Christina Liew kecam Raja Petra putar belit kenyataan KEADILAN Sabah

 





Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Christina Liew mengecam tindakan blogger Raja Petra Kamaruddin yang memutar belit kenyataannya mengenai pelantikan PAS dalam kabinet kerajaan negeri.

 

Beliau berkata, Raja Petra berbuat demikian menerusi sebuah artikel yang disiarkan di laman web Malaysia Today bertarikh 4 Oktober 2020 bertajuk "PKR wants Muslims to reject the Qur’an".

 

"Kenyataan asal saya merujuk kepada PAS sebagai entiti politik tidak akan diterima oleh rakyat Sabah. Tidak ada dalam kenyataan saya yang menyebut PKR Sabah mahu orang Islam menolak sama ada Al-Quran atau Islam.

 

"Tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra adalah satu penipuan dan ia sangat menjijikkan yang bertujuan untuk memfitnah saya sebagai wakil rakyat dan pemimpin PKR Sabah," katanya.

 

Disebabkan tuduhan berat tersebut, Christina sudah merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra.

 

"Saya telah mengarahkan pasukan undang-undang saya untuk mengkaji perkara ini dan mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang," katanya.

 

No comments: