Pelajar terkandas: KPT wajar sediakan pelan luar jangka

 


Mahasiswa terkandas akibat keputusan tergesa-gesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menukar sesi kuliah fizikal kepada secara atas talian terus mendapat kecaman rakyat.

 Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, situasi kucar-kacir yang berulang beberapa kali sepanjang pandemik Covid 19 itu sewajarnya memerlukan KPT menyediakan pelan luar jangka pada masa hadapan bagi mengelakkan kerugian dan kesusahan yang ditanggung pihak mahasiswa atau keluarga mereka.

 "Sebagai tambahan kepada SOP dan garispanduan yang sedia ada, saya menyeru pihak KPT menyediakan pelan atau kerangka jangka panjang untuk menjamin sektor ini tetap bertahan menghadapi cabaran Covid-19.

 "Kerangka ini boleh dijadikan asas kepada SOP pada masa hadapan, dan dijadikan panduan untuk setiap IPT menyediakan pelan mereka sendiri sejajar dengan keperluan pedagogi setiap bidang pengajian yang berbeza.

 "Ia juga perlu dilengkapi dengan pelan luar jangka untuk situasi yang berbeza, termasuk kemungkinan kenaikkan kes pada masa akan datang serta mengambilkira risiko pandemik-pandemik lain pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan.

 Manakala bagi pelajar yang telah terkandas di kampus, Nik Nazmi mencadangkan agar KPT menyediakan bantuan kewangan untuk mereka membeli tiket pengangkutan pulang ke kediaman masing-masing, terutama mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 atau yang tempat kediaman jauh berjauhan dari kampus.

 "Untuk mengurangkan bebanan keluarga berpendapatan rendah, saya mencadangkan KPT menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terkesan: sama ada dari segi pembayaran balik kos perjalanan atau tambahan kepada Bantuan Prihatin yang sedia ada. Rebat yuran untuk tahun 2020 dan 2021 juga patut dipertimbangkan.

 "Saya juga menyeru pihak KPT menyediakan pengangkutan yang bersesuaian seperti bas kepada pelajar yang perlu kembali ke rumah masing-masing, dan membawa mereka semula ke universiti kelak. Rakyat tidak patut menangggung bebanan tambahan tatkala ramai yang dalam kesempitan," katanya.

 Jurucakap Parlimen KEADILAN Bagi Pendidikan itu juga menyeru agar KPT pada masa hadapan menyediakan kerangka komprehensif sebagai garispanduan menangani krisis Covid 19 untuk sektor pendidikan tinggi awam dan juga swasta.

 

Gagal buat ujian COVID-19 dan kuarantin, ADUN Lunas digesa letak jawatan

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menggesa ADUN Lunas, Azman Nasruddin supaya meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Kedah selepas langsung tidak menjalani ujian saringan COVID-19 mahupun membuat kuarantin di rumah selepas pulang berkempen dari Sabah.

 Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata kelalaian Azman itu memberikan kesan besar kepada jumlah kes yang meningkat sejak kebelakangan ini.



"Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat ujian calitan dan kuarantin diri sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional amat mendukacitakan.

 "Akibat dari sikap beliau ini menyebabkan isteri beliau yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang positif Covid-19.

 "Ini sekaligus menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan kerana terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19. Sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari. Azman juga telah menghadiri pelbagai program rasmi kerajaan negeri dan beberapa program di Langkawi pada 27 September 2020," katanya.

 Justeru, Firdaus berpandangan bahawa Azman seharusnya meletakkan jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

 "AMK Kedah bersimpati dengan keadaan kesihatan beliau dan seluruh keluarga serta mendoakan agar beliau cepat sembuh. Walaubagaimanapun, salah tetap salah. AMK Kedah menuntut Azman untuk memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh rakyat di Kedah termasuk kepada semua ibu bapa serta guru-guru SK Permatang Janggus.

 "Azman wajib meletakkan jawatan beliau sebagai Exco kerajaan negeri Kedah dengan segera. Ini melibatkan isu integriti beliau sebagai seorang pemimpin negeri yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku," katanya.

 Pada masa sama, Firdaus juga mendesak kerajaan negeri mengenakan tindakan terhadap pemimpin itu.

 "AMK Kedah juga mendesak supaya Azman didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jangan wujud layanan dua darjat antara rakyat marhaen dan pemimpin politik.

 "Adakah kerajaan negeri Kedah atau pihak berwajib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka sebagaimana tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap lelaki yang menjadi punca bermula dan merebaknya Kluster Sivagangga dulu? Setiap rakyat di Malaysia harus dilayan serta dibicarakan dengan adil dan saksama. Hak keadilan itu perlu diutamakan," katanya.

 

Kemudahan asas sekolah pedalaman masih ketinggalan - KEADILAN Sarawak

 


Majoriti sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak yang meskipun mempunyai kemudahan asas, ia tidak berada pada tahap yang memuaskan malah dalam keadaan serba kekurangaan daripada pelbagai aspek.

 

Ketua Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Sarawak, Jamila Abdul Basha mendedahkan masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang tidak dibekalkan dengan kemudahan air paip yang bersih.

 

"Di era millennium kini, masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber air hujan untuk kegunaan harian. Pada musim kemarau, pihak sekolah terpaksa memohon bekalan air bersih daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).



"Kuasa elektrik tidak konsisten dan dari masa ke masa menyebabkan pelajar terpaksa hidup dalam kegelapan. Generator dihantar untuk kegunaan pihak sekolah namun kuasa generator tidak mencukupi.

 

"Walaupun ada bekalan elektrik, ada kalanya bekalan elektrik terputus dan perkara ini secara langsung menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta semua urusan perkeranian. Bagi tenaga pendidik pula masalah elektrik ini merupakan satu cabaran dalam menjalankan tugas harian mereka.

 

"Pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan seperti tenaga pendidik dan kakitangan sekolah, prasarana yang holistik, fasiliti yang lengkap dan utiliti seperti air yang bersih dan selamat digunakan untuk memberi pendidikan yang mampan dan berkualiti," katanya.

 

Jamila juga berpendapat sekolah-sekolah pedalaman Sarawak masih tidak dapat untuk menyediakan kemudahan internet yang sewajarnya.

.

"Dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak seharusnya ketinggalan dalam mengalami transformasi secara digital.

 

"Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.

 

"Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya penting bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.

 

"Malangnya masih banyak sekolah di kawasan pedalaman Sarawak ketinggalan jauh dibelakang kerana masalah capaian internet pada tahap yang mengecewakan. Oleh yang demikian kebanyakan tugasan harian tidak dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.

 

Justeru, Jamila menggesa kerajaan supaya melakukan pembaharuan terhadap kemudahan asas di sekolah-sekolah tersebut.

 

"Usaha untuk menambahbaik situasi ini memang sudah dijalankan namun masih pada tahap tidak memuaskan.

 

"Wajarkan aspek-aspek penting ini dipandang remeh? Tentu sekali tidak. Anak Sarawak di kawasan pedalaman tidak patut dianak tirikan.

 

"Setiap anak yang kesekolah mempunyai hak utk mendapatkan kemudahan asas yang lengkap. Semoga pihak yang bertanggungjawab peka dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

 

ADAKAH PUNCA MEREBAKNYA COVID 19 ANGKARA MUHYIDDIN?


 Ramai yang ketika ini melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara.

Sudah tiga hari berturut-turut angka kes yang dilaporkan begitu membimbangkan dengan hari ini sebanyak 293 kes, semalam 317 dan kelmarin 287 kes.

Terutama yang diperkatakan ialah meningkatnya kes-kes itu kerana dikaitkan dengan PRN Sabah di mana beberapa ahli politik telah dilaporkan positif Covid-19 sebaik kembali daripada berkempen di negeri tersebut.

Malah, jangkaan juga menyebut angka kes diramalkan akan terus meningkat pada minggu-minggu akan datang ini.

Dalam hal ini, ramai yang menyalahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal kerana membubarkan Dun Sabah, seterusnya memaksa PRU terpaksa diadakan.

Ada yang berandaian, jika Dun Sabah tidak dibubarkan dan tiada PRN, sudah tentu kes Covid tidak meningkat sepertimana sekarang ini.

Berlakunya PRN Sabah sebenarnya bukan disebabkan oleh Shafie Apdal yang memohon pembubaran Dun, tetapi adalah disebabkan oleh Musa Aman yang mengacau mahu menjatuhkan kerajaan negeri.

Jika kerajaan negeri tidak diganggu, tiada sebab Shafie Apdal mahu membubarkan Dun untuk mengadakan PRN Sabah yang baru.

Musa Aman pula membuat gangguan mahu menjatuhkan kerajaan negeri hanya selepas kes mahkamahnya digugurkan setelah Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri melalui pengkhiatan terhadap PH yang akhirnya menjadikan PN sebagai kerajaan baru.

Kiranya PH masih menjadi kerajaan, tidak mungkin dan tiada sebab kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Musa Aman boleh digugurkan.

Tetapi, disebabkan berlakunya pertukaran kerajaan, bertukar Perdana Menteri dan bertukar Peguam Negara, maka kes beliau telah digugurkan.

Maka, setelah kesnya digugurkan, Musa Aman pun mula membuat gangguan untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.

Sebab sebenar mengapa 46 kes Musa Aman ditarik balik dan digugurkan, hanya Tuhan dan mereka yang berkaitan saja mengetahuinya.

Apa pun, mereka harus menjawabnya di hadapan Tuhan nanti.

Pokoknya, kalau kes Musa Aman tidak digugurkan, kerajaan negeri pimpinan Shafie tiada gangguan dan beliau pasti akan terus memerintah Sabah dengan aman tanpa menyebarkan Covid-19 hingga ke hari ini.

Ketika Musa Aman berusaha menjatuhkan Shafie Apdal melalui tindakan beberapa Adun melompat parti pula, dua orang kanan Muhyiddin iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Nardin Awang telah terlibat aktif dalam usaha tersebut.

Ketika Musa Aman memaklumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti untuk menjatuhkan Shafie, beliau ada menyebut bahawa Hamzah dan Nardin telah pun mengadakan pertemuan dengan TYT Sabah untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Ini bermakna, dengan penglibatan dua orang kanannya itu, usaha menjatuhkan Shafie adalah dalam pengetahuan dan restu Muhyiddin.

Kesimpulannya, perkara-perkara yang menyebabkan PRN Sabah terpaksa diadakan ialah kerana gangguan Musa Aman terhadap kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.

Gangguan itu pula berlaku setelah kes Musa Aman digugurkan selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan dua orang kanan Muhyiddin turut terlibat secara langsung dalam usaha menumbangkan Shafie.

Jadi, kalau mahu dikatakan merebaknya kes Covid-19 sekarang yang sebahagiannya disebabkan PRN Sabah, yang salah besarnya ialah Muhyiddin, bukan Shafie Apdal.

Cuba kalau kes Musa tidak digugurkan dan dua orang kanan Muhyiddin tidak terlibat dalam usaha menjatuhkan Shafie, pastilah PRN Sabah tidak berlaku.

Tidak berlaku PRN Sabah, tidak merebaklah juga Covid-19.

Jika kita masih tidak lupa, meningkatnya kes Covid-19 pada Mac lalu sehingga PKP terpaksa dikuatkuasakan, ia berlaku hanya tidak berapa lama selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan PH dan menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Dulu Muhyiddin, sekarang pun Muhyiddin (Shahbudindotcom 04/10/2020)



𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗔𝗡𝗡𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨, 𝗡𝗔𝗭𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗛- GADOH BELUM REDA

 BOB KELANANG


Image may contain: 1 person, suit



Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diminta supaya mencerminkan diri sebelum menuding jari ke arah pemimpin lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak boleh diterima.

“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.

“Sebenarnya saya lebih suka jika presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, pegawai-pegawai, ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau di dalam grup WhatsApp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Nazri mahu hubungan antara partinya dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dengan mendakwa akar umbi UMNO yang mahukannya seperti dilaporkan sebuah portal.

Terdahulu, Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.

Menurut Tun Faisal, pemimpin kanan parti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.

“Nazri sendiri bukan contoh yang baik dalam soal menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO. Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya boleh namakan sejumlah pemimpin UMNO yang tidak menghormati institusi presiden UMNO dan pernah mengkritik secara terbuka presiden UMNO sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada pemimpin yang mengkritik presiden malah ada yang mendesak presiden meletak jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” katanya.

Tun Faisal berkata, seandainya presiden parti itu tidak dihormati, bagaimana dengan nasib timbalan presiden parti.

Katanya, tindakan menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri.

“Nasihat saya kepada Nazri, simpanlah hipokrasi itu, anda adalah liabiliti kepada UMNO dan presiden UMNO. Jika Nazri mahu sangat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, silalah masuk PKR, DAP atau Pakatan Harapan,” katanya.

 

MUDA ...TAPI HILANG ADAB DAN TAK BERTAMADUN: 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗝𝗔𝗥 !!! 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

 


Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh di sini hari ini.

Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan 18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.

“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk pera­kam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” katanya

Dalam pada itu, warga emas berkenaan, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam di sini sehingga videonya tular di media sosial mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan selepas dilastik dua remaja.

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki cuba menendang Wan Bidah.

Bercerita lanjut, Wan Bidah, yang juga ibu tunggal membe­ritahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.

Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Wan Bidah berkata, rayuannya tidak diendahkan malah dua daripada remaja berkenaan semakin agresif me­lastiknya dengan batu dan terkena lengan kiri.

“Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.

“Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di IPD Bachok kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Kelmarin, tular video berdu­rasi 30 saat di laman sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri.

 

TAZKIRAH UNTUK DIRI SENDIRI

 Image may contain: text that says "8:28 Thread Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang Muasabah Muhasabah Umat Islam Hari ini umat Islam hilang jati diri, mereka hanya leka mencari makan dan minum untuk mengisi perut serta tempat tinggal yang selesa. Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri. #Thread Translate Tweet 8:09 AM 04/10/2020 Twitter Web App 15 Retweets 2 Quote weets 42 ikes Tweetyourely"

Lagi Kes Lelaki Gelang Pink Di Restoran | EDISI MG 2ptg - 4 Oktober 2020



Seorang lelaki bergelang merah jambu ditahan kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) COVID-19 di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, malam tadi.

Lelaki berusia 52 tahun dan tinggal di Bandar Tasik Puteri itu ditahan ketika makan di sebuah restoran oleh anggota polis pada jam 7.30 malam susulan aduan diterima daripada orang awam.





PAKATAN HARAPAN WAJAR FOKUS KEPADA MANIFESTONYA



Anwar memiliki aset dengan 92 Ahli Parlimen teguh bersamanya. Sementara Muhyiddin Yassin asetnya hanya 26 Ahli Parlimen (termasuk yang melompat dari UMNO). "Dia dikuatkan dengan UMNO dan PAS yang sekadar ‘menumpang’ manakala 11 Ahli Parlimen yang melompat dari KEADILAN hanya bermotifkan kekecewaan kerana tidak diberi tempat semasa kerajaan PAKATAN HARAPAN tempoh hari," kata Mujahid.





KHALID SAMAD SAHKAN AMANAH HANYALAH KHADAM KEPADA PRINSIP PERJUANGAN YAN...

VIDEO INI PUNCANYA UMNO YAKIN DAPAT MERAMPAS SEMULA KUASA DI SABAH?

WAHAI ANAK MUDA, PEKA LAH PADA ISU POLITIK..

 


Kalau kita tak peduli akan politik apa berlaku kita tak peduli. Tampuk-tampuk pemerintahan akan dipenuhi oleh orang-orang jahat.

Kalau takde pejuang-pejuang reformasi dalam negara kita. Hari ni pastinya rakyat Malaysia terpaksa hadap kos-kos, cukai-cukai tinggi yang terpaksa bayar bagi membayar skandal-skandal pemimpin negara.

Maka isteri-isteri silalah faham perjuangan suamimu.

 

Allah takdirkan suami kalian menjadi pejuang reformasi ada sebabnya. Besar pahala ganjaran untuk pejuang-pejuang termasuk kalian isteri-isteri pejuang.

 

Pada kawan-kawan yang mengecapi kesenangan tu pula jangan lupakan jasa-jasa pejuang.Kesusahan pejuang-pejuang membawa reform kawan-kawan yg senang, ringan-ringankan lah dengan membantu sahabat-sahabat. Pm lah mereka bertanya khabar. Bantu lah mereka ringankan beban mereka.

 

Atas sebab pejuang-pejuang reformasi inilah negara kita ada imbangan. Si jahat pemerintah tak berani merembat khazanah negara sesuka hati.

Perjuangan itu satu cabaran dan pengorbanan........

 

#KEJAYAAN ITU HAKMILIK MEREKA YG BERUSAHA...!!!Description: 👌Description: 😊

C/paste.

 

MACAMTULAH PARA" PENYAMUN" TUNJUK MEWAH DENGAN MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI. RAKYAT YANG SUSAH, MAJORITI TAK DIPEDULI.


Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencipta rekod apabila muncul Ketua Menteri pertama menunggang motosikal lebih 100km untuk melakukan lawatan kerja dan ekspedisi bermotosikal.



Abang Johari cipta rekod tunggang motosikal lebih 100KM
ASTROAWANI.COM
Abang Johari cipta rekod tunggang motosikal lebih 100KM
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencipta rekod apabila mun


NAK TOLONG PUN KENA MINTAK MAAF? BERHENTILAH JADI PENJILAT PENGUASA BIAR ORANG BANTU. Kenapa lah masih ada pihak yg di bebalisme?

 ZUS DIN

Naib Canselor UPSI minta Ustaz Ebit mohon maaf terbuka


Lantaran menyediakan bas secara percuma kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam untuk pulang ke Pantai Timur, Ustaz Ebit Lew dihubungi Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran.

Pihak pendakwah berkenaan dihubungi hari ini supaya membuat permohonan maaf secara terbuka susulan inisiatifnya membantu mahasiswa yang terkandas. Sehubungan itu, Ustaz Ebit tampil meminta maaf […] #malaysiadateline


(LIVE RAKAMAN) Ezam Mohd Nor: GERAK98 Di Shah Alam - Kartel Masih Dipelihara Di ...

ISU AIR BOLEH JATUHKAN SELANGOR. SAMA ADA SABOTAJ KERAJAAN NEGERI ATAU MB TAK TAHU BUAT KERJA

 

Lagi insiden pencemaran sungai di Selangor, lebih 300,000 penduduk alami gangguan bekalan air

Air Selangor berkata, insiden pencemaran sumber air mentah menyebabkan loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 300,000 penduduk.

PETALING JAYA: Lebih 300,000 penduduk mengalami gangguan bekalan air melibatkan 4 wilayah di Selangor susulan penutupan loji rawatan air (LRA) akibat pencemaran sungai.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataanya memaklumkan, penutupan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, menyebabkan 274 kawasan terjejas di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji ini.

“Henti tugas loji ini akan menyebabkan 274 kawasan terjejas, iaitu 309,687 akaun pengguna, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan melibatkan 4 wilayah, iaitu wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Air Selangor turut melaporkan insiden tersebut kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitar sungai tersebut.

“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan pelan tindakan kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas ekoran insiden ini.

“Pada masa ini pihak kami belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium, khususnya media massa,” katanya.

Bulan lepas kira-kira 5 juta penduduk Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak susulan pencemaran minyak yang dilepaskan dari kilang sehingga menyebabkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.



TAK PERLULAH USTAZ...MEREKA CERDIK PANDAI BELAKA

 

Saya cuma cuba bantu, kata Ebit Lew selepas ditolak universiti

Keputusan saat akhir kerajaan untuk menangguhkan pendaftaran universiti menyebabkan ramai mahasiswa terkandas.

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti dan dermawan Ebit Lew memohon maaf kerana menyediakan 20 bas untuk mengangkut mahasiswa yang terkandas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke tempat asal mereka selepas university itu berkata, beliau tidak mendapat kebenaran untuk berbuat begitu.

Lew adalah antara rakyay Malaysia yang menawarkan bantuan kepada mahasiswa yang terkandas berikutan keputusan saat terakhir kerajaan untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan ke universiti secara bersemuka bagi sesi akademik Oktober atas faktor peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Sesetengah mahasiswa yang terkandas tiada tempat menginap atau pengangkutan untuk pulang ke rumah.

Beberapa individu melancarkan kutipan derma membayar kos makanan, pengangkutan dan tempat penginapan.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik serta pengasas parti politik baru dan juga bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman juga terlibat dalam usaha tersebut.

Ebit Lew.

Lew, seorang peniaga yang berjaya, pada mulanya menyediakan 20 bas untuk menghantar mahasiswa UPSI pulang ke kampung mereka, tetapi menangguhkan usaha itu.

Majlis perwakilan mahasiswa UPSI berkata, beliau perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan univerisiti tersebut terlebih dahulu, yang memerlukan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Di Facebooknya Lew berkata: “Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI, terutamanya naib canselor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan yang saya tanggung dan dengari.

“Sebab dulu, saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit.

“Saya minta maaf… Saya cuma mahu membantu.”

Majlis perwakilan mahasiswa univerisiti itu mengucapkan terima kasih kepada Lew atas usahanya, tetapi berkata penularan Covid-19 bererti pendakwah tersebut perlu mematuhi prosedur sebelum menyediakan pengangkutan.

Majlis itu berkata, ia tidak mahu sebarang insiden negatif berlaku, terutama yang berkaitan dengan Covid-19 dan keselamatan mahasiswa dalam perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.

FMT cuba mendapatkan pengesahan dari[ada naib canselor universiti tersebut.



AGAK AGAK MUHYIDDIN INGAT KAH KEBINET SAGU HATI?

 

Aku yakin Muhyiddin tentu ada yg dia tidak ingat MP mana dia lantik jadi Timbalan Menteri. Kalau dia perasan pun MP itu Timbalan Menteri pasti ada yg dia tak tahu Timbalan Menteri itu dari Kementerian mana. Dah macam Kabinet Dapur berselerak sudu, garpu, pinggan tak bersusun. Kabinet yg bukan atas kelayakan tapi kabinet 'sagu hati'.


Image may contain: one or more people and text