𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗔𝗡𝗡𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨, 𝗡𝗔𝗭𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗛- GADOH BELUM REDA

 BOB KELANANG


Image may contain: 1 person, suit



Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diminta supaya mencerminkan diri sebelum menuding jari ke arah pemimpin lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak boleh diterima.

“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.

“Sebenarnya saya lebih suka jika presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, pegawai-pegawai, ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau di dalam grup WhatsApp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Nazri mahu hubungan antara partinya dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dengan mendakwa akar umbi UMNO yang mahukannya seperti dilaporkan sebuah portal.

Terdahulu, Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.

Menurut Tun Faisal, pemimpin kanan parti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.

“Nazri sendiri bukan contoh yang baik dalam soal menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO. Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya boleh namakan sejumlah pemimpin UMNO yang tidak menghormati institusi presiden UMNO dan pernah mengkritik secara terbuka presiden UMNO sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada pemimpin yang mengkritik presiden malah ada yang mendesak presiden meletak jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” katanya.

Tun Faisal berkata, seandainya presiden parti itu tidak dihormati, bagaimana dengan nasib timbalan presiden parti.

Katanya, tindakan menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri.

“Nasihat saya kepada Nazri, simpanlah hipokrasi itu, anda adalah liabiliti kepada UMNO dan presiden UMNO. Jika Nazri mahu sangat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, silalah masuk PKR, DAP atau Pakatan Harapan,” katanya.

 

No comments: