
Mahasiswa terkandas akibat keputusan
tergesa-gesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menukar sesi kuliah fizikal
kepada secara atas talian terus mendapat kecaman rakyat.

Mahasiswa terkandas akibat keputusan
tergesa-gesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menukar sesi kuliah fizikal
kepada secara atas talian terus mendapat kecaman rakyat.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menggesa ADUN Lunas, Azman Nasruddin supaya meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Kedah selepas langsung tidak menjalani ujian saringan COVID-19 mahupun membuat kuarantin di rumah selepas pulang berkempen dari Sabah.

"Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat ujian calitan dan kuarantin diri sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional amat mendukacitakan.

Majoriti sekolah-sekolah
pedalaman di Sarawak yang meskipun mempunyai kemudahan asas, ia tidak berada
pada tahap yang memuaskan malah dalam keadaan serba kekurangaan daripada
pelbagai aspek.
Ketua Biro Pendidikan Majlis
Pimpinan Wanita KEADILAN Sarawak, Jamila Abdul Basha mendedahkan masih banyak
sekolah di kawasan pedalaman yang tidak dibekalkan dengan kemudahan air paip
yang bersih.
"Di era millennium kini,
masih banyak sekolah di kawasan pedalaman yang bergantung kepada sumber air
hujan untuk kegunaan harian. Pada musim kemarau, pihak sekolah terpaksa memohon
bekalan air bersih daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kuasa elektrik tidak
konsisten dan dari masa ke masa menyebabkan pelajar terpaksa hidup dalam
kegelapan. Generator dihantar untuk kegunaan pihak sekolah namun kuasa
generator tidak mencukupi.
"Walaupun ada bekalan
elektrik, ada kalanya bekalan elektrik terputus dan perkara ini secara langsung
menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta semua urusan perkeranian.
Bagi tenaga pendidik pula masalah elektrik ini merupakan satu cabaran dalam
menjalankan tugas harian mereka.
"Pihak kerajaan perlu
menyediakan kemudahan seperti tenaga pendidik dan kakitangan sekolah, prasarana
yang holistik, fasiliti yang lengkap dan utiliti seperti air yang bersih dan
selamat digunakan untuk memberi pendidikan yang mampan dan berkualiti,"
katanya.
Jamila juga berpendapat
sekolah-sekolah pedalaman Sarawak masih tidak dapat untuk menyediakan kemudahan
internet yang sewajarnya.
.
"Dalam era digital
revolusi terkini, bidang pendidikan tidak seharusnya ketinggalan dalam
mengalami transformasi secara digital.
"Pelaksanaan pembelajaran
atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai
mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.
"Kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara maya penting bagi memastikan silibus pengajaran dapat
disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.
"Malangnya masih banyak
sekolah di kawasan pedalaman Sarawak ketinggalan jauh dibelakang kerana masalah
capaian internet pada tahap yang mengecewakan. Oleh yang demikian kebanyakan
tugasan harian tidak dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.
Justeru, Jamila menggesa
kerajaan supaya melakukan pembaharuan terhadap kemudahan asas di
sekolah-sekolah tersebut.
"Usaha untuk menambahbaik
situasi ini memang sudah dijalankan namun masih pada tahap tidak memuaskan.
"Wajarkan aspek-aspek
penting ini dipandang remeh? Tentu sekali tidak. Anak Sarawak di kawasan
pedalaman tidak patut dianak tirikan.
"Setiap anak yang
kesekolah mempunyai hak utk mendapatkan kemudahan asas yang lengkap. Semoga
pihak yang bertanggungjawab peka dan mengambil tindakan sewajarnya,"
katanya.
Ramai yang ketika ini melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara.
Sudah tiga hari berturut-turut angka kes yang dilaporkan begitu membimbangkan dengan hari ini sebanyak 293 kes, semalam 317 dan kelmarin 287 kes.
Terutama yang diperkatakan ialah meningkatnya kes-kes itu kerana dikaitkan dengan PRN Sabah di mana beberapa ahli politik telah dilaporkan positif Covid-19 sebaik kembali daripada berkempen di negeri tersebut.
Malah, jangkaan juga menyebut angka kes diramalkan akan terus meningkat pada minggu-minggu akan datang ini.
Dalam hal ini, ramai yang menyalahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal kerana membubarkan Dun Sabah, seterusnya memaksa PRU terpaksa diadakan.
Ada yang berandaian, jika Dun Sabah tidak dibubarkan dan tiada PRN, sudah tentu kes Covid tidak meningkat sepertimana sekarang ini.
Berlakunya PRN Sabah sebenarnya bukan disebabkan oleh Shafie Apdal yang memohon pembubaran Dun, tetapi adalah disebabkan oleh Musa Aman yang mengacau mahu menjatuhkan kerajaan negeri.
Jika kerajaan negeri tidak diganggu, tiada sebab Shafie Apdal mahu membubarkan Dun untuk mengadakan PRN Sabah yang baru.
Musa Aman pula membuat gangguan mahu menjatuhkan kerajaan negeri hanya selepas kes mahkamahnya digugurkan setelah Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri melalui pengkhiatan terhadap PH yang akhirnya menjadikan PN sebagai kerajaan baru.
Kiranya PH masih menjadi kerajaan, tidak mungkin dan tiada sebab kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Musa Aman boleh digugurkan.
Tetapi, disebabkan berlakunya pertukaran kerajaan, bertukar Perdana Menteri dan bertukar Peguam Negara, maka kes beliau telah digugurkan.
Maka, setelah kesnya digugurkan, Musa Aman pun mula membuat gangguan untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.
Sebab sebenar mengapa 46 kes Musa Aman ditarik balik dan digugurkan, hanya Tuhan dan mereka yang berkaitan saja mengetahuinya.
Apa pun, mereka harus menjawabnya di hadapan Tuhan nanti.
Pokoknya, kalau kes Musa Aman tidak digugurkan, kerajaan negeri pimpinan Shafie tiada gangguan dan beliau pasti akan terus memerintah Sabah dengan aman tanpa menyebarkan Covid-19 hingga ke hari ini.
Ketika Musa Aman berusaha menjatuhkan Shafie Apdal melalui tindakan beberapa Adun melompat parti pula, dua orang kanan Muhyiddin iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Nardin Awang telah terlibat aktif dalam usaha tersebut.
Ketika Musa Aman memaklumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti untuk menjatuhkan Shafie, beliau ada menyebut bahawa Hamzah dan Nardin telah pun mengadakan pertemuan dengan TYT Sabah untuk memaklumkan perkembangan tersebut.
Ini bermakna, dengan penglibatan dua orang kanannya itu, usaha menjatuhkan Shafie adalah dalam pengetahuan dan restu Muhyiddin.
Kesimpulannya, perkara-perkara yang menyebabkan PRN Sabah terpaksa diadakan ialah kerana gangguan Musa Aman terhadap kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.
Gangguan itu pula berlaku setelah kes Musa Aman digugurkan selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan dua orang kanan Muhyiddin turut terlibat secara langsung dalam usaha menumbangkan Shafie.
Jadi, kalau mahu dikatakan merebaknya kes Covid-19 sekarang yang sebahagiannya disebabkan PRN Sabah, yang salah besarnya ialah Muhyiddin, bukan Shafie Apdal.
Cuba kalau kes Musa tidak digugurkan dan dua orang kanan Muhyiddin tidak terlibat dalam usaha menjatuhkan Shafie, pastilah PRN Sabah tidak berlaku.
Tidak berlaku PRN Sabah, tidak merebaklah juga Covid-19.
Jika kita masih tidak lupa, meningkatnya kes Covid-19 pada Mac lalu sehingga PKP terpaksa dikuatkuasakan, ia berlaku hanya tidak berapa lama selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan PH dan menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Dulu Muhyiddin, sekarang pun Muhyiddin (Shahbudindotcom 04/10/2020)
BOB KELANANG

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz diminta supaya mencerminkan diri sebelum menuding jari ke arah pemimpin
lain.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz
berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
Tan Sri Annuar Musa berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri
Mohamad Hasan tidak boleh diterima.
“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima
lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.
“Sebenarnya saya lebih suka jika presiden, timbalan presiden,
naib-naib presiden, pegawai-pegawai, ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja
Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau
di dalam grup WhatsApp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,”
katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Kelmarin, Nazri mahu hubungan antara partinya dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dengan mendakwa akar umbi UMNO yang
mahukannya seperti dilaporkan sebuah portal.
Terdahulu, Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing
politiknya kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan
melemahkan parti itu sendiri.
Menurut Tun Faisal, pemimpin kanan parti sepatutnya menunjukkan
contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit
dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.
“Nazri sendiri bukan contoh yang baik dalam soal menyanggah
presiden dan timbalan presiden UMNO. Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya
boleh namakan sejumlah pemimpin UMNO yang tidak menghormati institusi presiden
UMNO dan pernah mengkritik secara terbuka presiden UMNO sebelum dan selepas
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada
pemimpin yang mengkritik presiden malah ada yang mendesak presiden meletak
jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” katanya.
Tun Faisal berkata, seandainya presiden parti itu tidak
dihormati, bagaimana dengan nasib timbalan presiden parti.
Katanya, tindakan menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO
ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO
termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri.
“Nasihat saya kepada Nazri, simpanlah hipokrasi itu, anda adalah
liabiliti kepada UMNO dan presiden UMNO. Jika Nazri mahu sangat bersama Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan DAP, silalah masuk PKR, DAP atau Pakatan Harapan,”
katanya.


Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun
yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas
mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin
Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh
di sini hari ini.
Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan
18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.
“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk perakam
video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” katanya
Dalam pada itu, warga emas berkenaan, Wan Bidah Wan Deraman, 67,
yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam di sini sehingga videonya
tular di media sosial mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian lengan
selepas dilastik dua remaja.
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki cuba
menendang Wan Bidah.
Bercerita lanjut, Wan Bidah, yang juga ibu tunggal memberitahu,
kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan
pulang ke rumahnya seorang diri.
Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak
sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.
“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak melastik
saya kerana bimbang mata menjadi buta,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Wan Bidah berkata, rayuannya tidak diendahkan malah dua daripada
remaja berkenaan semakin agresif melastiknya dengan batu dan terkena lengan
kiri.
“Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu dengan
menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.
“Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk
keluar bersendirian,” ujarnya.
Katanya, dia telah membuat laporan polis demi keselamatan
dirinya di IPD Bachok kira-kira pukul 8 malam kelmarin.
Kelmarin, tular video berdurasi 30 saat di laman sosial yang
memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang
wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri.
Seorang lelaki bergelang merah jambu ditahan kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) COVID-19 di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, malam tadi.
Lelaki berusia 52 tahun dan tinggal di Bandar Tasik Puteri itu ditahan ketika makan di sebuah restoran oleh anggota polis pada jam 7.30 malam susulan aduan diterima daripada orang awam.

Kalau kita tak peduli akan politik apa berlaku kita tak peduli.
Tampuk-tampuk pemerintahan akan dipenuhi oleh orang-orang jahat.
Kalau takde pejuang-pejuang reformasi dalam negara kita. Hari ni
pastinya rakyat Malaysia terpaksa hadap kos-kos, cukai-cukai tinggi yang
terpaksa bayar bagi membayar skandal-skandal pemimpin negara.
Maka isteri-isteri silalah faham perjuangan suamimu.
Allah takdirkan suami kalian menjadi pejuang reformasi ada
sebabnya. Besar pahala ganjaran untuk pejuang-pejuang termasuk kalian
isteri-isteri pejuang.
Pada kawan-kawan yang mengecapi kesenangan tu pula jangan
lupakan jasa-jasa pejuang.Kesusahan pejuang-pejuang membawa reform kawan-kawan
yg senang, ringan-ringankan lah dengan membantu sahabat-sahabat. Pm lah mereka
bertanya khabar. Bantu lah mereka ringankan beban mereka.
Atas sebab pejuang-pejuang reformasi inilah negara kita ada
imbangan. Si jahat pemerintah tak berani merembat khazanah negara sesuka hati.
Perjuangan itu satu cabaran dan pengorbanan........
#KEJAYAAN ITU
HAKMILIK MEREKA YG BERUSAHA...!!!![]()
![]()
C/paste.
ZUS DIN

Lantaran menyediakan bas secara percuma kepada pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam untuk pulang ke Pantai Timur,
Ustaz Ebit Lew dihubungi Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran.
Pihak pendakwah berkenaan dihubungi hari ini supaya membuat
permohonan maaf secara terbuka susulan inisiatifnya membantu mahasiswa yang
terkandas. Sehubungan itu, Ustaz Ebit tampil meminta maaf […] #malaysiadateline

PETALING JAYA: Lebih 300,000 penduduk mengalami gangguan bekalan air melibatkan 4 wilayah di Selangor susulan penutupan loji rawatan air (LRA) akibat pencemaran sungai.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataanya memaklumkan, penutupan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, menyebabkan 274 kawasan terjejas di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji ini.
“Henti tugas loji ini akan menyebabkan 274 kawasan terjejas, iaitu 309,687 akaun pengguna, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan melibatkan 4 wilayah, iaitu wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.
Air Selangor turut melaporkan insiden tersebut kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitar sungai tersebut.
“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan pelan tindakan kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas ekoran insiden ini.
“Pada masa ini pihak kami belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium, khususnya media massa,” katanya.
Bulan lepas kira-kira 5 juta penduduk Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak susulan pencemaran minyak yang dilepaskan dari kilang sehingga menyebabkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti dan dermawan Ebit Lew memohon maaf kerana menyediakan 20 bas untuk mengangkut mahasiswa yang terkandas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke tempat asal mereka selepas university itu berkata, beliau tidak mendapat kebenaran untuk berbuat begitu.
Lew adalah antara rakyay Malaysia yang menawarkan bantuan kepada mahasiswa yang terkandas berikutan keputusan saat terakhir kerajaan untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan ke universiti secara bersemuka bagi sesi akademik Oktober atas faktor peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Sesetengah mahasiswa yang terkandas tiada tempat menginap atau pengangkutan untuk pulang ke rumah.
Beberapa individu melancarkan kutipan derma membayar kos makanan, pengangkutan dan tempat penginapan.
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik serta pengasas parti politik baru dan juga bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman juga terlibat dalam usaha tersebut.

Lew, seorang peniaga yang berjaya, pada mulanya menyediakan 20 bas untuk menghantar mahasiswa UPSI pulang ke kampung mereka, tetapi menangguhkan usaha itu.
Majlis perwakilan mahasiswa UPSI berkata, beliau perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan univerisiti tersebut terlebih dahulu, yang memerlukan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Di Facebooknya Lew berkata: “Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI, terutamanya naib canselor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.
“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan yang saya tanggung dan dengari.
“Sebab dulu, saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit.
“Saya minta maaf… Saya cuma mahu membantu.”
Majlis perwakilan mahasiswa univerisiti itu mengucapkan terima kasih kepada Lew atas usahanya, tetapi berkata penularan Covid-19 bererti pendakwah tersebut perlu mematuhi prosedur sebelum menyediakan pengangkutan.
Majlis itu berkata, ia tidak mahu sebarang insiden negatif berlaku, terutama yang berkaitan dengan Covid-19 dan keselamatan mahasiswa dalam perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.
FMT cuba mendapatkan pengesahan dari[ada naib canselor universiti tersebut.
Aku yakin Muhyiddin tentu ada yg dia tidak ingat MP mana dia lantik jadi Timbalan Menteri. Kalau dia perasan pun MP itu Timbalan Menteri pasti ada yg dia tak tahu Timbalan Menteri itu dari Kementerian mana. Dah macam Kabinet Dapur berselerak sudu, garpu, pinggan tak bersusun. Kabinet yg bukan atas kelayakan tapi kabinet 'sagu hati'.
