KISAH BENAR : DI SEBALIK LAKONAN PERIBADI SEBENAR AHLI POLITIK KETIKA MUSIM WABAK


Mokzin mokhtar

DI SEBALIK LAKONAN PERIBADI SEBENAR AHLI POLITIK KETIKA MUSIM WABAK 😔

Ini adalah kisah benar.

Dan saya tidak mendapat kebenaran dari kakak saya untuk menulis ini.

Namun, melihat penderitaannya sejak 2018, saya kira saya terpanggil juga untuk menulis.

Kakak saya menjual rumah pada tahun 2017 dan wang berjumlah RM168ribu telah disonglap oleh seorang peguam bernama FR.

Tuntutan demi tuntutan. Panggilan telefon demi panggilan telefon. Mesej demi mesej. Semua menemui jalan buntu.

Dan usaha kami sekeluarga menjadi lebih sukar apabila mengetahui pada Jun 2018, FR sudah menjadi orang kuat Parti BERSATU. Secara tiba-tiba.

Menjadi Ketua Bahagian, lebih tepat lagi. Satu bahagian di Perak.

Terus segalanya menjadi berganda susahnya untuk mendekati FR.

Laporan polis dibuat. Tiada tangkapan. Walaupun dokumen kami lengkap selengkapnya.

Laporan ke Bar Council pun dibuat. Lantas menemui jalan buntu apabila FR tidak lagi memperbaharui lesen guamannya.

Kami cuba menulis aduan dalam portal MB Perak, iaitu boss kepada FR di dalam parti, tidak dilayan. Cuba melalui PA MB, juga tiada respon.

Dapat juga berkomunikasi dengan rakan FR. Juga ahli politik. Secara tersirat katanya yang FR tidak takut. Kami sangat sedih.

Ahli politik kebal undang-undang barangkali di Malaysia ini.

Beberapa kali kami cuba menulis di ruangan komen di Page BERSATU juga gagal mengubah apa-apa.

Kakak saya turut berhutang untuk membayar peguam bagi menyaman FR. Peguam nya gagal berjumpa dengan FR. Sangat mencurigakan.

Saya lihat di Facebook, FR bebas ke sana ke mari atas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian BERSATU.

Sedang kakak saya sudah negatif gajinya. Kerana sepatutnya wang rumah itu ingin digunakannya untuk membayar hutang yang lain.

Kakak saya seorang kakitangan awam. Sebelum ini menampung belanja bulanan dengan membuat sedikit juadah-juadah untuk dijual. Bagi menampung gaji negatifnya.

Kini, ketika PKP - keadaan nya menjadi lebih menyedihkan.

Kami sekeluarga sudah tidak tahu jalan apa lagi yang boleh diambil.

Selain dari menulis status ini.

Juga kami berdoa, supaya FR dapatlah hendaknya insaf dan membayar hak kakak kami.

Jika tidak, moga Tuhan tunjuk kekuasaanNya. Hancur kan lah sahaja seluruh keluarga FR.

Juga hancurkan sekali seluruh Parti BERSATU yang dipimpinnya.

Bunyinya agak keterlaluannya, namun kami sudah berendam air mata selama hampir 2 tahun.

Serasa seperti diperkotak-katik oleh ahli politik. Ahli politik yang sama, ketika musim wabak ini berlakon membantu mangsa-mangsa. Sangat hipokrit.

Saya tidak pasti, walaupun dengan tag-tag di bawah, sama ada post ini akan sampai kepada yang sepatutnya. Tetapi jika rakan-rakan prihatin akan masalah kami ini - boleh lah tolong share post ini supaya ianya sampai kepada pihak yang betul.

Sungguh kami buntu. Hanya sekadar menuntut hak sebanyak RM168ribu kakak kami. Tidak lebih, tidak kurang. Supaya kakak kami boleh gunakan untuk membayar hutangnya yang lain.

MOGA DOA YANG TERTINDAS DIMAKBULKAN.

#kisahbenar
#ceritarakyat

Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Perak
Muhyiddin Yassin
Faizal Azumu
Mubin Salleh
Bar Council of Malaysia
Polis Diraja Malaysia


No comments: