Sunday, April 5, 2020

Kerajaan PH lebih terkehadapan menangani pandemik Covid-19


ibrahim mat isa

Satu platform analisis yang berhubung kait dengan ‘Big Data Analytics’ dan ‘Intelligence Machine’ telah dibangunkan oleh Pasukan Petugas Khas #COVID19 Selangor.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mengetuai pasukan tersebut berkata platform ini dibangunkan untuk membolehkan pasukan petugasnya menyalurkan cadangan dan nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam melaksanakan langkah-langkah intervensi bagi mengawal penularan wabak.

Teknologi ini juga mengumpul semua cadangan dan tindakan yang selaras dengan bukti saintifik serta maklumat terkini di lapangan.

‘Big Data Analytics’ dan ‘Intelligence Machine’ ini juga akan memudahkan kerajaan negeri menjalankan pemeriksaan komunal dan mengenal pasti kontak rapat dengan lebih cekap dan teratur. Malah, ia turut mengumpul data masyarakat yang terjejas teruk, kesan daripada Covid-19.

Tambah Dr Dzulkefly lagi, maklumat dan kepakaran ini juga dapat dikongsi dan bekerja seiring dengan Kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers