MASA PH DULU BANTU TAK KATA APA PUN..TU PUN KENA KECAM...INI DAH JADI KERAJAAN KUTUK PULAK PETANI

 

Ubah mentaliti harapkan subsidi, petani, nelayan diberitahu


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Stephen Rundi Utom (tengah) menerima cenderamata selepas ucapannya pada majlis Aco Lepa Ajau Birami Gawai di Kuching, semalam. (Gambar Bernama)

KUCHING: Petani serta nelayan perlu mengubah mentaliti yang terlalu mengharapkan bantuan subsidi daripada kerajaan, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata sebaliknya mereka seharusnya perlu memupuk sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung.

Jelasnya, bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian.

“Sampai bila mereka perlu diberikan subsidi, mereka akan selamanya bergantung kepada bantuan. Pada mulanya memang saya berpendapat kita perlu beri bantuan tetapi ia tidak boleh selamanya sama ada anda petani atau nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada acara rakaman pentas Aco Lepa Ajau Birami Gawai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, malam tadi.

Sementara itu, mengambil contoh nelayan, Rundi berkata beliau faham bahawa mereka tidak boleh turun ke laut dalam beberapa bulan setahun kerana musim tengkujuh namun mereka harus memikirkan pendapatan lain semasa waktu tersebut.

“(Sekiranya bantuan ingin diberikan), Kita perlu mencari kaedah bagaimana kita dapat lakukan bantuan ini secara efektif dan lebih lestari,” tambahnya.