PERMOHONAN MAAF DARI KESILAPAN MAKSUD

“Wartawan Sanggup Ditiduri” : Maklumat Tidak TepatMonday, 24 May 2010 3:27 PM Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Ekoran penyiaran artikel oleh penulis sambilan, Mohd Ali Bakri yang bertajuk 'Ada wartawan sanggup 'ditiduri' untuk dapat slot tv', pihak erapakatan.com menerima bantahan daripada bekas wartawan penyiaran, Rosli Nordin.

Menurut beliau, kenyataan tersebut yang memetik beliau sebagai sumber adalah tidak tepat dan telah disalah tafsir oleh penulis sambilan terbabit. "Saya hanya mengaitkan soal etika pengamal media luar negara dan ia tidak berkait dengan pengamal media di Malaysia."Ia telah menjejaskan nama baik saya saya dan saya berharap perkara ini dapat dibersihkan kembali," kata bekas Wartawan Penyiaran, Rosli Nordin kepada erapakatan.com.

Rosli berkata, beliau hanya mengambil contoh etika pengamal media di luar negara dan tidak pernah menunding jari kepada mana-mana pengamal media di Malaysia. Beliau juga dalam kenyataannya berharap mana-mana blogger yang telah menaikkan artikel tersebut dalam blog mereka agar segera memadamkan artikel tersebut yang jelas tidak tepat dan bercanggah dari fakta sebenar.


Erapakatan.com dengan ini secara rasmi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Rosli Nordin kerana artikel tersebut yang telah menjejaskan nama beliau ketika ini.Untuk maklumat, penulis sambilan tersebut tidak lagi menulis untuk erapakatan.com.