Sunday, April 5, 2020

Hanya empat daerah di Semenanjung ‘bersih’ kes Covid-19

Hanya empat daerah di Semenanjung ‘bersih’ kes Covid-19



Rekod Kementerian Kesihatan hari ini menunjukkan hanya empat daerah di Semenanjung tiada lagi kes positif Covid-19.
Dua daerah itu di pantai barat dan dua lagi di pantai timur Semenanjung.
Di Perak, daerah Kampar tiada kes dicatatkan ketika negeri itu mempunyai dua zon merah iaitu di Hilir Perak dan Kinta.
Di Kedah, daerah Yan ‘bersih’ daripada kes wabak Wuhan itu dengan tiada lagi daerah jatuh dalam kategori zon merah iaitu 41 kes dan ke atas.
Sementara itu, daerah Machang di Kelantan mencatatkan sifar kes pandemik tersebut sama seperti Hulu Terengganu.
Hanya Kota Bharu dan Jerantut muncul menjadi zon merah di pantai timur Semenanjung dengan masing-masing 82 dan 58 kes.
Infografik taburan kes mengikut negeri dan daerah itu dikongsi di laman rasmi Facebook Kementerian Kesihatan.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers