TAK APA KULI- TENGKU NI PUN PANDAI JAGA BANK DARI RAKYAT..TENTU DIA SEDANG MENGUKUHKAN KEWANGAN NEGARA. SEBAB RAKYAT TAK BIMBANG..RAKYAT SUKA DUIT RENDAH SEBAB DAPAT DUIT BANYAK. NANTI HADI AWANG KE TIMUR TENGAH CARI PELABUR.

 

Ringgit merudum: ‘Jangan sampai ke pasar sewa beca bawa duit’, Ku Li beri ingatan.





Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menjadi menteri kewangan bermula 1976 hingga 1984 mendakwa daya produktiviti pengeluaran dalam negara juga jatuh.

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah, memberi ingatan kepada kerajaan segera mengawal kedudukan tukaran asing atau berdepan situasi rakyat terpaksa “sewa beca untuk membawa duit”, jika ringgit terus merudum serta jatuh secara tidak terkawal.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kawalan tukaran asing membabitkan ringgit perlu dibentangkan dalam Bajet 2023 bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, kadar tukaran asing negara berada pada kedudukan “free fall” sehingga menimbulkan kegusaran.

“Kerana tukaran asing kita sudah jatuh dengan tidak terkawal, atau dalam bahasa Inggeris ‘free fall’, kalau free fall sejauh mana ringgit kita nak jatuh? Adakah ringgit kita ni nak jadi macam duit kertas zaman Jepun, nak ke pasar terpaksa sewa beca untuk bawa duit?” katanya menurut Astro Awani.

Tengku Razaleigh atau Ku Li yang pernah menjadi menteri kewangan bermula 1976 hingga 1984 mendakwa, daya produktiviti pengeluaran dalam negara juga jatuh.

“Sekarang kita nak import saja, tak nak buat sendiri…apa benda yang kita boleh buat sendiri, kita masih nak import. Kita tak nak buat sendiri.

“Zaman kita apabila kita merdeka dahulu, zaman Tan Sri Khir Johari menjadi menteri perdagangan dan Tengku dan Tun Razak mengepalainya menekan supaya kita cuba buat segala-gala barang yang kita mampu buat. Dan hentikan pengimportan. Maka kita dapat melawan kenaikan harga barang di luar negara,” katanya.

Menyentuh kenaikan kadar dasar semalaman (OPR), beliau menjelaskan, OPR menjadi alat yang Bank Negara (BNM) gunakan untuk mengawal jumlah wang yang ada.

“Saya harap kerajaan cuba kawal kejatuhan ringgit ini, kerana tukaran asing kita sudah jatuh dengan tidak terkawal. Tidak mampu untuk membayar apa yang kita nak.

“Sejauh mana ringgit ini akan jatuh? Apakah ringgit kita akan jadi, kalau kita izinkan ringgit kita jatuh? Mungkin rumah yang kita beli dengan harga ratusan ribu boleh turun kepada sepuluh ribu ringgit. Jadi tidak ada sebab mengapa kita perlu biarkan perkara ni berterusan berlaku,” katanya.

Pada 27 Mei, Tengku Razaleigh meramalkan penyusutan ringgit kepada RM5.50 berbanding USD1 menjelang akhir tahun.

Hari ini, ringgit berada pada kadar RM4.54 berbanding USD1, paras terendah dalam tempoh 24 tahun.


Krisis keselamatan siber: Benarkah satu juta set data peribadi kakitangan awam dicuri?


 

Laporan media Sinchew kelmarin mendakwa sistem E-Penyata Gaji Kerajaan telah dibolosi oleh penjenayah siber yang mungkin telah mencuri satu juta set data peribadi serta dua juta slip gaji amat membimbangkan.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, sekiranya dakwaan itu benar maka segala data peribadi penjawat awam yang berjumlah 1.2 orang dan ahli-ahli Jemaah Menteri telah dicuri dan bakal dijual oleh penjenayah siber.



"Insiden terkini adalah satu pencerobohan yang menjejaskan terhadap keselamatan peribadi bukan sahaja para penjawat awam malah juga pimpinan utama negara. Ia adalah satu krisis keselamatan siber negara yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja.



"Ini merupakan kecurian data berskala besar keempat yang dilaporkan bagi tahun 2022, dan dianggarkan lebih 25 juta set data peribadi dicuri sehingga kini untuk tahun ini sahaja.



"Oleh itu, saya menggesa Perdana Menteri mengambil perhatian serius atas isu ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat segala insiden kecurian data peribadi di Malaysia dalam lima tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.





Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu juga mahu Perdana Menteri mengarahkan semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk segera melakukan audit keselamatan siber (cyber security audit) bagi mengenalpasti dan menutup segala kelompongan atau eksploit keselamatan siber yang membolehkan penjenayah siber terus mencuri data peribadi rakyat Malaysia.



Selain, katanya Perdana Menteri perlu memberi penjelasan tentang perkara itu pada sidang Parlimen yang akan datang.



"Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia pula perlu meneliti satu mekanisme denda atau hukuman yang lebih berat terhadap pengendali pangkalan data peribadi yang gagal menjamin keselamatan data dalam kendalian mereka, serta satu mekanisme pampasan atau ganti rugi bagi semua mangsa jenayah kecurian data peribadi.



"Ini bagi menghantar mesej yang amat jelas, mana-mana pihak yang mengendali data peribadi wajib dipertanggungjawabkan sekiranya keselamatan data tersebut terjejas dan mereka yang menjadi mangsa kecurian data wajib mendapat keadilan," katanya.



Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, kecurian data peribadi melibatkan kerajaan amat serius apabila tiga dari empat insiden kecurian data peribadi pada tahun ini didakwa melibatkan agensi-agensi Kerajaan.



Katanya, kerajaan tidak boleh terus mengelak untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk dengan tidak mengecualikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri dari pemakaian akta tersebut.



Pindaan itu juga, ujarnya, mesti mengambil kira perkara-perkara utama yang disenaraikan di dalam Kertas Perundingan Awam No. 01/2020 yang diterbitkan pada 14 Februari 2020, dan semua pihak termasuk Pembangkang perlu dilibatkan sebelum pindaan dibentang di Parlimen pada Oktober ini.



"Data peribadi kita adalah aset dan khazanah negara. Ia mesti dilindungi sebaik mungkin," kata Fahmi lagI.

TAK CUKUP LAGI KAH ROYALTI MINYAK ? Pembalakan di Tasik Kenyir: Elak membalak berhampiran kawasan pelancongan

 


Pembalakan tidak wajar dilakukan pada ketika dunia mengalami perubahan iklim yang ekstrem kebelakangan ini.


Terutama di kawasan yang sensitif seperti empangan Tasik Kenyir, Terengganu yang pernah tular di media sosial sebelum ini gambar puing puing balak di permukaan tasik berkenaan selepas hujan lebat.


Sehubungan itu, Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman amat menyokong tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menangguhkan aktiviti pembalakan di kawasan empangan berkenaan, berhampiran Air Terjun Lasir.


"KEADILAN Kemaman menggesa Kerajaan Negeri Terengganu menangguhkan dahulu semua aktiviti pembalakan di seluruh Negeri Terengganu.


"Kerajaan Negeri juga digesa mengeluarkan semua maklumat terperinci mengenai semua aktiviti pembalakan di negeri ini. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam operasi pembalakan di Terengganu.


"Gesaan ini dibuat kerana salah satu daya tarikan pelancongan di Tasik Kenyir telah terjejas akibat aktiviti pembalakan yang berlaku," kata KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, sewajarnya kawasan pelancongan seperti Tasik Kenyir tidak dilakukan aktiviti pembalakan dan flora serta fauna di kawasan itu dikekalkan untuk tarikan pelancongan.


"Sebarang aktiviti pembalakan tidak boleh merosakkan alam sekitar lebih-lebih lagi kawasan pelancongan yang menjadi daya tarikan dan ikon bagi Terengganu.


"Kerajaan Negeri mesti mendahulukan pemuliharaan alam sekitar dan warisan Terengganu berbanding keuntungan hasil hutan semata mata," kata kenyataan itu lagi.




ASYIK ADU DOMBA: ELOK PM ISMAIL PECAT HADI AWANG


RASUAH PUNCA MATAWANG RINGGIT MENJUNAM?


ADA LAGI YANG MEMFITNAH PH. KALI INI BALACI PENYOKONG PAS.

 




SYAUQI TOPOI KEDAH


Merujuk Kepada kenyataan daripada saudara dr Balachandran Gopal Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendokong Pas(DHPP) yg kononnya “Ph bukan sahaja telah mewujudkan jurang yang lebih besar antara kaum,bahkan tidak menghormati bangsa Melayu yang merupakan kaum majoriti di malaysia di samping terus menyebarkan api kebencian terhadap pas mahupun parti lain'.Adalah satu tuduhan yang tidak berasas malah isu ini sengaja ditimbulkan untuk memainkan isu perkauman.

Seperti yang semua tahu,ph tidak pernah sesekali mewujudkan jurang antara kaum kerana dalam ph sendiri mempunyai pelbagai kaum dan tidak pernah sesekali bangsa melayu tidak dihormati oleh bangsa lain seperti yang didakwa oleh beliau.

Dakwaan beliau kononnya ph terus menyebarkan api kebencian terhadap pas mahupun parti lain juga adalah satu tuduhan yang tidak benar.Sebaliknya pemimpin pas itu sendiri yang membuatkan rakyat benci dan menyampah dengan pas kerana sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin pas pada hari ini.Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pas kerana apa yang diperjuangkan oleh pemimpin pas sebelum ini telah lari dari perjuangan asal,segala janji-janji tidak dilaksanakan apabila menjadi sebahagian dari kerajaan pada hari ini.

Nasihat saya pada saudara dr Balachandran Gopal,tidak perlu la nak mainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terutama bangsa melayu,rakyat pada hari ini sudah pandai menilai dan bijak membuat keputusan.Rakyat pada hari ini juga telah tolak politik perkauman dan sepatutnya saudara perlu menasihat pemimpim pas agar menunaikan segala janji-janji mereka kepada rakyat dan kembali kepada prinsip perjuangan asal parti pas.

Syauqi Sahimi

Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

 

PEMUDA AMANAH PERLU YANG LAHIRKAN IDEA SEGAR DAN AMANAH HARUS BERANI KEHADAPAN DIKAWASAN BARU

Secara dasarnya, aku tak bangkang permintaan Ketua Pemuda Amanah ini. Aku pun ingin lihat lebih ramai calon orang muda. Tapi seharusnya biarlah orang muda yang mampu hadirkan idea-idea segar.

Cuma masalahnya, pemuda Amanah tak begitu kedepan dalam politik negara. Bukan saja pemuda tapi boleh kata hampir kesemua pemimpin parti itu kecuali seorang dua yang dilihat aktif bekerja.

Pengundi sekarang bijak. Selain melihat lambang parti, mereka juga melihat siapa yang dicalonkan. Kalau yang dicalonkan itu orang yang tak dikenali, payah juga masa berkempen nanti.

Amanah juga sekarang semakin kurang popular kerana banyak kenyataan yang dilihat melawan arus penyokong PH yang majoritinya menolak khemah besar. Jangan kata pemuda, pemimpin utama pun ada kemungkinan akan hilang sokongan.

Aku rasa Amanah ini lawannya adalah PAS. Lebih elok kalau Amanah tumpukan kekuatan di kawasan yang dikuasai PAS. Kalau nak kerusi selamat tapi di kawasan yang parti lain kuat, siapa nak beri?.

Aku juga setuju dengan pandangan Hasbie yang Amanah dan PH perlu tarik orang Muda. Bukan ambil jalan singkat. Kononnya bekerjasama dengan parti dengan tema muda akan dapat sokongan orang muda (link berita: https://bit.ly/3xsZd19).

Apatah lagi presiden parti itu sendiri terkait dengan skandal rasuah yang kesnya agak kuat. Sebarang kerjasama dengan parti itu mungkin jadi liabiliti buat PH. Akan memudaratkan PH juga nanti.

Lebih baik kalau semua sayap pemuda parti-parti komponen PH sendiri yang dekati pengundi muda. Itu sebenarnya lebih meyakinkan berbanding bentuk kerjasama dengan parti pengkhianat yang tiada akar umbi.

Masih ada masa untuk Pemuda Amanah tampilkan diri sementara PRU15. Aku rasa daripada menuntut kerusi Gred A sekarang, lebih baik Pemuda Amanah rangka program untuk menarik minat anak muda.

Aku tak benci Amanah. Aku mantan ahli Amanah. Aku tinggalkan Amanah kerana benci dengan idea khemah besar. Tapi di lubuk hati, aku masih ingin lihat Amanah terus kukuh dalam politik Malaysia.

PH perlukan Amanah untuk menafikan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu seperti di pantai timur dan utara semenanjung. Kalau Amanah tumpukan melawan PAS di negeri-negeri itu, aku rasa Amanah akan dapat berpuluh kerusi gred A di sana. Guane boh?

Raja Gelap






ADAKAH KULI SEDAR ?

 




SHAMSUDIN NAWAWI


Nak kata apa yang dicakap oleh KuLi ini dangkal tak patut pula. Dia seorang yang berpengalaman luas. Ada yang kata kalau hendak tawan Kelantan dari Pas gunakan dia sebagai poster boy.

Dia juga punyai pengalaman lawan dan kalah, tubuh parti baru dan bubar parti itu.

Ayat dia yang diucapkan itu ayat tergantung. Typical lah bagi orang politic.

Adakah judiciary Malaysia ini tidak independent selama ini? Zaman bila yang tidak independent langsung itu. Bila judiciary tidak ikut rule of law?

Adakah orang yang dibicarakan langsung tak guna rule of law? Tahu2 masuk penjara sahaja? Ada saksi hidup ke?

Adakah zaman memenjarakan pemimpin Umno seperti Najib baru nampak judiciary itu independent? Ramai lagi pemimpin umno yang sudah dipenjara. Yang masih hidup pun ada lagi. Khir Toyo masuk penjara adakah judiciary tidak independent masa itu?

Kalau terlibat secara berterusan dengan judiciary samada sebagai plaintiff/defendant, OKT atau peguam, baru lah boleh cakap samada judiciary itu independent atau tidak.

Mana bukti yang judiciary tidak independent selama ini. Oleh kerana adalah anggapan, ulang anggapan, bahawa judiciary itu ada campur tangan dari orang luar termasuk orang politik sendiri, beranikah KuLi dedahkan?

Jangan pula kita ingat judiciary itu mesti bebas sebebasnya hinggakan undang2 syariah sudah dilupakan. Sudah dianggap jauh rendah martabatnya dari mahkamah sivil.

Sekarang collateral attack atau challenge sentiasa dibuat oleh pihak2 tertentu. Apa sahaja masalah yang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, mereka alih litigasi mereka ke Mahkamah Sivil.

Banyak sangat contohnya yang boleh diberikan.

Bermula dgn kesalahan lelaki berpakaian perempuan yang merupakan kesalahan undang2 syariah, apabila di challenge di Mahkamah Sivil, telah diputuskan undang2 syariah itu bertentangan dgn Perlembagaan. Maka ianya null and void.

Kemudiannya ada tuduhan liwat di mahkamah syariah, challenge di mahkamah sivil, liwat bawah undang2 syariah itu null and void sebab itu kesalahan di bawah Penal Code yang hanya boleh digubal oleh Persekutuan dan tidak oleh negeri.

Terbaharu apabila SIS tidak puas hati dengan Mahkamah Syariah tentang peruntukan "Judicial Review", apabila challenge di Mahkamah Sivil, 9 hakim mahkamah persekutuan sebulat suara kata itu null and void juga. Judicial review adalah khas utk Mahkamah Sivil sahaja. Mahkamah Syariah tiada kuasa itu. Enakmen Agama Islam Selangor yang menggubal enakmen itu telah melampaui kuasanya dan oleh itu unconstitutional.

Bebas yang macam itu kah yang KuLi idamkan? Bebas utk satu hari semua perkara dan undang2 yang digubal secara sah di Dewan Negeri dan Parlimen, akan diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Sivil. Atas alasan itu semua Basic Structure Doctrine?

Bebas bukan bermaksud mahkamah boleh sewenang2 isytiharkan semua undang2 tidak sah. POCA tidak sah, itu tidak sah, ini tidak sah.

Sudahnya pelaku macau scam yang heboh satu Malaya dulu, akhirnya mereka semua bebas! Bukan challenge yang mereka tidak melakukan kesalahan tapi challenge undang2 yang mereka dituduh itu tidak ikut perlembagaan.

Sebagai peguam, kes Najib itu pun merungsingkan saya. Mahkamah dapati dia bersalah itu soal lain. Tapi bagi peguam, ia adalah juga precedent. Lain kali nak minta postpone pun tak boleh! Sedia atau tidak sedia tidak lagi menjadi alasan.

Memang lah bebas tapi jangan lah sampai Doctrine of Separation of Powers itu bukan lagi berlandaskan check and balance tetapi Judiciary adalah cabang kerajaan yang jauh lebih tinggi dari Legislatif dan Eksekutif.

So KuLi....please lah....