BERITA DARI LANGIT..Anwar menghadap Agong Selasa atau Rabu?

 

Anwar menghadap Agong Selasa atau Rabu?


Kemelut politik Malaysia sejak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperolehi sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengambilalih kerajaan dari PM Muhyiddin Yassin mungkin terjawab esok atau lusa.


Sumber-sumber dalaman yang diyakini memberitahu Anwar diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong sama ada pada Selasa atau Rabu.


Agong dijangka akan membuat pertimbangan ke atas lebih 120 Akaun Berkanun (SD) yang dihantar oleh pihak Anwar sejak 22 September lalu.


Pertimbangan yang boleh dilakukan sekiranya Agong berpuas hati terhadap hilangnya majoriti kerajaan PM Muhyiddin ialah, sama ada melantik Anwar sebagai PM ke 9 atau membubarkan Parlimen.


Namun pilihan membubarkan Parlimen dijangka sukar diambil memandangkan kes semasa Covid 19 begitu tinggi.


Sebelum ini Pilihan Raya Negeri Sabah, 26 September lalu dipersalahkan sebagai punca negara diserang gelombang ketiga pandemik Covid 19.