COVID-19: Empat lagi kematian, 179 kes baharu dicatat

COVID-19: Empat lagi kematian, 179 kes baharu dicatat
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan, setakat hari ini, 179 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan 90 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital. - Gambar fail/BERNAMA















PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan pertambahan empat lagi kematian
berkaitan
COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif  sebanyak 61 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor 
Hisham Abdullah, menjelaskan, setakat hari ini, 179 kes baharu COVID-19
 dilaporkan
 dengan 90 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital.

"Sehingga 5 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 179 kes baharu
yang telah
dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia
 adalah sebanyak
 3,662 kes. Daripada 179 kes ini, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan
Seri Petaling.

"Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit
Rawatan
Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada
 maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response
 Centre (CPRC)
 Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan
 empat lagi kes
 kematian berkaitan COVID-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia
adalah sebanyak
61 kes," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara
Malaysia
 berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing
manis dan
 darah tinggi.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19
(kes ke-1031).
 Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020 dan
disahkan
meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari.

Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara
 Malaysia berumur
68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.
Beliau telah dirawat
di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal
dunia pada
 4 April 2020 jam 3.40 petang.

Kes kematian ke-60 (kes ke-3073) merupakan lelaki warganegara Malaysia
 berumur
 53 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac 2020.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 12.39 pagi.

Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia
 berumur
 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi
dan penyakit
buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada
26 Mac 2020.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 9.36 malam.


No comments: