ISLAM TIDAK BENARKAN UMATNYA BERBOHONG WALAU DALAM BAHASA ARAB


Miqdad Zakaria

Tantawi kata.. Surat Haji Hadi tu adalah surat peribadi.. Kalau nak baca.. Bacalah yang bahasa arab.. Jangan baca terjemahan kalau nak tahu..

Inilah masalah lebai PAS..

Kalau ye pun surat peribadi.. Islam sama sekali tidak membenarkan penganutnya berbohong dan mengfitnah..

Yang kedua.. Apa masalah orang ramai baca yang terjemahan..? Kat mana salahnya terjemahan tu..?

Pada hari pertama surat itu tersebar.. Ana diam untuk bertabayyun.. Bila dah dapat sumbernya.. Barulah ana dedah terjemahannya.. Pun begitu.. Masih berlapik dengan meletakkan tanda "?" supaya PAS menafikan perkara tersebut.. Tujuanya adalah untuk mendedahkan sumbernya dari mana selepas ianya dinafikan..

Tapi..

Alhamdulillah PAS tak nafi.. Bahkan mengakui kebenarannya.. Yang ni ana ucap tahniah sebab ikut suruhan Islam bahawa berbohong itu HARAM&BERDOSA..

Kalian perlu "sedor" dan "pahang" bahawa isi kandungan surat itu sarat dengan pembohongan dan fitnah yang mengundang dosa dan laknat dari Allah juga..

Tak nafi benda sebenar dah kira baik.. Tapi membiarkan pembohongan dan fitnah berlaku adalah zalim dan jahat..

Jangan bermain² dengan agama Allah..!