili kami.
“Oleh itu, semua pelarian Rohingya menentang kenyataan yang tidak realistik dan tidak bertanggungjawab itu.
“Dia telah digunakan oleh musuh kita di sini dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami mengganggu perlindungan sementara yang aman di Malaysia sementara kita menunggu sama ada untuk kembali ke Myanmar atau akan ditempatkan semula ke negara ketiga,” kata kenyataan itu, hari ini.
Sehubungan itu, gabungan NGO Rohingya tersebut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Zafar berdasarkan undang-undang negara ini.
“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua rakyatnya kerana membenarkan kami tinggal di negara ini buat sementara waktu.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan beliau namun kami tidak mempunyai kuasa untuk menghalang beliau daripada berbuat demikian,” menurut kenyataan itu lagi.
Kelmarin Zafar dalam satu kenyataan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.
Jelasnya, ekoran tuduhan tersebut beliau kini diancam dan diugut sehingga terpaksa menyahaktif akaun Facebook beliau.

No comments: