SEMBANG KENCANG

 

A Kadir Jasin


Gebang Kencang Gajah Pun Boleh Terbang

1. Mula-mula, duit adalah raja. Cara nak menang pilihan raya.

2. Sekarang, lepas kalah pilihan raya dan nampak bayangan penjara, rakyat ditabalkan jadi raja.

3. Yang banyak duit tu, janganlah jadikan harta kekayaan macam tuhan pula.

4. Si miskin yang dibagi sogokan seratus dua dipanggil raja. Yang kaya dengan harta beribu juta, kita nak panggil apa pula?

5. Yang berniaga, kalau nak harap "bailout" janganlah berniaga. Lagi-lagi bila bayar gaji kepada diri sendiri berpuluh-puluh juta.

6. Petronas ni untuk semua rakyat jelata. Bukan untuk selamatkan orang korporat yang kaya raya.

7. Yang patut dicela (censure) adalah PNB yang labur beribu juta. Lepas itu guna Maybank bagi hutang pula. Pasal apa nak libatkan Petronas juga?

8. Cakap pasal kek, yang dapat "lion's share" tu siapa? Tentu bukan rakyat jelata yang ditabalkan jadi raja!

9. Pasal cukai, cakap bukan main pandai. Tapi cukai sendiri pun terabai.

10. Macam ini sajalah. Saya kenal kedua-dua mereka sejak lama dulu. Seorang dari 1977 dan seorang lagi 1981. Jadi boleh kira dah "mangli" dan cukup-cukup tahu.

Wallahuaklam.

(Carta pun boleh bercerita)


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...