Amat saya bersyukur kerana akhirnya orang tua ini menyatakan
hasrat beliau untuk bertanding pada PRU15 sekaligus menarik balik hasratnya
untuk bersara.
Itulah yang kami harapkan kerana perlawanan yang paling menarik
dan bermaruah adalah berlawan dengan orang yang "mahu berlawan". Saya
doakan Mahathir panjang usianya agar beliau sempat sampai ke PRU15 dan dapat
memilih sendiri pusara politiknya.
Saya tidak pelik jika Mahathir buat "U-Turn" atau
berbohong. Saya pelik jika beliau tidak berbohong di dalam satu hari. Berbohong
dan putar belit adalah menu harian orang tua ini. Kelebihan Mahathir adalah
beliau mampu berbohong dengan muka selamba tanpa rasa malu sedikit pun. Sebagai
Pengerusi PH dulu pun dia selamba saja berbohong walaupun di dalam perkara
besar. Itulah kelebihan Mahathir. Akal berbohong beliau panjang lebih panjang
dari hidungnya.
Kami akan berdepan dengan Mahathir kerana beliau masih berhutang
dengan kita semua. Angkara beliau, politik negara kini dipenuhi dengan orang-orang politik munafik. Ketamakan kuasa dan pengkhianat. Semua ini kerana dimulakan
dengan orang tua ini yang selalu mungkir janji, tidak jujur dan ikhlas, dan
menyimpan perasaan khianat dengan rakan sendiri.
WFAUZDIN NS