Polis Tiada bukti, Tuduhan Tetap diteruskan

Tuesday, 18 May 2010 1:15 PM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini
)

KUALA LUMPUR : Pelbagai pertubuhan Mahasiswa Malaysia mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik dakwaan yang bakal dikenakan ke atas 4 orang mahasiswa UKM yang ditahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini.

"Kita hairan kerana tiada pertuduhan ke atas saya semasa di tahan oleh pihak polis kerana pihak polis sendiri tidak cukup bukti, bagaimana pihak universiti boleh hendak mendakwa saya sedangkan pihak polis sendiri tiada bukti," kata Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham dalam sidang medianya sebentar tadi.

Bagi pertubuhan mahasiswa, tindakan pihak universiti ini jelas menyekat akademik mahasiswa.

Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) juga dalam pada itu menempelak tindakan polis yang jelas menindas mahasiswa.

"Seharusnya kita ada hak untu ke mana sahaja. Jika dalam PRK Hulu Selangor ini mahasiswa ditahan, bagaimana pula dengan Pilihan Raya Umum akan datang? di mana kita akan tinggal. Mungkin mahasiswa perlu ke luar negara kerana tidak boleh berada dalam kawasan pilihanraya," kata wakil SMM, Mohd Ridzuan kepada erapakatan.

Sidang media ini diadakan Chinese Assamble Hall, Kuala Lumpur dan dihadiri pelbagai pertubuhan mahasiswa antaranya SMM, GAMIS, dan KAMI.

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis tertinggi Kelab Sains Politik UKM, terdiri daripada Presiden, Hilman Idham, Naib Presiden, Ismail Aminuddin, Setiausaha Agung, Azlin Shafina Adzha dan Exco, Woon king Chai telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya PRK Hulu Selangor.

Keempat-empat mahasiswa ini akan di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas tuduhan melakukan kesalahan menyelahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & kolej Universiti 1971.