MSO
DAPATAN RASA
MEDIA massa propagandis, alias pembobo tidur kerajaan, Kelauraga
Malaysia melaporkan lebih 100,000 orang ramai mengunjungi rumah
terbuka perdana menteri Ismail Sabri Yakob pada Ahad lalu.
Sama ada angka itu lebong atau tidak, tetapi cara laporan itu dibuat
menyeronokkan mereka yang mendokong serta menumpang rezeki hidup dengan Ismail
Sabri.
Sementara bagi rakyat nun
jauh di kampung menggeleng-geleng kepala kekaguman dengan laporan itu dan
mengangkat jempol kerana saking hebatnya Ismail Sabri sebagai perdana menteri.
Tetapi bagi mereka yang
reti menghitung dan tahu permainan media propgandis, menerimanya sebagai satu
perang psikologi sahaja. Tidak logik dengan angka dihitungkan itu. Lagipun
jumlah yang hadir itu tidak dapat dijadikan ukuran sokongan sebenar. Apa lagi
pada hari rumah terbuka, mereka yang hadir bukan menyokong sesungguhnya, tetapi
ada tujuan dan motif lain, khasnya untuk makan dan minum free serta
berselfie degan perdana menteri. Di ruang awam begitulah rakyat
dapat bertemu PM dengan mudah tanpa protokol ketat.
Apa lagi negara baru
sahaja bebas daripada pendemik. Kehidupan rakyat yang sebelum ini terkurung dan
jarak perjalanan serta cara bersosial juga terbatas, jadi apabila ia dibuka
semula, maka semua orang ingin menikmati kebebasan itu. Orang ramai mengambil
kesempatan untuk memerdekakan dan release diri dan menjadikan
acara di Putrajaya itu sebagai destinasi yang ditunggu-tunggu.
Apapun syabas kepada PM
ke-9 itu kerana mendapat liputan yang hebat. Namun disebalik keriuhan dan
kehangatan sambutan daripada Keluarga Malaysia itu, hakikat yang sedang dirasa
Ismail Sabri tidak seperti mata yang memandang. Beliau kini sedang berhadapan
dengan golombang dan masalahnya sendiri, apabila beliau diasak dan ditekan oleh
pihak-pihak tertentu sehingga menganggui tugasannya selaku PM. Keadaan itu
menyebabkan Ismail Sabri boleh tersenyum setakat di bibair sahaja tetapi tidak
sampai ke dalam sukma.
Ada tiga puak atau fraksi
yang sedang memberi tekanan atau pun memantau Ismail Sabri agar mengikut
kehendak mereka. Kedudukan beliau sebagai PM secara "berkebetulan"
itu menyebabkan wujud suasana itu dan Ismail Sabri mudah diancam dan diperbudakkan.
Situasi ini sungguh tidak
menyenangkan Ismail Sabri, dan kedudukannya sebagai perdana menteri seperti
tidak tulen atau tidak membawa makna lebih bererti. Cuma dengan jawatan itu
beliau sekadar boleh berpuas hati lantaran sudah bergelar sebagai PM walaupun
tidak dapat berkuasa sepenuhnya. Sekurang-kurangnya beliau lebih baik dan
beruntung berbanding dengan Ahmad Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim yang pernah
menjawat jawatan timbalan perdana menteri tetapi belum merasai jawatan perdana
menteri.
Kumpulan pertama yang
menekan beliau ialah daripada partinya sendiri - Umno yang dinamakan kumpulan
kluster mahkamah. Kumpulan ini menekan Ismail Sabri agar mematuhi kehendak
mereka. Kumpulan ini mahukan Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong agar
membubarkan parlimen. Kumpulan ini mahukan pilhan raya diadakan segera, sebelum
berlangsungnya perhimpunan agung Umno yang membabitkan pemilihan.
Kenapa agenda itu
dususun, helahnya jelas. Kumpulan ini tidak mahu Perhimpunan Agung Umno
(pemilihan) dilangsung sebelum pilihan raya. Mereka mahukan pilihan raya umum
diadakan dahulu baru diikuti dengan pemilihan dalam Umno. Tujuannya dan
helahnya kalau pilihan raya diadakan sebelum pemilihan, mereka khasnya presiden
masih mempunyai kuasa status quo yang ada, sebagai presiden dan juga pengerusi
BN.
Kedua-dua jawatan itu
penting dalam menentukan calon-calon UBN dalam pilihan raya umum akan datang.
Dengan kuasa itu presiden boleh meentukan siapa yang akan jadi calon dan tidak.
Kuasa itu akan digunakan untuk melindunginya dan membuang sesiapa yang
dibencinya.
Sebaliknya kalau
pemilihan Umno diadakan lebih awal, mereka bimbang akan kehilangan jawatan itu.
Dalam masa sama juga golongan ini sudah menghidu ada usaha dan gerakan oleh
mereka yang berada dalam kabinet Ismail Sabri memastikan agar pemilihan
diadakan sebelum pilihan raya bagi menjamin kedudukan Ismail Sabri sekaligus
kedudukan mereka. Mereka merancang untuk menolak Ismail Sabri bertanding
jawatan presiden. Golongan ini akan memperalatkan Ismail Sabri untuk
kepentingan mereka.
Senario dan perkembangan
ini menyebabkan golongan kluster ini resah gelisah dan membuat tekanan kepada
Ismail Sabri supaya akur dengan kehendak mereka. Sama ada usaha mereka ini
berjaya dapat dilihat, apakah perhimpunan kahs Umno untuk pinda
perlembagaan diadakan atau tidak. Dan jika diadakan, apakah pindaan itu
diluluskan oleh ROS atau sebaliknya. Ada desas desus ROS tidak akan meluluskan
pindaan berkenaan atas motif politik juga.
Golongan atau fraksi
kedua yang mengasak dan menekan Ismail Sabri datangnya daripada rakan dalam
kerajaan Keluarga Malaysia sendiri, daripada Bersatu. Bersatu yang
membantu menaikkan Ismail Sabri berasakan mereka berhak untuk kawal Ismail
Sabri untuk kepentingan mereka. Bersatu merasakan saham mereka besar dalam
mengangkat Ismail Sabri sebagai PM. Mereka menuntut Ismail Sabri membayar balik
saham itu.
Atas mengenangkan jasa
dan pengorbanan itu, Bersatu atau Mahiaddin Yassin sangat mengharapkan Ismail
Sabri menurut apa yang mereka kehendak dan tidak sedia mengikut apa yang
ditunjuki oleh kluster mahkamah dalam Umno yang jelas merupakan "seteru
madu" kepada Bersatu. Kedaan ini menjadikan Ismail Sabri sedikit serba
salah dan dalam delima.
Ada beberapa kejadian
atau peristiwa menunjukkan peranan Bersatu ini berjaya menekan atau menggangu Ismail
Sabri. Ismail Sabri terpaksa akur dengan tekanan dan permainan Bersatu ini.
Salah satunya rancangan untuk menamakan nama sebuah sekolah di Kelantan dengan
nama ayah Ismail Sabri, Yaakob bin Sulaiman tidak berjalan
seperti dirancang. Persiapan untuk acara itu telah pun dibuat dan Ismail Sabri
dijangka akan mengumumkan dalam satu lawatan kerjanya ke Kelantan. Tetapi
cadangan itu dibatal kerana ia tidak dipersetujui oleh kabinet apabila dibantah
oleh menteri pendidikan?
Bayangkan betapa
berkuasanya Bersatu, sehingga dapat membatalkan acara atau hasrat yang telah
dipersetujui perdana menteri. Kejadian ini belum pernah berlaku kepada
mana-mana PM sebelum ini. Keadaan inilah menunjukkan Ismail Sabri tidak berani
berkeras walaupun beliau mempunyai kuasa mengatasi kuasa menteri pendidikan.
Selain itu, tekanan atau
gangguan oleh Bersatu kepada Ismail Sabri juga berlaku menerusi Kementerian
Kewangan. Katanya ada beberapa peruntukan yang diminta (diarah) oleh Ismail
Sabri tetapi tidak diluluskan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang
umum tahu perlantikannya dibuat ketika Mahiaddin jadi perdana menteri. Boleh
dikatakan semua peruntukan atau projek semasa Mahiaddin jadi PM, tidak dibatal
atau boleh dipinda oleh Ismail Sabri.
Manakala golongan ketiga
yang juga memberi masalah kepada Ismail Sabri ialah daripada pembangkang, PH.
PH menggunakan MoU sebagai modal untuk menenkan dan mengugut Ismail Sabri.
Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, telah memberi kata
dua, agar Ismail Sabri menyegerakan penggubalan akta anti lompat parti, dimana
jika tidak dibuat kemungkinan MoU akan dibatalkan sebelum cukup tempoh
matangnya Julai depan.
Walapun pembatalan MoU
itu tidak memberi kesan besar sehingga Ismail Sabri boleh terlepas jawatan PM,
tetapi jika tindakan itu diambil sedikit sebanyak ia menjejaskan wibawa dan
sokongan kepadanya sebagai perdana menteri. Dari segi moral beliau telah hilang
sokongan. MoU yang ditanda tangani parti-parti dalam PH itu sedikit sebanyak
telah menguatkan semangat Ismail Sabri sebagai perdana menteri.
Itulah tiga puak atau golongan yang menimbulkan keadaan tidak nyaman kepada Ismail Sabri ketika ini. Pengekalan Ismail Sabri sebagai PM sehingga habis penggal parlimen ke-14 bergantung kepada suasana yang dihadapinya kini. Keadaan Ismail Sabri kini seperti si tempang yang berjalan di atas titi yang merentangi arus sungai yang kuat bertemankan tongkat kontot.
[DISIARKAN WRLR PADA 14/05/2020]