SEMBANG KENCANG

 

A Kadir Jasin


Gebang Kencang Gajah Pun Boleh Terbang

1. Mula-mula, duit adalah raja. Cara nak menang pilihan raya.

2. Sekarang, lepas kalah pilihan raya dan nampak bayangan penjara, rakyat ditabalkan jadi raja.

3. Yang banyak duit tu, janganlah jadikan harta kekayaan macam tuhan pula.

4. Si miskin yang dibagi sogokan seratus dua dipanggil raja. Yang kaya dengan harta beribu juta, kita nak panggil apa pula?

5. Yang berniaga, kalau nak harap "bailout" janganlah berniaga. Lagi-lagi bila bayar gaji kepada diri sendiri berpuluh-puluh juta.

6. Petronas ni untuk semua rakyat jelata. Bukan untuk selamatkan orang korporat yang kaya raya.

7. Yang patut dicela (censure) adalah PNB yang labur beribu juta. Lepas itu guna Maybank bagi hutang pula. Pasal apa nak libatkan Petronas juga?

8. Cakap pasal kek, yang dapat "lion's share" tu siapa? Tentu bukan rakyat jelata yang ditabalkan jadi raja!

9. Pasal cukai, cakap bukan main pandai. Tapi cukai sendiri pun terabai.

10. Macam ini sajalah. Saya kenal kedua-dua mereka sejak lama dulu. Seorang dari 1977 dan seorang lagi 1981. Jadi boleh kira dah "mangli" dan cukup-cukup tahu.

Wallahuaklam.

(Carta pun boleh bercerita)


ANWAR CABAR PM BUKA KEMBALI SIASATAN SKANDAL FOREX

CASH IS KING GAGAL BELI SOKONGAN PRU 14


APA ITU FORENSIK AUDIT

 

Beza audit forensik dan kek besar, kek besar itu pun depa laki bini melantak berdua lepas tu ratib hidup Melayu

 

Nik Hasyudeen

rpnol93i6iacfth0t2l816m240  · 

Apa itu audit forensik?

Bila saya bangun tidur pagi ini, ada orang tanya apa itu audit forensik. Pelik juga, di pagi Jumaat ini itulah soalan pertama yang saya terima Description: 🤗

Sebenarnya ini adalah gabungan dua konsep. Yang pertama “audit” yang difahami sebagai satu usaha untuk membandingkan sesuatu dengan satu piawaian. Audit bukan terhad kepada perkara-perkara kewangan sahaja. Audit imej pun ada. Keduanya ialah “forensik” yang merupakan satu proses untuk mengetahui punca kepada sesuatu kejadian. Apabila seseorang meninggal dunia, diadakan pembedahan forensik untuk mencari punca kematian.

Jadi “audit forensik” ialah satu pemeriksaan teliti bagi mengetahui punca sesuatu perkara tetutamanya berkenaan kewangan bagi tujuan untuk mengambil tindakan undang-undang. Bahan bukti yang dikumpul mestilah cukup untuk mengambil tindakan sivil atau pun jenayah di mahkamah. Bagi pembayar cukai yang pernah disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), itu adalah satu contoh mudah berkenaan audit forensik ini. Dengan hasil auditnya, LHDN boleh mendakwa seorang pembayar cukai untuk mengutip semula cukai yang dilarikan.

Walaupun kerja-kerja audit forensik biasanya ditawarkan oleh firma-firma perakaunan yang menawarkan perkhidmatan ini, ahli-ahli pasukan audit forensik biasanya terdiri dari orang-orang dari pelbagai disiplin seperti akauntan, peguam, pakar IT dan ada juga bekas pegawai polis dari unit jenayah kewangan. Mereka benar-benar pakar di dalam menjejak bahan-bahan bukti di dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja berada di dalam negara malah yang berada di luar negara.

Setelah skop audit forensik dipersetujui, akauntan akan menentukan transaksi-transaksi utama yang perlu disiasat berdasarkan skop yang ditentukan itu. Dia akan mencari punca transaksi dan orang-orang yang terlibat di dalam transaksi demikian. Proses-proses yang sepatutnya diikuti dikenal pasti, dokumen-dokumen yang berkaitan serta perkara-perkara lain yang berkaitan termasuk hubungan di antara orang-orang yang menyediakan dokumen dan membuat keputusan. Pemeriksaannya termasuk samada orang-orang ini ada hubungan profesional, kekeluargaan, hubungan perniagaan, politik mahu pun hubungan cinta bagi mencari motif tindakan-tindakan mereka.

Oleh kerana bahan bukti yang dikumpul bukan sahaja dokumen fizikal tetapi termasuk dokumen elektronik, pakar IT memainkan peranan penting di dalam menjejak bukti-bukti berkenaan. Ini adalah kerana adalah biasa bukti-bukti fizikal dan juga elektronik dimusnahkan agar jenayah atau salah laku, jika ada, tidak dapat dikesan. Jadi kepakaran pakar IT di dalam mencari dan mendapatkan kembali dokumen elektronik yang sudah dipadamkan seperti email atau pun cakera padat amat penting. Jadi, bagi orang-orang yang suka menonton filem lucah, perbuatan mereka boleh dikesan melalui kerja-kerja pakar IT.

Peguam akan meneliti bukti-bukti yang didapati dan menilai samada bukti yang ada cukup untuk satu tindakan undang-undang. Kalau tindakan yang diharapkan ialah tindakan jenayah, buktinya kenalah lebih kukuh kerana di mahkamah tahap bukti yang diperlukan ialah “melangkau keraguan yang munasabah”. Biasanya peguam akan memberi nasihat bukti-bukti apa lagi yang diperlukan bagi memenuhi skop audit forensik ini.

Peranan orang-orang yang ada pengalaman menyiasat amat penting terutamannya apabila temuramah dilakukan di dalam proses mengumpulkan bukti. Mereka tahu soalan apa yang harus ditanya, bagaimana soalan itu ditanya dan bagaimana jawapan dinilai dan direkodkan. Mereka juga biasanya ada ramai kenalan di pelbagai tempat yang boleh membantu di dalam pengumpulan bukti atau mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan orang-orang yang terlibat.

Ada juga bukti-bukti yang terletak di luar negara. Ini termasuk hartanah, saham dan pelbagai perkara lagi yang berkaitan dengan apa yang diperiksa. Saksi-saksi yang berkenaan juga boleh berada di luar negara. Ini merumitkan lagi kerja-kerja audit forensik kerana bukti yang dikumpulkan mestilah boleh diterima di mahkamah di Malaysia.

Laporan audit forensik biasanya akan memberikan penjelasan berkenaan apa yang sebenarnya telah berlaku, siapa yang terlibat dan bukti-bukti samada ada unsur-unsur salah laku atau pun jenayah. Pihak yang mengarahkan audit forensik dilaksanakan kemudiannya kena membuat keputusan apakah yang harus mereka lalukan berdasarkan bukti-bukti dan saranan-saranan yang dibuat melalui laporan audit forensik. Ada tindakan dalaman dan ada juga tindakan yang berkaitan dengan pihak luar.

Bagi kes yang ada bukti bahawa jenayah atau pelanggaran undang-undang telah berlaku, laporan kepada agensi-agensi berkenaan seperti Polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat boleh dibuat. Agensi-agensi yang menerima laporan-laporan ini akan menilai laporan yang diterima dan bertindak berdasarkan kuasa mereka. Mereka boleh menyiasat dan mengambil tindakan seperti dakwaan di mahkamah atau pun menutup sahaja kes berkenaan. Jadi, walaupun pelapor yakin ada jenayah yang berlaku, ianya tidak semestinya dipersetujui oleh agensi-agensi yang berkenaan.

Satu perkara penting yang menyebabkan laporan audit forensik tidak lengkap ialah jejak aliran tunai (money trail). Oleh kerana pihak yang melalukan audit forensik bukankah pihak yang ada kuasa undang-undang, mereka tidak boleh menjejak aliran tunai yang terlibat seperti mana yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Polis, SPRM dan juga SC. Biasanya dengan bukti jejak kewangan yang kukuh baharukah kes lebih kukuh dan lengkap. Inilah sebabnya tindakan susulan dari agensi penguatkuasa itu penting.

Semoga penjelasan ringkas ini dapat menberikan gambaran apakah itu audit forensik. Jika belum jelas, boleh bertanya di ruang komen.

 

BAGILAH APA PUN GELARAN, RAKYAT LIHAT DAN TUNGGU KAU KE SUNGAI BULOH....

 

Tentulah..setiap kes kematian kena bedah dan post mortem mula dari ICU! Ini sampai hembus nafas terakhir tak tahu menahu sebab kematian!!

May be an image of 3 people and text that says "Free Malaysia Today 8h Najib Razak memberi gelaran itu selepas Anwar Ibrahim menggesa kerajaan melakukan audit forensik terhadap Sapura Energy dalam usaha menyelamatkan syarikat berkenaan. PEPANA ANA i freemalaysiatoday.com Selepas debat, Najib gelar Anwar 'jaguh forensik'"
Najib gelar DS Anwar pakar forensik? Ok la tu. Tak ada masalah. Sebab forensik itu untuk kebaikan rakyat. Supaya tahu permasalahan sebenar jadi duit rakyat tak dibazirkan.
Yang Najib pula pakar spin apa cerita? Tanya lain jawab lain. Audien tanya OPR sebabkan inflasi, dia cerita sejarah dia buat GST. Moderator tanya kesan kalau bail out gagal, dia jawab kepentingan bail out. Dia punya spin, sekali dengan dia pening. Apa kes?
Spin paling besar, tak guna duit kerajaan tapi guna duit Petronas. Petronas syarikat Sdn. Bhd ke? Kalau tak pun, kerajaan beri jaminan bagi pinjaman bank. Lepas tu kalau rugi lagi kerajaan tanggung. Bodoh tahap apa punya spin la. Guane boh?

Mat Sabu: Tiada 1 Pelan Daripada Kerajaan Bagaimana Menghadapi Masalah Y...

Rafizi Ramli: Kita Nak Bina Keyakinan & Kekuatan Parti, Kita Perlukan Or...

Ismail Sabri sedang diasak oleh tiga fraksi?

 

MSO


DAPATAN RASA

MEDIA massa propagandis, alias pembobo tidur kerajaan, Kelauraga Malaysia melaporkan lebih 100,000 orang ramai mengunjungi rumah terbuka perdana menteri Ismail Sabri Yakob pada Ahad lalu. Sama ada angka itu lebong atau tidak, tetapi cara laporan itu dibuat menyeronokkan mereka yang mendokong serta menumpang rezeki hidup dengan Ismail Sabri. 

Sementara bagi rakyat nun jauh di kampung menggeleng-geleng kepala kekaguman dengan laporan itu dan mengangkat jempol kerana saking hebatnya Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Tetapi bagi mereka yang reti menghitung dan tahu permainan media propgandis, menerimanya sebagai satu perang psikologi sahaja. Tidak logik dengan angka dihitungkan itu. Lagipun jumlah yang hadir itu tidak dapat dijadikan ukuran sokongan sebenar. Apa lagi pada hari rumah terbuka, mereka yang hadir bukan menyokong sesungguhnya, tetapi ada tujuan dan motif lain, khasnya untuk makan dan minum free serta berselfie degan perdana menteri. Di ruang awam begitulah rakyat dapat bertemu PM dengan mudah tanpa protokol ketat. 

Apa lagi negara baru sahaja bebas daripada pendemik. Kehidupan rakyat yang sebelum ini terkurung dan jarak perjalanan serta cara bersosial juga terbatas, jadi apabila ia dibuka semula, maka semua orang ingin menikmati kebebasan itu. Orang ramai mengambil kesempatan untuk memerdekakan dan release diri dan menjadikan acara di Putrajaya itu sebagai destinasi yang ditunggu-tunggu. 

Apapun syabas kepada PM ke-9 itu kerana mendapat liputan yang hebat. Namun disebalik keriuhan dan kehangatan sambutan daripada Keluarga Malaysia itu, hakikat yang sedang dirasa Ismail Sabri tidak seperti mata yang memandang. Beliau kini sedang berhadapan dengan golombang dan masalahnya sendiri, apabila beliau diasak dan ditekan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menganggui tugasannya selaku PM. Keadaan itu menyebabkan Ismail Sabri boleh tersenyum setakat di bibair sahaja tetapi tidak sampai ke dalam sukma.  

Ada tiga puak atau fraksi yang sedang memberi tekanan atau pun memantau Ismail Sabri agar mengikut kehendak mereka. Kedudukan beliau sebagai PM secara "berkebetulan" itu menyebabkan wujud suasana itu dan Ismail Sabri mudah diancam dan diperbudakkan. 

Situasi ini sungguh tidak menyenangkan Ismail Sabri, dan kedudukannya sebagai perdana menteri seperti tidak tulen atau tidak membawa makna lebih bererti. Cuma dengan jawatan itu beliau sekadar boleh berpuas hati lantaran sudah bergelar sebagai PM walaupun tidak dapat berkuasa sepenuhnya. Sekurang-kurangnya beliau lebih baik dan beruntung berbanding dengan Ahmad Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim yang pernah menjawat jawatan timbalan perdana menteri tetapi belum merasai jawatan perdana menteri.

Kumpulan pertama yang menekan beliau ialah daripada partinya sendiri - Umno yang dinamakan kumpulan kluster mahkamah. Kumpulan ini menekan Ismail Sabri agar mematuhi kehendak mereka. Kumpulan ini mahukan Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen. Kumpulan ini mahukan pilhan raya diadakan segera, sebelum berlangsungnya perhimpunan agung Umno yang membabitkan pemilihan. 

Kenapa agenda itu dususun, helahnya jelas. Kumpulan ini tidak mahu Perhimpunan Agung Umno (pemilihan) dilangsung sebelum pilihan raya. Mereka mahukan pilihan raya umum diadakan dahulu baru diikuti dengan pemilihan dalam Umno. Tujuannya dan helahnya kalau pilihan raya diadakan sebelum pemilihan, mereka khasnya presiden masih mempunyai kuasa status quo yang ada, sebagai presiden dan juga pengerusi BN.

Kedua-dua jawatan itu penting dalam menentukan calon-calon UBN dalam pilihan raya umum akan datang. Dengan kuasa itu presiden boleh meentukan siapa yang akan jadi calon dan tidak. Kuasa itu akan digunakan untuk melindunginya dan membuang sesiapa yang dibencinya.

Sebaliknya kalau pemilihan Umno diadakan lebih awal, mereka bimbang akan kehilangan jawatan itu. Dalam masa sama juga golongan ini sudah menghidu ada usaha dan gerakan oleh mereka yang berada dalam kabinet Ismail Sabri memastikan agar pemilihan diadakan sebelum pilihan raya bagi menjamin kedudukan Ismail Sabri sekaligus kedudukan mereka. Mereka merancang untuk menolak Ismail Sabri bertanding jawatan presiden. Golongan ini akan memperalatkan Ismail Sabri untuk kepentingan mereka. 

Senario dan perkembangan ini menyebabkan golongan kluster ini resah gelisah dan membuat tekanan kepada Ismail Sabri supaya akur dengan kehendak mereka. Sama ada usaha mereka ini berjaya dapat dilihat,  apakah perhimpunan kahs Umno untuk pinda perlembagaan diadakan atau tidak. Dan jika diadakan, apakah pindaan itu diluluskan oleh ROS atau sebaliknya. Ada desas desus ROS tidak akan meluluskan pindaan berkenaan atas motif politik juga. 

Golongan atau fraksi kedua yang mengasak dan menekan Ismail Sabri datangnya daripada rakan dalam kerajaan Keluarga Malaysia sendiri, daripada Bersatu. Bersatu yang membantu menaikkan Ismail Sabri berasakan mereka berhak untuk kawal Ismail Sabri untuk kepentingan mereka. Bersatu merasakan saham mereka besar dalam mengangkat Ismail Sabri sebagai PM. Mereka menuntut Ismail Sabri membayar balik saham itu. 

Atas mengenangkan jasa dan pengorbanan itu, Bersatu atau Mahiaddin Yassin sangat mengharapkan Ismail Sabri menurut apa yang mereka kehendak dan tidak sedia mengikut apa yang ditunjuki oleh kluster mahkamah dalam Umno yang jelas merupakan "seteru madu" kepada Bersatu. Kedaan ini menjadikan Ismail Sabri sedikit serba salah dan dalam delima. 

Ada beberapa kejadian atau peristiwa menunjukkan peranan Bersatu ini berjaya menekan atau menggangu Ismail Sabri. Ismail Sabri terpaksa akur dengan tekanan dan permainan Bersatu ini. Salah satunya rancangan untuk menamakan nama sebuah sekolah di Kelantan dengan nama ayah Ismail Sabri, Yaakob bin Sulaiman tidak berjalan seperti dirancang. Persiapan untuk acara itu telah pun dibuat dan Ismail Sabri dijangka akan mengumumkan dalam satu lawatan kerjanya ke Kelantan. Tetapi cadangan itu dibatal kerana ia tidak dipersetujui oleh kabinet apabila dibantah oleh menteri pendidikan?

Bayangkan betapa berkuasanya Bersatu, sehingga dapat membatalkan acara atau hasrat yang telah dipersetujui perdana menteri. Kejadian ini belum pernah berlaku kepada mana-mana PM sebelum ini. Keadaan inilah menunjukkan Ismail Sabri tidak berani berkeras walaupun beliau mempunyai kuasa mengatasi kuasa menteri pendidikan.

Selain itu, tekanan atau gangguan oleh Bersatu kepada Ismail Sabri juga berlaku menerusi Kementerian Kewangan. Katanya ada beberapa peruntukan yang diminta (diarah) oleh Ismail Sabri tetapi tidak diluluskan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang umum tahu perlantikannya dibuat ketika Mahiaddin jadi perdana menteri. Boleh dikatakan semua peruntukan atau projek semasa Mahiaddin jadi PM, tidak dibatal atau boleh dipinda oleh Ismail Sabri.

Manakala golongan ketiga yang juga memberi masalah kepada Ismail Sabri ialah daripada pembangkang, PH. PH menggunakan MoU sebagai modal untuk menenkan dan mengugut Ismail Sabri. Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, telah memberi kata dua, agar Ismail Sabri menyegerakan penggubalan akta anti lompat parti, dimana jika tidak dibuat kemungkinan MoU akan dibatalkan sebelum cukup tempoh matangnya Julai depan.

Walapun pembatalan MoU itu tidak memberi kesan besar sehingga Ismail Sabri boleh terlepas jawatan PM, tetapi jika tindakan itu diambil sedikit sebanyak ia menjejaskan wibawa dan sokongan kepadanya sebagai perdana menteri. Dari segi moral beliau telah hilang sokongan. MoU yang ditanda tangani parti-parti dalam PH itu sedikit sebanyak telah menguatkan semangat Ismail Sabri sebagai perdana menteri. 

Itulah tiga puak atau golongan yang menimbulkan keadaan tidak nyaman kepada Ismail Sabri ketika ini. Pengekalan Ismail Sabri sebagai PM sehingga habis penggal parlimen ke-14 bergantung kepada suasana yang dihadapinya kini. Keadaan Ismail Sabri kini seperti si tempang yang berjalan di atas titi yang merentangi arus sungai yang kuat bertemankan tongkat kontot. 


[DISIARKAN WRLR PADA  14/05/2020]

 

DEBAT HANYA MEMUDARKAN LAGI LALUAN NAJIB UNTUK CITA2 KEMBALI BERKUASA

 


Walau tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata, mereka yang faham politik tentu sedar bahawa Najib Razak memang bercita-cita ingin kembali lagi sebagai Perdana Menteri.

Meski tampak mustahil untuk beliau memintas Ismail Sabri Yaakob yang telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi BN menghadapi PRU15 akan datang, tambahan lagi berderet kes mahkamah melibatkan dirinya masih belum selesai di sebalik pendengaran rayuan akhir berkaitan SRC International ditetapkan 15 Ogos depan, paling mungkin fokus Najib memburu impiannya itu ialah pada PRU16..

Keaktifan Najib menonjolkan diri, disertai dengan ruang yang sentiasa dibuka oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi terhadap belas Perdana Menteri itu, adalah mudah difahami ia tidak lain merupakan laluan untuk beliau kembali ke puncak kuasa.

Jika Tun Mahathir Mohamad berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali melalui parti yang berbeza, Najib pastinya mahu mencipta sejarah yang sama, tetapi tidak lari daripada UMNO.

Antara sebab Najib setuju berdebat dengan Anwar ialah untuk menunjukkan dirinya masih relevan, meski beliau tidak pernah berada di mana-mana pentas debat sebelum ini, malah ketika menjadi Perdana Menteri dulu tidak segan-segan mengatakan berdebat bukanlah budaya di negara kita.

Dengan menunjukkan dirinya kini berani berdebat, Najib sebenarnya hanya ingin memperlihatkan beliau kini memiliki kebolehan yang pelbagai serta masih mampu memimpin negara.

Lantaran itu, sebaik habis berdebat dan ketika berjumpa penyokongnya di PWTC, Najib terus bercakap mengenai PRU15 dan keperluan UMNO mesti menang dalam pilihan raya tersebut.

Menjangkakan kesnya akan mudah selesai atau boleh diselesaikan jika UMNO menang PRU15, sasaran Najib untuk dirinya ialah PRU16 akan datang.

Tetapi, jika Najib merasakan debatnya dengan Anwar itu berjaya meletakkannya terus relevan, di samping melonjakkan lagi kerelevannya, ia barangkali suatu pertimbangan yang tidak tepat.

Selain dikira tidak begitu berjaya berbanding Anwar kerana beberapa hujahnya dipatahkan oleh Ketua Pembangkang, seterusnya menjadi persendaan berterusan di media sosial, penampilan Najib dalam debat itu juga menyerlahkan ketakutan rakyat berkenaan gaya kepimpinannya.

Dengan mengemukakan idea agar Petronas ditampilkan untuk menyelamat Sapura Energy, Najib terlihat mempunyai kecenderungan yang ketara untuk menjarah dana hasil minyak negara untuk suntikan bailout bagi menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu.

Kalau ketika PH berkuasa dulu beliau menempelak perkara itu, sekarang ternampak keinginannya langsung tidak berbeza.

Najib, melalui debat itu turut lebih menampakkan dirinya, jika kembali berkuasa, langsung tidak berbeza dengan eranya yang gagal sebelum ini sehingga menyebabkan UMNO dan BN ditolak rakyat pada 2018 lalu.

Kecenderungan mengamalkan cash is king dan membesarkan kek dengan tujuan pengagihan terus dikawal melalui elit kuasa memperlihatkan bakal tiada perubahan kepada negara ini melalui kemunculannya buat kali kedua nanti.

Rakyat yang boleh berfikir tidak mungkin membenarkan negara ini dibawa berundur ke belakang sekali lagi melalui cara yang sebegitu.

Harapan Najib untuk kembali berkuasa melalui penampilan debatnya dengan Anwar bukan saja tidak terserlah, malah memudarkan lagi laluan perjalanannya itu.

Sebaliknya, debat itu kekal menampilkan aura serta kelebihan Anwar yang jauh lebih relevan berbanding Najib. – ShahbudinHusin 14/05/2022.




BANJIR PUNCA LONGKANG TERSUMBAT

 




Saya dimaklumkan bahawa beberapa buah rumah di Jalan Perwira 11 berlaku banjir kilat pada 2 hari yang lepas. Pasukan kami telah melawat ke kawasan tersebut untuk memeriksa sistem peparitan.

Sampah sarap dan rumput yang tersumbat di dalam longkang disyaki punca air hujan mengalir perlahan.

Selain itu, ubahsuaian rumah yang menutup longkang di sekitar rumah juga akan menyebabkan air hujan susah masuk ke dalam longkang.

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada pihak SWM yang cepat selesaikan aduan ini.

前几天我们接获投诉,关于 Jalan Perwira 11 的几户人家因大雨来袭发生闪电水灾。我于星期三前该地方查看排水系统。

我们发现沟渠里塞着不少垃圾和枯枝,这些都很有可能在大雨时影响排水的速度。

此外,家门前不合规格的扩建也将导致雨水无法正常排入沟渠,从而流入家中。

感谢南方环保公司快速行动,将垃圾清理干净。

கடந்த 2 நாட்களில் ஜாலான் பெர்வீரா 11ல் உள்ள பல வீடுகளில் திடீர் வெள்ளம் ஏற்பட்டுள்ளதாக எனக்குத் தெரியவந்தது. எங்கள் குழுவினர் அப்பகுதிக்கு சென்று வடிகால் அமைப்பை ஆய்வுச் செய்தனர்.

சாக்கடையில் தேங்கி கிடக்கும் குப்பைகள் மற்றும் புற்கள், மழைநீர் மெதுவாக ஓடுவதற்கு காரணமாக இருக்கலாம் என சந்தேகிக்கப்படுகிறது.

மேலும், வீட்டைச் சுற்றியுள்ள வடிகாலை அடைத்து வீட்டை புதுப்பிப்பதால் மழைநீர் வடிகாலில் செல்வதில் சிரமம் ஏற்படுகிறது.

இந்தப் புகாரை விரைவாகத் தீர்த்தமைக்காக திடக்கழிவு மேலாண்மைக்கு நன்றி தெரிவிக்க விரும்புகிறேன்.

#Marina4Skudai

#SkudaiSejahtera

#DUNSkudai

#美好士姑来

Admin Y