KDN sita, tahan penerbitan KABAR Era Pakatan

24/05/2010 6:01pm
KUALA LUMPUR 24 Mei — Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita dan menahan penerbitan akhbar tabloid politik KABAR Era Pakatan yang diterbitkan tanpa permit penerbitan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad berkata tindakan itu berikutan aduan awam dan laporan polis yang dibuat berikutan penerbitan tersebut.

"Perkara ini menyalahi peruntukan Seksyen 5, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sehingga semalam sebanyak 6,108 naskah telah dirampas daripada 915 premis di seluruh negara yang diperiksa.


Beliau juga berkata jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.



ADUAN DARI UTUSAN YANG TAK LAKU....HANYA 70 ,000 SAHAJA, SINAR HARIAN 900,000 SEHARI..

PERMOHONAN MAAF DARI KESILAPAN MAKSUD

“Wartawan Sanggup Ditiduri” : Maklumat Tidak TepatMonday, 24 May 2010 3:27 PM Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Ekoran penyiaran artikel oleh penulis sambilan, Mohd Ali Bakri yang bertajuk 'Ada wartawan sanggup 'ditiduri' untuk dapat slot tv', pihak erapakatan.com menerima bantahan daripada bekas wartawan penyiaran, Rosli Nordin.

Menurut beliau, kenyataan tersebut yang memetik beliau sebagai sumber adalah tidak tepat dan telah disalah tafsir oleh penulis sambilan terbabit. "Saya hanya mengaitkan soal etika pengamal media luar negara dan ia tidak berkait dengan pengamal media di Malaysia."Ia telah menjejaskan nama baik saya saya dan saya berharap perkara ini dapat dibersihkan kembali," kata bekas Wartawan Penyiaran, Rosli Nordin kepada erapakatan.com.

Rosli berkata, beliau hanya mengambil contoh etika pengamal media di luar negara dan tidak pernah menunding jari kepada mana-mana pengamal media di Malaysia. Beliau juga dalam kenyataannya berharap mana-mana blogger yang telah menaikkan artikel tersebut dalam blog mereka agar segera memadamkan artikel tersebut yang jelas tidak tepat dan bercanggah dari fakta sebenar.


Erapakatan.com dengan ini secara rasmi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Rosli Nordin kerana artikel tersebut yang telah menjejaskan nama beliau ketika ini.Untuk maklumat, penulis sambilan tersebut tidak lagi menulis untuk erapakatan.com.

AKHBAR DI RAMPAS

Baru dua bulan di pasaran, tabloid politik - Kabar Era Pakatan - sudah berdepan dengan tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila kira-kira 3,000 nashkah tabloid tersebut dirampas Jumaat lalu kerana memuatkan isu yang menyentuh perdana menteri.
.
Akhbar yang dirampas itu merupakan nashkah edisi pertama (5 hingga 20 April) dan edisi ketiga (9 hingga 22 Mei).

Ketua pengarangnya, Mat Zahari Ali hairan mengapa akhbar tersebut dirampas sedangkan KDN tidak mengeluarkan apa-apa notis kepadanya sebelum tindakan tersebut diambil.

Sepatutnya, kata beliau, KDN bertindak lebih profesional dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengambil tindakan seperti itu.

Tambahnya, nashkah tersebut dirampas di beberapa premis pengedar di Ipoh dan Taiping di Perak dan juga Gombak, Selangor.

"Ada juga dirampas di kedai-kedai, saya percaya ia bertujuan menakut-nakutkan penjual," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mat Zahari mendakwa, beliau tidak menerima apa-apa surat daripada kementerian tersebut yang boleh mengesahkan rampasan berkenaan.(Malaysiakini.com)

"Cuma pada Jumaat lalu saya dimaklumkan (oleh seorang pegawai kementerian) melalui telefon dan melalui e-mel supaya berjumpa mereka bersabit soal permit.(Malaysiakini.com)

















Gambar ihsan Malysiakini.com


Akbar dwi bulanan ini pada mulanya menggunakan lesen Konsep , kini mengunakan lesen Khabar setelah kesukaran untuk menghidupkan lesen Konsep. Manurut Mat Zahari lagi pegawai di KDN tidak dapat memberi jawapan khusus kenapa akhbar tersebut di rampas, pada hal ianya mempunyai lesen .Malah berbagai alasan di berikan dimana dikaitkan "Era Pakatan " lebih besar dari nama lesen iaitu Khabar.Malah ada alasan lain yang dianggap tidak dapat di terima kerana adanya aduan kononnya menyokong kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Esok Mat Zahari selaku ketua Editor akan mengadap Ketua Setiusaha KDN bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai rampasan akhbar tersebut.

Time for PKR to 'reformasi' itself

Time for PKR to 'reformasi' itself

Commentary by Chan Kok Leong, The Edge Daily; Monday, 24 May 2010

IF it hasn't caught on by now, it is no longer a mystery that PKR has the highest number of legislators who have quit the party to become independents.

Beginning with Jamaluddin Mat Radzi and Osman Jailu in February 2009, and ending (for the moment) with Wee Choo Keong this month, PKR has now lost five state and five national legislators.

And as PKR member of parliament for Kapar S Manikavasagam fended off more rumours of him leaving the party too over the weekend, another Pakatan Rakyat (PR) state may be in danger of falling.

Over the weekend, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak felt necessary to hold a "solidarity" gathering to dispel talk that the PKR state assemblymen would turn independent.

Of the five state assemblymen PKR has in Kedah, two — Radzhi Salleh (Lunas) and Tan Wei Shu (Batu Arang) — have already quit. If the remaining three assemblymen — Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) and S Manikumar (Bkt Selambau) — were to leave PKR, PR could lose another state.

Party apologists blame the "defections" as all part and parcel of a deep-rooted conspiracy by their political rivals to weaken them. They accuse the rivals of having bought, coerced and blackmailed their legislators into leaving PKR.

Since the last general election, other PR partners — DAP and PAS — have lost one legislator each. Jelapang assemblyperson Datuk Hee Yit Foong quit DAP in 2009 before the fall of Perak while Datuk Ibrahim Ali, who ran on a PAS platform, turned independent almost immediately after the general election.

If this was a concerted effort by PKR's rivals, wouldn't DAP and PAS be hit by more defections?

And if disillusionment and switching parties are endemic in Malaysian politics, why are PKR's legislators the only ones quitting their party?

From being the leading light and the strength that binds PR, PKR is now deemed its weakest link.

Beginning from Thursday in Kota Bharu, PKR will hold its third annual congress since coming into power in three states and it will be tempting for delegates and leaders to blame the big bad wolf for all its troubles.

But that would be the easy way out. Instead, the party should rethink some of its own invitations to other legislators to leave their own parties.

During the congress, PKR delegates must make a stand on elected representatives who choose to leave their political parties before their terms are up. If the delegates choose to accept that switching parties midway through an election cycle is part of their ideology, then it should accept that PKR will have lost the moral authority to belittle those who leave unless they can back up their allegations with fact and not mere rhetorical arguments.

Teamwork over individuality
In the four-day conference, PKR must also look into its handling of party machinery affairs.

Against the much stronger and better managed Barisan Nasional by-election machinery, PKR ran a directionless campaign marred by infighting in Hulu Selangor. Differences between election director Fuziah Salleh and Selangor state PKR chief and Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim over how the campaign should be conducted flowed from the meeting room onto the ground.

The resulting disagreement disrupted the election machinery so much so that it took days before campaign material was properly distributed to the workers. Coordination with its partners was so feeble that it was several days into the campaign before PAS leaders swung into action.

Therefore, it was unsurprising that the popular Datuk Zaid Ibrahim lost out against little-known P Kamalanathan.

The weak machinery PKR has is no big secret.

While its leaders continue to expound the importance of new eligible voters registering themselves with the Election Commission, it holds the weakest record among the PR parties. In 2009, PKR registered just 3,331 new voters (4.76%) compared to DAP's 17,790 (24.45%) and PAS' 17,022 (24.35%).

Among all parties, PKR performed marginally better than MCA's 1,467 (2.1%), MIC's 355 (0.51%) and Gerakan's 322 (0.46%), pointing to a weak machinery.

While PKR continues to push for the improvement of the nation, it is high time the party looked deep into its problems and reformed itself before sounding the next "reformasi" bugle.

Cabaran RPK kepada kerajaan: Buktikan saya bersalah di UK!

Cabaran RPK kepada kerajaan: Buktikan saya bersalah di UK!


Biarpun RPK pernah dicabar untuk pulang ke mahkamah Malaysia dan membuktikan dirinya tidak bersalah, beliau tetap berkeras, "Penuntut fakulti perundangan tahun pertama juga tahu bahawa tanggungjawab pendakwa raya adalah untuk membuktikan tertuduh bersalah, bukannya tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah. Kalau mereka ingin membuktikan saya bersalah, datanglah ke mahkamah UK!"

Sim Tze Wei, Merdeka Review

Raja Petra Kamarudin (RPK) akhirnya muncul di BPP Law School, London untuk mencabar kerajaan Malaysia agar membuktikan beliau bersalah di United Kingdom, tetapi bukan mengurungnya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kalau mereka nak main, main ikut peraturan saya! Bak pepatah, kalau nak tumbangkan musuh, ajak dia main di gelanggang kita. Gelanggang saya di sini, United Kingdom!" Demikianlah kata-kata RPK sambil berseloroh ketika dijemput oleh Solicitor’s International Human Rights Group untuk berucap di BPP Law School, semalam.

Semasa menjawab soalan dari bawah pentas, RPK mendakwa sebaik sahaja beliau dibebaskan pada Februari tahun lalu, pendakwa raya telah memohon agar mahkamah menggugurkan penghakiman tersebut. Namun, permohonan itu tidak terjawab sehingga kini. RPK menjangka dirinya mungkin ditahan semula.

RPK berkata dirinya sanggup berdepan dengan pendakwaan pada bila-bila masa, tetapi enggan melayan seandainya beliau perlu dikurungkan di bawah ISA.

Biarpun RPK pernah dicabar untuk pulang ke mahkamah Malaysia dan membuktikan dirinya tidak bersalah, beliau tetap berkeras, "Penuntut fakulti perundangan tahun pertama juga tahu bahawa tanggungjawab pendakwa raya adalah untuk membuktikan tertuduh bersalah, bukannya tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah. Kalau mereka ingin membuktikan saya bersalah, datanglah ke mahkamah UK!"

Salah seorang hadirin membandingkan situasai antara RPK dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, "Kamu dan Anwar Ibrahim berdepan dengan keadaan yang sama. Seorang memilih untuk terus berada dalam negara, seorang lagi memilih untuk terbang ke London. Siapakah pula antaranya yang lebih mungkin untuk mengelakkan diri dari malapetaka?"

Secara terus terang RPK mendakwa Anwar Ibrahim telah bertekad untuk menetap di Malaysia dan menentang sehabis-habisnya, kerana Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri seterusnya. Namun, RPK menyatakan bahawa dirinya tidak berniat untuk menjadi ahli politik.

London telah menjadi medan perang antara kerajaan dan pembangkang di Malaysia, lantaran populasi warga Malaysianya yang agak tinggi. Ahli politik Malaysia seperti Menteri Besar Negeri Perak Zambry Abd Kadir, Anwar Ibrahim, Mohd Nizar Jamaluddin dan lain-lain lagi pernah mendarat di kota antarabangsa ini untuk memberi ucapan politik. Kini, blogger terkenal di Malaysia, RPK turut tampil berkongsi pengalaman dirinya ketika ditahan di bawah ISA.

ISA bukan warisan penjajah British

RPK menafikan bahawa ISA adalah akta yang diwarisi daripada penjajah British, ketika beliau memulakan ucapannya. ISA diluluskan selepas tiga tahun negara kita mencapai kemerdekaan. RPK menambah, ISA dibentangkan oleh bekas PM Abdul Razak pada tahun 1960 (TPM ketika itu), dibantah oleh pemimpin Parti Progresif Rakyat, D. R.Seenivasagam.

Abdul Razak ketika itu memujuk D. R.Seenivasagam dengan alasan bahawa ISA diperlukan untuk menangkis serangan komunis, namun ISA kini telah menjadi alat kerajaan untuk menekan mereka yang berbeza pandangan dan menakut-nakutkan pegawai kerajaan, kata RPK.

Menurut RPK (gambar kanan), OKT (orang kena tahan) akan diasak dengan pelbagai tuduhan dalam tempoh penahanan 30 hari pertama, malah berdepan dengan ancaman agar OKT mengaku salah. RPK berkata surat pengakuan salahnya setebal 200 muka surat, antaranya termasuklah "membunuh Presiden Kennedy". Beliau akan dibebaskan seandainya mengaku bersalah, dan meletakkan tandatangan pada setiap muka surat, untuk 30 salinan surat pengakuan yang setebal 200 muka surat.

30 hari kemudiannya, OKT akan diseksa, supaya berpaling tadah untuk menyokong kerajaan. Malah, OKT akan digoda dengan pangkat, wang, rumah banglo dan sebagainya. RPK membahagikan OKT kepada dua kategori, iaitu sebahagiannya akan menerima ganjaran setelah kompromi. Selebihnya pula akan diarah untuk terus kekal dalam pembangkang sebagai "trojan horse" BN. Kuda Trojan ini akan mencetuskan perselisihan dalam pembangkang untuk mencungkil rasa benci pengundi, malah RPK terus menyindir bahawa Zulkifli Nordin adalah antara yang terjatuh dalam kategori ini.

Disambut dengan penghormatan

Selain itu, RPK juga mendedahkan penyeksaan yang berlaku ketika penahanan di bawah ISA. Ketika mengulas pilihan raya kecil yang berlangsung di Malaysia setelah dibangkitkan oleh hadirin, RPK berkata pertubuhan antarabangsa harus menghantar pemerhati untuk memantau perjalanan PRK di Malaysia, yang mana penyelewengannya semakin berleluasa.

Ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di London, semalam, menarik kehadiran antara 300 hingga 400 orang. Hadirin berdiri dan menyambut ketibaan RPK dengan tepukan gemuruh. Malah, ada yang meminta tandatangan RPK selepas ceramah tersebut.

*Sim Tze Wei adalah penulis khas MerdekaReview yang membuat liputan di BPP Law School, London. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal



Kempen Petisyen Online dan 10,000 Tandatangan Desak UKM Gugurkan Pertuduhan Dilancar

Kempen Petisyen Online dan 10,000 Tandatangan Desak UKM Gugurkan Pertuduhan Dilancar

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama-sama front-front mahasiswa yang lain melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dituduh terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Presiden GAMIS, Mohd Idris Mohd Yusoff juga mendesak pentadbiran UKM dengan segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa tersebut. Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html

Menurut Idris, petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membuktikan suara bantahan daripada mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim dengan menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata beliau dalam kenyataan medianya.

Beliau yang mewakili GAMIS berharap kes ini merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.

Akta ini (AUKU) tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu.

HERO BARU BAKAL MUNCUL DALAM MIC

12 Tahun dulu ketika semua pemuda Umno keluar dan menyertai gerakan reformasi Anwar Ibrahim, muncul wira baru dalam pemuda Umno waktu itu. Wira tersebut tidak ikut serta namun mengambil jalan menyokong tindakan Mahathir Mohammad menentang dan memecat Anwar. Hari ini wira tersebut menduduki carta menteri kabinet walau pun semasa dalam pemuda umno nama beliau tenggelam dan di bayangi oleh ahli umno yang lebih berani dan punya idea.

Kini muncul seorang lagi wira yang hampir sama dengan apa yang berlaku kepada pemuda umno dahulu. Kempen GAS yang di lancarkan Mugilan mendapat sokongan akar umbi dan kini muncul "hero" yang pastinya akan dilantik untuk menjadi hero dalam MIC kerana menyokong presiden memecat Mugilan.

HARAP-HARAP AKAN MENDAPAT IMBUHAN DAN DI LANTIK MENJADI BARISAN HADAPAN ..

Jangan sertai Gerakan Anti-Samy Vellu


HE...HE...HE...HE DAH RAMAI YANG SEDAR DAN CERDIK KINI...

SPRM BUAT LAWAK:WAYANG APA TAH NAK DI PUTARKAN

MACC to probe PM’s Sibu ‘offer’

Nak tergelak pun ada baca berita macan ini.Entah hebat mana pula SPRM nak siasat Najib.Aku rasa la wayang ni kalau di siarkan pada umum pun tak laku. Semua dah tahu..orang kampung pun dah tahu semua ni.

Kecuali zaman Tunku dulu ada la kes dimana pemmecatan dilakukan bila aanya rasuah....tapi semenjak zaman Mahathir aku rasa SPRM ni macam saja-saja diadakan...tak berfungsi sejauh mana pun..malah orang ramai menganggap bahawa SPRM ni tak menggerunkan buat orang politii sebelah sana...

Dengar sahaja kes ADUN Pakatan,atau kerajaan dibawah Pakatan Rakyat, sah cepat-cepat nak siat-siat...macam itulah tanggapan orang ramai terhadap SPRM...tak menjadi dan tak menggerunkan ahli politik yang merasuah atau yang suka makan rasuah.

Exco Kerajaan Tanam Pokok Nyior





KIRIMAN PAS BUKIT BENDERA


Pertubuhan Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah ucapkan ribuan terima kasih kepada YB.Law Choo Kiang ,YB.Teh Yee Cheu,Pengarah Perikanan,Pengarah LKIM,Pegawai UPEN dan Pejabat Daerah Timur Laut yang sudi menanam pokok nyoir di pantai Tanjung Bungah.

Setakat ini Pertubuhan Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah sudah menanam pokok nyoir sebanyak 200 pokok dalam kempen bumi hijau.Pertubuhan Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah amat memerlukan sumbangan kewangan dan pokok untuk menjayakan program bumi hijau.

ADUN KERDAU DIKHABARKAN KEMBALI KRITIKAL

Edisi Pahang: ADUN Kerdau, YB Zaharuddin Abu Kassim Kembali Kritikal Dan Kini Dirawat Di IJN!

KUANTAN, 22 Mei [10.32 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto), dilaporkan kini kembali berada dalam keadaan kritikal. Beliau kini difahamkan tidak sedar dan berada dalam keadaan koma. Malah, jantung dan paru-paru beliau juga dikatakan berada dalam keadaan lemah dan perlu menerima rawatan rapi sekarang. Beliau sebelum ini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob sebelum ini melaporkan bahawa ADUN terbabit kian pulih. Malah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Aziz Mohd Yusof pada hari yang sama menolak spekulasi mengenai keadaan beliau yang sedang dirawat selepas menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010. Rakyat diseluruh negara kini tertumpu ke kawasan terbabit, kerana jika kesihatan dan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku maka kemungkinan besar satu lagi pilihanraya kecil akan dapat disaksikan dalam masa terdekat ini. Apapun, kita berharap agar beliau akan kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.
sumber: Malaysiakini dan Pahang Daily

GAS UNTUK SAMMY

BANTAHAN LESEN JUDI DI SELURUH NEGERI PULAU PINANG HARI INI.






Pulau Pinang-Bantahan terhadap kerajan pimpinan DS Najib Tun Razak hari ini muncul di beberapa lokasi Masjid di seluruh negeri Pulau Pinang hari ini. Selain bebefpa negeri termasuk Terenganu, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah, bantahan ini di lakukan di masjid kampung Permatang Jangus Permatang Pauh di mana ianya di sertai oleh Pemuda Pakatan Rakyat selepas solat jumaat hari ini.

Bantahan ini diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang , Sdr Husni Mat PIah Ketua AMK Negeri, Sdr Amir Ghazali dan juga para angota pemuda PAS kawasan dan dewan ulama negeri dan kawasan serta para penyokong.

Menurut dewan pemuda PAS bahawa kebidaban Umno dalam isu ini dan menyalahi cara berfikir lurus dan waras serta tidak memberikan kebaikan kepada umum mengenai lesen perjudian ini.

Menurut Sdr Husni Mat Piah lagi , Pemuda PAS melihat bahawa judi ini sama ada di beri lesen atau pun tidak ianya adalah tetap haram di sisi agama. Bagaimana kerajaan yang mengaku bahawa negera ini adalah negara Islam, namun memberi pula lesen perjudian ini.Malah menurut beliau lagi, ianya tidak sepatutnya berlaku kerana semua masyarakaat tahu bahwa judi itu adalah haram di sisi agama.

Dewan pemuda PAS juga turut mempersoalkan adakah selama ini lesen judi yang di berikan kepada sport toto dan Da Ma Chai juga tidak mencukupi dan di tambah lagi pula judi bermusim seperti bola sepak ini.

Perhimpunan ini turt juga di sertai oleh Ketua AMK Pulau Pinang Sdr Amir Ghazali yang menganggap bahwa kerajan Umno ini adalah pengkhianat kepada umat Islam sendiri Malah menyatakan bahawa pendirian ketua pemuda Umno negeri yang membisu dalam sioal ini adalah di anggap sebagai pengecut namun bertopengkan pembangunan islam.

Antara yang berucap di majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Haji Ghazali, Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Cabang Keadilan Bagan, Farid Arshad dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidiq Noor.





klik gambar untuk besarkan...

SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DAN JUGA TABUNG SEKOLAH AGAMA




BERITA DAN GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN

KUBANG SEMANG-Majlis penyampaian bantuan dan juga sumbangan kepada mangsa kebakaran, pelajar yang melanjutkan pelajaran serta bantuan khas tabung sekolah agama di sampaikan oleh DSAI .Dalam ucapan beliau , menjelaskan bahawa ada sedikit masaalah apabila kita memerintah negeri Pulau Pinang ini apabila setelah 2 tahun baru dapat menguasai Majlis Agama Islam .


Selain itu juga, menurut DSAI , kekalahan BN di Sarawak membuktikan bahawa kekalahan itu adalah kemenangan kepada rakyat yang selama ini tidak pernah menolak bn dalam pilihanraya sehinggalah ianya menjadi satu igauan kepada Najib.
Beliau juga menyatkan bahawa kemenangan ini perlu di kekalkan dan harus berusaha agar ianya kekal sehingga pilihanraya ke 13 nanti.

Surat terbuka kepada Dr M: ‘Kaki Dalam Kasut’ (atau dalam mulut?) — Bong Chan Siong



Surat terbuka kepada Dr M: ‘Kaki Dalam Kasut’ (atau dalam mulut?) — Bong Chan Siong

May 05, 2010

5 MEI — Kehadapan Tun Dr Mahathir Mohamad,

Saya merujuk kepada artikel Tun bertajuk “Kaki Dalam Kasut” yang ditulis pada 20 Julai 2009 di laman web Tun. Izinkan saya berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang ditulis oleh Tun.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Orang bukan Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa amat tertekan dan kecewa dengan ketidakadilan terhadap mereka di Malaysia. Malah Bumiputera bukan Melayu, khususnya Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, juga berkongsi perasaan yang sama kerana mereka turut tidak diberikan layanan yang sama seperti orang Melayu sedangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini. Berapa banyakkah individu Bumiputera bukan Melayu yang diterima masuk dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas?

3. Saya tidak tahu sama ada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Tun, kata kunci di sini ialah “yang termiskin dan ketinggalan” dan itu tidak mengira kaum Melayu atau bukan Melayu. Sekiranya bantuan diberikan kepada mereka yang berhak tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama dan didapati majoriti yang miskin adalah orang Melayu, ianya akan diterima baik.

Tiada sesiapa akan mempersoalkan dasar sedemikian. Tetapi adalah salah untuk membuat dan memperalatkan sesuatu dasar yang memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum tanpa mengira taraf hidup dan keperluan. Malah jika sesuatu dasar itu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan merit, majoriti orang Melayu secara automatis yang akan mendapat manfaatnya.

Sudah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan dan masih yang banyak orang Melayu yang miskin dan ketinggalan. Bukankah ini memberi petunjuk bahawa DEB telah gagal dalam perlaksanaannya dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan? Jurang antara yang miskin dan kaya semakin bertambah, di mana kekayaan hanya tertumpu kepada sekumpulan individu Cina, India, dan Melayu.

Malah Tun sendiri ketika berkuasa banyak memberikan kontrak kepada rakan-rakan Tun yang bukan Melayu yang kini gah tersenarai antara individu-individu paling kaya di Malaysia. Mengapa? Mengapa Tun semasa berkuasa tidak memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada orang Melayu?

Dan dengan menggunakan hujah individu-individu paling kaya di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan Melayu, Tun beranggapan adalah patut untuk meneruskan DEB dengan memberikan keutamaan kepada orang Melayu dan menghukum orang bukan Melayu yang miskin dan ketinggalan? Bukankan intipati asal DEB adalah untuk membantu semua yang miskin dan memerlukan pertolongan ekonomi tanpa mengira kaum? Sejak bila DEB itu khusus untuk orang Melayu sahaja?

Oh ya, bukankah mengikut kajian antropologi dan sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand, dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia, sama seperti saya? Contohnya: Tun sendiri, Khir Toyo, dan Syed Hamid Albar?

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Apakah dengan adanya DEB sepanjang 30 lebih tahun ini, orang Melayu sudah maju dalam erti kata sebenarnya dan tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang? Pernahkan direnungkan bahawa bilangan orang Melayu yang maju dan tidak ketinggalan sudah bertambah adalah disebabkan pengurangan aras pengukur atau “standard” serta pemberian kuota oleh kerajaan bagi membolehkan mereka diterima masuk menyertai bidang-bidang tertentu? Apakah ini boleh dianggap sesuatu pencapaian yang membanggakan? Bukankah ini menipu diri sendiri?

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Apakah amat penting untuk orang Melayu dan bukan Melayu yang semuanya rakyat Malaysia berebut-rebut menjadi tuan yang sebenar? Mengapa PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK Melayu seperti Tun begitu taksub dengan misi untuk menjadi “tuan”? Tun hampir betul dengan mengatakan (SEGELINTIR) orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar walaupun sudah 30 tahun DEB diperalatkan untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu. Persoalannya, mengapa ini boleh berlaku?

Orang Melayu memegang tampuk pemerintahan melalui Umno. Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam perniagaan, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, dan sebagainya melalui DEB, tetapi yang masih menjadi tuan adalah segelintir orang bukan Melayu? Mengapa ini boleh berlaku? Bukankah itu sesuatu yang pelik dan aneh? Sedangkan yang berkuasa adalah orang Melayu dan dasar-dasar melibatkan sektor-sektor penting memberikan keutamaan kepada orang Melayu?

Dan Tun, sila perbetulkan kenyataan “orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar” dengan menambah “segelintir.” Saya orang bukan Melayu dan saya langsung tidak merasakan diri saya adalah tuan.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Tun, tolong jelaskan “yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.” Kenyataan ini amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab. Keutamaan-keutamaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan dan tiada sesiapa boleh mengubah dan meminda fakta tersebut melainkan dengan kuasa 2/3 parlimen.

Apa yang sering dipertikaikan di sini adalah layanan kurang adil dan perlaksanaan yang terpesong daripada peruntukan-peruntukan yang sebenar serta kecenderungan pemimpin-pemimpin politik yang cuba memutarbelitkan fakta yang ada mengikut tafsiran serong demi kepentingan masing-masing.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30 peratus bagi Bumiputera (walaupun mereka adalah 60 peratus dari penduduk) dan 40 peratus bagi kaum lain serta 30 peratus bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20 peratus, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50 peratus, walaupun mereka hanya 26 peratus dari jumlah penduduk.

Terima kasih kerana berkongsi statistik ini, Tun. Ini dengan jelas membuktikan bahawa, dasar DEB yang dilaksanakan selama ini GAGAL! Sekiranya ia dilaksakanakan tanpa mengira kaum tetapi memandang kepada keperluan, nescaya yang mendapat paling banyak manfaat adalah orang Melayu kerana banyak mereka yang miskin adalah terdiri daripada mereka yang “60 peratus dari penduduk.” Mengapa Tun masih degil mempertahankan perlaksanaan DEB yang telah gagal dan cuma menguntungkan segelintir individu?

Sejajar dengan logik Tun (putar belit statistik untuk menyokong hujah dan dijadikan “fakta”), saya merupakan penduduk generasi ke-3 di Malaysia, sama seperti Tun. Mengapa saya tidak boleh mendapat layanan yang sama seperti yang diterima oleh Tun? Saya tiada statistik rakyat bukan Melayu yang lahir di Malaysia yang merupakan generasi ke-3, ke-4 berbanding orang “Melayu” yang berhijrah ke Malaysia, tinggal di sini dalam tempoh kurang dari 3 generasi tetapi mendapat layanan setaraf dengan penduduk asal? Contohnya, Khir Toyo? Syed Hamid Albar? Ramai warga asing di Sabah yang mempunyai MyKad dan berstatus “Bumiputera Melayu”?

Rasanya kenyataan bahawa agihan kekayaan korporat sebanyak 30 peratus untuk Bumiputera adalah kurang tepat, sebaliknya 30 peratus untuk Umnoputra adalah lebih tepat. Jumlah keahlian Umno adalah lebih kurang 2 juta orang dan ini bermakna agihan kekayaan korporat 30 peratus ini dinikmati oleh Umnoputra ? Mewakili hanya 7 peratus daripada penduduk Malaysia. Setuju?

Dan adakah Tun dengan sengaja memanipulasi statistik yang menunjukkan sebahagian besar agihan kekayaan korporat itu tertumpu hanya kepada satu kumpulan individu sedangkan Tun patut sedar adalah satu fakta bahawa dalam konteks ekonomi dunia sekalipun, sehingga 80 peratus kekayaan dunia itu adalah tertumpu hanya kepada 20 peratus penduduk dunia? Malah senario ini berlaku di kebanyakan negara di dunia, dimana agihan kekayaan korporat sesebuah negara adalah dimiliki sekumpulan kecil penduduk negara tersebut, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun. Kekayaan korporat adalah tidak relevan dan tidak menjadi isu untuk rakyat biasa seperti saya.

Lagi, adakah ia salah orang bukan Melayu mereka dibawa ke sini dan beranak-pinak di sini? Mengapa “kesalahan” yang dilakukan oleh orang lain (British) perlu ditanggung oleh orang bukan Melayu, khususnya generasi baru seperti saya? Orang bukan Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mencurahkan bakti setia kepada negara Malaysia dan apa yang diminta adalah layanan yang adil dan saksama seperti yang telah diperuntukkan kepada mereka di dalam perlembagaan. Itu sahaja, Tun.

8. Nilai harta milik Bumiputera pula berjumlah 15 peratus sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan Bumiputera disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Adakah menjadi satu kesalahan menjadi kaya dan merupakan bukan Bumiputera dalam suasana ekonomi yang berasaskan prinsip kapitalis dan pasaran bebas? Masih relevankan persoalan kaum dalam ekonomi global yang Tun sentiasa canangkan, umpamanya ketika mempertahankan PPSMI? Mengapa setelah sudah 50 tahun kerajaan BN (yang dipegang oleh orang Melayu) dan 30 tahun DEB dilaksanakan, kekayaan negara masih tidak sampai kepada penduduk luar bandar yang rata-ratanya orang Melayu? Adakah ini salah orang bukan Melayu?

Sekali lagi Tun cuba mengelirukan pembaca. Bukankah harta di mana negara sekalipun di dunia ini, milikan hartanah yang bernilai tinggi di terutamanya di kawasan bandar adalah dimiliki oleh peratusan kecil daripada jumlah populasi? Perkara ini adalah benar dan ia berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, bukan sahaja di Malaysia. Adakah Tun terlepas pandang akan fakta ini ataupun Tun sengaja buat buat lupa?

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Ya Tun, mengapa? Adakah ini juga salah orang kurang Melayu kerana mampu terus bersaing dan memonopoli kekayaaan walaupun tidak diberikan tongkat ekonomi? Pernahkan Tun membandingkan taraf hidup orang Melayu yang kaya dengan yang miskin, dan orang bukan Melayu yang kaya dengan yang miskin, manakan yang lebih besar jurang perbezaannya?

Mengapa masih ramai orang Melayu yang tinggal di kawasan setinggan tetapi pemimpin-pemimpin politik seperti Tun hidup mewah? Mengapa anak Tun boleh mengadakan parti “house warming” yang mewah tetapi masih ramai orang Melayu yang hidup merempat? Mengapa pemimpin politik seperti Zakaria Deros dan Khir Toyo yang mampu membina istana indah berharga jutaan ringgit sedangkan masih ramai orang Melayu yang tinggal di rumah setinggan?

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Betul. Mengapa peluang-peluang masih diberikan kepada mereka yang “tidak pandai, kurang mahir, dan tidak layak?” Apakah ini akan membantu mereka untuk berjaya? Tun, niat baik untuk membantu orang Melayu memang disambut baik dan berpatutan. Tetapi cara yang digunakan adalah tidak betul, seperti yang dinyatakan oleh Tun sendiri “jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.”

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Tun, sekarang ialah tahun 2009, bukan 1959. Social engineering perlu berubah mengikut realiti semasa. Jika kita asyik berbalik kepada sejarah kita dan hidup dibayangi masa lampau kita tidak ada maju. Adakah orang India Navajo perlu meminta supaya kerajaan Amerika Syarikat membuat dasar seperti DEB dengan alasan sejarah lampau?

DEB betul dilaksanakan tanpa kekerasan dan rampasan, tetapi ia juga secara sistematik telah menidakkan peluang ramai rakyat Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu! Berapakah bilangan rakyat Malaysia bukan Melayu yang bijak pandai diambil dan dimanfaat oleh negara jiran Singapura dalam membangunkan negara tersebut kerana mereka tidak diterima di negara sendiri? Bukankah ini satu pembaziran? Malaysia “membesarkan,” memberikan pelajaran dan tempat tinggal kepada mereka hampir 20 tahun, dan selepas mendapat keputusan cemerlang tidak digunakan dengan baik oleh Malaysia sebaliknya “diserahkan” kepada negara jiran?

Tentangan orang bukan Melayu, malah juga oleh ramai orang Melayu yang tidak mendapat manfaat DEB adalah terhadap perlaksanaannya yang cuma membantu segelintir pihak. Merujuk kepada statistik yang dikongsi oleh Tun, jurang kemiskinan semakin besar dan bukannya bertambah baik setelah DEB dilaksanakan.

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82 peratus dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan — kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Bukankah itu sesuatu yang wajar dilakukan sejajar dengan konsep perkongsian kuasa antara kaum yang dicanangkan oleh Barisan Nasional? Saya memang tidak setuju dengan konsep BN yang memilih calon berdasarkan kaum, bukannya kebolehan dan kelayakan. Ini tidak harus dianggap suatu “pengorbanan,” sebalik rakyat Malaysia yang “terkorban” kerana ramai calon-calon dan pemimpin-pemimpin dipilih mewakili mereka hanya kerana mereka adalah dari kaum tertentu, tanpa melihat kepada kemampuan individu tersebut.

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82 peratus kepada 60 peratus. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Tun, bolehkah Tanah Melayu (pada ketika itu) mencapai kemerdekaan daripada British tanpa persetujuan bahawa kerakyatan turut diberikan kepada kaum lain? Bukankah kerakyatan itu diberi dengan bersyarat di mana keutamaan-keutamaan akan diberikan kepada orang Melalyu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? Mengapa Tun mengatakan ia diberi tanpa syarat biasa sedangkan Tun tahu itu tidak benar? Mengapa Tun masih mengungkit peristiwa lampau? 50 tahun orang bukan Melayu tinggal di Malaysia, masih tidak cukupkan untuk membayar budi orang Melayu menganugerahkan kerakyatan dengan syarat tersebut? Berapa lama lagi perlu diungkit isu “penduduk asal” dan “pendatang” ini, Tun? Setiap kali BN atau Umno merasakan ia akan hilang tampuk pemerintahan?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan? Tanah Melayu? digugur dan cantuman negeri? Negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tun, adakah ini relevan untuk dipersoalkan? Bukan masih ramai orang Melayu yang gah mengaitkan nama Malaysia sebagai Malay (Melayu)-sia? Mengapa sesuatu yang telah dipersetujui satu masa dahulu oleh semua pemimpin-pemimpin Malaysia, dijadikan isu oleh Tun?

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Bukankah ini juga telah dipersetujui oleh semua pemimpin-pemimpin — Melayu, Cina, dan India ketika Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British lalu dimasukkan dalam perlembagaan negara? Mengapa Tun perlu mempersoalkan isu ini? Bukankah ini adalah syarat supaya Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, satu trade-off?

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Berapa lama dan banyakkah lagi korban yang juga perlu dibuat oleh orang bukan Melayu supaya orang Melayu puas hati?

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Apakah Tun fikir yang orang bukan Melayu tidak berkorban demi membantu saudara-saudara Melayu mereka? Apakah mereka berpuas hati ditidakkan banyak peluang mereka hanya kerana mereka dilahirkan bukan Melayu? Apakah perasaan Tun sekiranya Tun bukan Melayu?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Dengan rencana ini, terbukti Tun masih berada di takuk lama. Tun masih berfikiran bahawa dalam era dunia globalisasi tanpa sempadan yang mencabar ini, isu dan politik perkauman masih sesuai diperkatakan? Mengapa Tun hanya menyentuh kepada pengorbanan orang Melayu? Mengapa Tun tidak menyentuh jasa dan pengorbanan orang bukan Melayu dalam membangun dan memajukan negara ini?

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya? Lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, kenyataan berbaur perkauman dan yang boleh membawa perpecahan harus dielakkan, terutama yang datang daripada pemimpin seperti Tun.

Agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hanya akan adil sekiranya ia berlandaskan keperluan, bukannya identiti kaum dan warna kulit. Tun membuat kenyataan yang bercanggah apabila menyatakan “mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya” sedangkan Tun nampaknya cuba membuat hujah-hujah untuk menyokong perbuatan tersebut dari poin 2 hingga 18 dengan alasan ia adalah patut dan wajar kerana “orang Melayu lebih banyak berkorban berbanding orang bukan Melayu.”

Apakah tujuan Tun menulis artikel di atas dengan melagakan orang Melayu dan bukan Melayu yang boleh menimbulkan rasa curiga dan kurang puas hati antara kaum? Adakan ini membantu membina perpaduan negara ke arah suasana yang aman damai?

20. Di forum anjuran Gempita dan Umno bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Oh ya, Tun masih belum menjawab soalan pensyarah tersebut, apakah Tun pernah fikir untuk meletak diri Tun di tempat orang bukan Melayu bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Sekian,

Saya, rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

BAPA KEMERDEKAAN, BAPA PERPADUAN, BAPA PEMODENAN.....ADA LAGI BAPA JUDI........

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi sebarang penjelasan mengenai judi bola sepak Piala Dunia 2010 mengesahkan lagi bahawa beliaulah ‘kepala besar’ kepada tindakan kerajaan melesenkan judi tersebut, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).

Najib enggan mengulas kecaman pelbagai pihak termasuk golongan agama terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.

“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini.

Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi selepas bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan, kata Mohamad.

"Tetapi, kita tidaklah terkejut kalau akhirnya Perdana Menteri digelar Bapa Judi sebab dalam kabinet hari ini pun ada dua orang cucu tauke judi.

"Orang yang sudah biasa dengan duit judi tentu tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi lesen kepada judi bola sepak Piala Dunia itu," katanya tanpa menyebut nama mana-mana tokoh.


......KATA MAT SABU...

OOOO..KALAU PIMPINAN BN BUAT TAK APA....KALAU WAKIL PR BUAT DI CANANG 4 HARI 4 MALAM ...KONONNYA TAK TUNAI JANJI

Dalam tulisa blognya dua hari sebelum pengundi Sibu keluar mengundi, penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, janji-janji pembangunan, peruntukkan tambahan dan projek pembangunan bukan merupakan “perbuatan rasuah.” “Itu adalah tugas kerajaan BN sebagai kerajaan persekutuan dan tidak melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang pilihan raya.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.

Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.

Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.


BACA SINI...


SPR: Kami tiada kuasa siasat, Najib berhak buat janji

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan ... Read More



KERAJAAN NEGERI PERLU PRIHATIN

Roboh rumah PPRT Tanjung Bungah yang rosak

Pertubuhan Cintai Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk merobohkan rumah PPRT yang rosak dan pemiliknya sudah pun mempunyai rumah di Pangsapuri Masjid Terapung Tanjung Bungah.
Selain daripada itu kawasan pantai Tanjung Bungah perlu dibersihkan .





Samy Tak Akan Berundur Macam Orang Bodoh

Samy Tak Akan Berundur Macam Orang Bodoh

Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Presiden MIC, S. Samy Vellu menegaskan beliau akan 'memusnahkan' mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

Menurutnya, beliau tidak mahu berundur dari MIC seperti 'orang bodoh' dan akan membuat keputusan baik sebelum berundur.

Selain itu, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil

"Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?

"Jika kami meneruskan usaha transformasi kami, MIC akan terus diterima dan dihormati," katanya lagi seperti dipetik media.

Sebelum itu, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Beliau turut melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.

PILIHANRAYA TERAKHIR UNTUK BUNG MOKTAR


RASANYA INI KALI TERAKHIR MENJADI WAKIL RAKYAT. LAGI SEKALI PILIHANRAYA DAH TAK MAHU DAH DS NAJIB ORANG MCAM INI,KECUALI LAH DAH TAK ADA CALON LAIN. ELOK LAH JAGA BINI LAGI BAIK DARI DOK MERAPU DALAM DEWAN...

MAKNANYA NEGERI PAKATAN TAK ADA PELABURAN?????

KHTP: Exco Kedah syok sendiri

Pelabur 'lari' keluar

Serangan ekonomi pulak dah...cuba tuan-tuan baca dan congak serta kaji kenyataan 2 ketua pembangkang di negeri yang di perintah pakatan rakyat.


BAGAIMANA PULA DAKWAAN INI

Judi: Ekonomi negara amat terdesak?

LOGIK DAKWAAN DI BAWAH INI.

TRIBUTE UNTUK MUFTI PERAK

Judi: Untuk kalian para agamawan
Hasanhusaini

"Kami mahu para mufti menyatakan pendirian terhadap isu judi bola sepak," teriak seorang pemimpin demonstran. Lantang suaranya dicorong mikrofon sebelum alat itu dirampas polis.

Di Mana Pendirian Majlis Fatwa? Tajuk artikel terpampang di dada akhbar elektronik.

Para pimpinan NGO pula tampil mendesak para pemimpin institusi agama tampil memberi pandangan dan menyatakan pendirian.

Pimpinan politik pula bermain dengan ayat-ayat mantiq mengajak manusia dan umat berfikir. "Kalau arak di Hulu Selangor HARAM, kenapa Judi di BACHOK halal? Sedangkan kalimah judi [maisir] mengekori kalimah arak [khamr] dalam ayat yang sama?

Saya seperti selalu, menulis untuk merungkai masalah dan puzzle rumit sebuah penipuan besar ini.

Di mana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu besar syariat Islam ini? Mana pula Mufti Kerajaan Negeri Perak yang selalu lantang? Apakah ini yang menjadi masalah utama? Muftikah yang bermasalah? Atau ada otak lain yang lebih besar dan buruk masalahnya dari masalah para mufti dan segelintir ahli agama dewasa ini.

Berfikir. Terus menulis dan membelek sejarah.

Hujung 1990-an

Pada waktu itu, ada seorang mufti ikhlas kerana Allah tampil menegur maksiat dan membaik kerosakan dalam masyarakat dengan menegur kerajaan yang mengHALALkan pertandingan RATU CANTIK di Malaysia. Bayarannya, beliau dibuang dari menjawat jawatan mufti. Al-Fatihah untuk Al-Marhum.

MATANYA BUTA SEBELAH

Dajjal itu, matanya buta sebelah. Para pengikutnya juga dibutakan sebelah matanya. Buta mungkin pada zahir. Namun buta juga lebih dekat pada buta batin. Buta mata hati.

Manusia yang dibutakan mata hatinya akan gagal dari melihat kebenaran meski kebenaran itu berada di atas batang hidung mereka.

Membutakan sebelah mata [daya penglihatan dan pengamatan] manusia adalah kepakaran Dajjal. Melihat segala bentuk nikmat dalam kerangka materialisme. Semua benda dinilai pada satu sudut semata-mata. KEBENDAAN.

KECILKAH JUDI?

JUDI. Tanyakan siapa sahaja yang waras fikirannya, apakah hukum judi? Pastinya kalimah haram akan keluar dari mulut yang ditanya. Kalaupun tidak haram, pastinya mereka tidak bersetuju untuk mengatak bahawa judi itu adalah satu amalan terpuji.

COMMON SENSE. Itu kata orang putih. Ma'lum min ad-deen bid-dharurah istilah dalam agama Islam. Semudah makan kacang untuk mahu mengetahui baik dan buruk judi. Justeru, kenapakah ianya dihalalkan?

Matanya sudah BUTA. Buta dari melihat judi pada sudut buruknya. Kenapa ARAK di Hulu Selangor buruk? Kerana ada nilai material yang terselindung disebalik kemenangan isu yang membawa kepada kemenangan KERUSI.

Malaysia akan datang?

SURAH AL-KAHFI: UBAT JARUM BISA DAJJAL

Maksud sabda Rasulullah sallallahualayhiwasallam:

Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi sebagaimana ianya diturunkan, maka orang itu akan terpelihara dari tipu daya Dajjal. [Hadith]

Kenapa Surah Al-Kahfi?

Syeikh An-Nadwi dan Sayyid Qutb berpandangan bahawa, Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem pemanduan pemikiran manusia. LIHAT, FIKIR dan PERCAYA. Itulah intipati Surah Al-Kahfi.

Andai cara melihat salah, hancurlah cara berfikir, jahanamlah sistem kepercayaan. Iman tidak akan mendiami hati mereka yang salah cara melihatnya.

Apa beza arak dan judi. Cara melihat.

Melihat dengan material akan menemukan perbezaannya. Arak HARAM di Hulu Selangor demi mendapat keuntungan. Judi HALAL juga untuk mendapat keuntungan.

PARA AGAMAWAN DAN ULAMA

Saya tidak berminat untuk mendesak kalian menyatakan pendirian terhadap isu judi kerana pendirian kalian tidak akan memberi apa-apa makna. Keputusan yang diambil oleh mereka yang sukakan judi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kalian tidak ada makna dan harga di mata mereka.

Andai kalian bertempik menyatakan judi haram sekalipun, hanya bagaikan anjing menyalak bukit. Tidak memberi apa-apa kesan. Mereka tidak akan melihat meski dengan sebelah mata!

Justeru, saya mengajak para agamawan sekalian untuk menyatakan pendirian terhadap mereka yang sanggup menukar dan mengubah-ubah hukum Allah. Apakah masih patut untuk menyangka mereka sebagai pemimpin kepada negara berbudi, semurni Tanah Melayu, Malaysia?

Itu lebih membuka mata mereka. Ayuh para agamawan, rakyat ramai menanti kalian.

HASANHUSAINI,

Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis

Polis Tiada bukti, Tuduhan Tetap diteruskan

Tuesday, 18 May 2010 1:15 PM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini
)

KUALA LUMPUR : Pelbagai pertubuhan Mahasiswa Malaysia mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik dakwaan yang bakal dikenakan ke atas 4 orang mahasiswa UKM yang ditahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini.

"Kita hairan kerana tiada pertuduhan ke atas saya semasa di tahan oleh pihak polis kerana pihak polis sendiri tidak cukup bukti, bagaimana pihak universiti boleh hendak mendakwa saya sedangkan pihak polis sendiri tiada bukti," kata Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham dalam sidang medianya sebentar tadi.

Bagi pertubuhan mahasiswa, tindakan pihak universiti ini jelas menyekat akademik mahasiswa.

Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) juga dalam pada itu menempelak tindakan polis yang jelas menindas mahasiswa.

"Seharusnya kita ada hak untu ke mana sahaja. Jika dalam PRK Hulu Selangor ini mahasiswa ditahan, bagaimana pula dengan Pilihan Raya Umum akan datang? di mana kita akan tinggal. Mungkin mahasiswa perlu ke luar negara kerana tidak boleh berada dalam kawasan pilihanraya," kata wakil SMM, Mohd Ridzuan kepada erapakatan.

Sidang media ini diadakan Chinese Assamble Hall, Kuala Lumpur dan dihadiri pelbagai pertubuhan mahasiswa antaranya SMM, GAMIS, dan KAMI.

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis tertinggi Kelab Sains Politik UKM, terdiri daripada Presiden, Hilman Idham, Naib Presiden, Ismail Aminuddin, Setiausaha Agung, Azlin Shafina Adzha dan Exco, Woon king Chai telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya PRK Hulu Selangor.

Keempat-empat mahasiswa ini akan di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas tuduhan melakukan kesalahan menyelahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & kolej Universiti 1971.

Penyerahan Memorandum ke Pejabat PERKESO

Penyerahan Memorandum ke Pejabat PERKESO

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama organisasi-organisasi lain akan menghantar satu memorandum ke Pejabat PERKESO di 7 negeri pada 19 Mei 2010, pukul 11 pagi. Memorandum ini adalah bertujuan untuk meminta PERKESO membuat perubahan supaya pekerja-pekerja di Malaysia dapat dilindungi dengan lebih berkesan.

Penyerahan akan dibuat serentak di 7 buah Ibu Pejabat PERKESO negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pahang.

Di Pulau Pinang
Tarikh: 11 pagi, 19 Mei 2010
Tempat:
Wisma PERKESO
3012 Lebuh Tenggiri 2
13700, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-5669518 (Chon Kai)

Sekian, terima kasih.

Kris Khaira
PSM Bayan Baru

PENYERAHAN MEMORENDUM

PENYERAHAN MEMORANDUM SERENTAK

DI 7 BUAH IBU PEJABAT PERKESO NEGERI

DIKETUAI OLEH PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) DENGAN KERJASAMA ORGANISASI LAIN.

TARIKH: 19/5/2010

MASA: 11.00 PAGI

TEMPAT:

1. KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538, Kuala Lumpur.

2. PERAK: No. 83, Wisma PERKESO, Jalan Hospital, 30450 Ipoh Perak.

3. PULAU PINANG: Wisma PERKESO, 3012 Lebuh Tenggiri 2, 13700, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

4. JOHOR: Wisma PERKESO, No. 26, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor.

5. NEGERI SEMBILAN: No. 1, Lorong Durian Emas 2, Pusat Perniagaan Betaria, Jalan Dato’ Siamang Gagap, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

6. KELANTAN: Tingkat 10, Wisma Ilmu, Jalan Doktor, 15538 Kota Bharu, Kelantan.

7. PAHANG: No. 313, Tingkat 3, Blok A, Kuantan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang.

Tujuan penyerahan memorandum ini adalah untuk meminta PERKESO membuat perubahan supaya pekerja-pekerja di Malaysia dapat dilindungi dengan lebih berkesan. Semua mangsa Perkeso dijemput hadir.


Maklumat lanjut hubungi: (Selangor/ KL- Simon 0192612259), (Perak- Saras 0165587144), (Pulau Pinang- Chon Kai 0195669518), (Johor- Mohan 0177540597), ( Negeri Sembilan- Tinagaran 0122414351) & (Pahang- Suresh 0195696964)



MAT SONDOL KENA SONDOL

FOTO MALAYSIAKINI.


Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.


NAK KAWIN TAK KASI TAU BINI TUA......HA...HA...HA

YANG MANA SATU BETUL???

Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah
Mei 17, 10 7:39pm
Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri,




Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'
Mei 17, 10 6:37pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Sri Muhyiddin Yassin.








IKUT LAPORAN MALAYSIAKINI SEORANG KATA AKAN PENUHI, MANAKALA NO 1 BERKATA BELUM TENTU....BARU NAK CONGAK-CONGAK KERANA KALAH. MAKNANYA , KALAU TAK UNDI BN RAKYAT AKAN MENDERITA TIDAK MENDAPAT KEMUDAHAN WALAU ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

Kuasa Rakyat Kuasa Keramat - Anwar Ibrahim

Monday, 17 May 2010 11:25 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini
)

KUALA LUMPUR : Kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Sibu telah membuktikan kepada semua yang kuasa rakyat merupakan kuasa keramat yang mampu mengubah segalanya.

"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dorongan aparat-aparat lainnya," kata Kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada erapakatan.com.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Sibu yang memilih Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew.

"Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat(PR).

"Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pengajaran berguna kepada PR untuk merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," tegas Anwar.

Semalam DAP berjaya merampas kerusi Sibu apabila menewaskan BN dengan mejoriti tipis 398 undi.

Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi lantas menewaskan calon BN, Lobert Lau Hui Yew yang memperolehi 18, 447 undi manakala calon bebas Narawi Haron dengan 232 undi. Undi rosak berjumlah 232 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerus pilihan raya, Wong See Meng.

Hampir 70 peratus atau 37,919 orang pemilih telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar membuang undi.

PRK Sibu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga timbalan menteri pengkutan yang meninggal pada 9 april lalu.

KATA-KATA HIKMAT SEORANG PM

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.








MAKNANYA SIAPA YANG SOKONG AKAN DIBERIKAN PERTOLONGAN.GAMAKNYA MUNGKIN MACAM SAIFOL YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN.NAMUN TIDAK BERHASIL KERANA RAKYAT DAH MULA TAHU TAKTIK PILIHANRAYA UMNO/BN


DAN AKHIRNYA RAKYAT TOLONG DIRI SENDIRI


KEPUTUSAN PENUH

LIVE:PILIHANRAYA SIBU HARI INI

SOKONG PAKATAN KENA BICARA

Empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan kemungkinan digantung pengajian kerana menyatakan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Pelajar-pelajar tahun kedua itu dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 3 Jun ini.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Salah seorang pelajar terbabit, Ismail Aminuddin telah menerima surat perintah meminta menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut.

Tiga yang lain terdiri daripada Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.

Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.

Pilihan raya kecil berlangsung pada 25 April lalu dengan tempoh berkempen bermula 17 April. Ia dimenangi calon Barisan Nasional.

Ismail, Naib Pengerusi kelab itu ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, dia menerima surat meminta menghadiri mahkamah petang semalam.

“Surat itu menyatakan tuduhan bahawa kami menyatakan sokongan atau bersimpati dengan membawa risalah-risalah parti politik bertanding,” katanya.

Keempat-empat pelajar itu ditahan bersama tiga yang lain, yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sekatan jalan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada 22 April lalu.

“Ketika ditahan kami cuma menaiki van yang disewa dan dalam keterangan polis yang diberikan, ada dinyatakan bahawa kami cuma naik van dan risalah-risalah itu diakui adalah milik aktivis parti politik, bukan kami yang bawa.

“Kami cuma naiki van berkenaan pada hari kejadian,” kata Ismail sambil menambah, surat tuduhan yang dikeluarkan tidak menyebutkan bentuk hukuman.

“Ia bergantung kepada hujah nanti,” katanya.

Risalah itu dipercayai membawa mesej sokongan kepada PKR.

Walaupun tiga pelajar lain belum menerima surat tetapi menurut Ismail, surat diterimanya ada menyatakan dia dan tiga pelajar lain yang merujuk kepada Hilman, Azlin dn Woon.

Bagaimanapun katanya, jika tidak menghadiri perbicaraan mereka boleh digantung daripada berada di kawasan UKM.

Hilman yang merupakan pengerusi kelab itu memberitahu, “kami akan menghadiri perbicaraan pada 3 Jun ini.”

“Saya percaya kami bertiga akan menerima surat hari ini ataupun minggu depan,” katanya lagi.

Katanya, hukuman paling berat kemungkinan dikenakan ialah digantung pengajian. -TMI