ISU AIR BOLEH JATUHKAN SELANGOR. SAMA ADA SABOTAJ KERAJAAN NEGERI ATAU MB TAK TAHU BUAT KERJA

 

Lagi insiden pencemaran sungai di Selangor, lebih 300,000 penduduk alami gangguan bekalan air

Air Selangor berkata, insiden pencemaran sumber air mentah menyebabkan loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 300,000 penduduk.

PETALING JAYA: Lebih 300,000 penduduk mengalami gangguan bekalan air melibatkan 4 wilayah di Selangor susulan penutupan loji rawatan air (LRA) akibat pencemaran sungai.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataanya memaklumkan, penutupan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, menyebabkan 274 kawasan terjejas di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji ini.

“Henti tugas loji ini akan menyebabkan 274 kawasan terjejas, iaitu 309,687 akaun pengguna, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan melibatkan 4 wilayah, iaitu wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Air Selangor turut melaporkan insiden tersebut kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitar sungai tersebut.

“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan pelan tindakan kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas ekoran insiden ini.

“Pada masa ini pihak kami belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium, khususnya media massa,” katanya.

Bulan lepas kira-kira 5 juta penduduk Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak susulan pencemaran minyak yang dilepaskan dari kilang sehingga menyebabkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.



No comments: