Samy Tak Akan Berundur Macam Orang Bodoh

Samy Tak Akan Berundur Macam Orang Bodoh

Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Presiden MIC, S. Samy Vellu menegaskan beliau akan 'memusnahkan' mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

Menurutnya, beliau tidak mahu berundur dari MIC seperti 'orang bodoh' dan akan membuat keputusan baik sebelum berundur.

Selain itu, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil

"Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?

"Jika kami meneruskan usaha transformasi kami, MIC akan terus diterima dan dihormati," katanya lagi seperti dipetik media.

Sebelum itu, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Beliau turut melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.

No comments: