MENTERI DIGESA TARIK BALIK LARANGAN NGO AGIH MAKANAN






Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, pula berkata larangan kepada NGO menyalurkan bantuan secara langsung kepada pihak yang berkaitan sama seperti tidak membenarkan pihak berkuasa menjalankan tugas. “Kalau benar-benar gusar dan khuatir, boleh syaratkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) atau Rela untuk mengiring dan memantau bantuan diagihkan. “Pendekatan ini sudah tentu lebih berkesan berbanding menghalang NGO, pertubuhan belia dan badan kebajikan daripada terus membantu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Kordinator Borneo Komrad, Mukmin Nantang pula berpendapat NGO dan bantuan-bantuannya wujud untuk melengkapi masalah atau persoalan masyarakat yang tidak diselesaikan oleh kerajaan. "Memang semua kerja NGO sepatutnya kerja kerajaan. Tapi Kerajaan lebih banyak main politik dan tidak mampu bergerak seprogresif NGO dalam membantu masyarakat terpinggir," katanya dalam satu kenyataan. Beliau merujuk kepada keadaan rakyat di pulau, di pedalaman, pelarian dan orang tanpa dokumen yang memerlukan bantuan. Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid samad.



No comments: