AKU KENAL HADI SEJAK REMAJA.



Malek Hussein


‪Ada entah siapa persoalkan aku kerana mengkritik pelantikan Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah ketika musim COVID-19 ini. Aku cakap soal kepentingan negara, dia heret perkara peribadi.‬

‪Dia berkata:‬

‪“Awat pi share bnda yang menyebakan kamu di alam kubur jadi susah‬
‪kamu kenai sangat ke dengan Hadi
‪bole berbahasa arab.. bole baca quran dengan betui ke”‬

‪Aku pun jawab:‬

‪“Aku mengenali Ayah Chik sejak aku bujang lagi. Pada tahun 1981, sebagai Setiausaha PAS Kawasan Setapak, aku “introduced” dia di khalayak KL, menampilkan[nya] sebagai panelis Simposium Negara Islam yang aku kelolakan.‬

‪Aku menjadi sahabat[nya] bertahun-tahun sejak itu. Kami menunaikan haji sekali pada tahun 1984, menemukannya dengan wakil tokoh Iran di Karachi, Pakistan.‬

‪Secara peribadi, kami kekal bersahabat, walau berbeza haluan politik. Aku sering berbeza pendapat dengannya, tapi itu tak menghakiskan persahabatan kami.‬

‪Ada perkara peribadi, kami bersemuka berdepan. Tapi dalam soal melibatkan kepentingan negara dan rakyat terbanyak, aku suarakan secara terbuka.‬

‪Apa masalah kamu?‬

‪Seperkara lagi, kamu sentuh soal bahasa Arab dan al-Qur’an. Pada 1993, aku menuntut di Beirut, Lubnan dalam pengajian al-Qur’an. Aku tak suka menyombong diri, tapi aku percaya kamu ikhlas bertanya. Cukup sekadar itu. Salam.”‬