SEPATUTNYA BUKAN PAHANG TETAPI KELANTAN.






Setiap tahun kata yang berbutir suara kepimpinan Kelantan tentang kehebatan rakyat Kelantan yang pandai mencari peluang kehidupan menjadi usahawan terkenal.
Kita berbangga dengan mereka memiliki harta hasil kerja keras dan survival anak Kelantan.
Maksudnya, apabila rakyat Kelantan diberi ruang untuk turut serta dalam kemenjadian ekonomi negeri, pasti Kelantan antara negeri terhebat dalam ekonomi dan arus kemajuan negara.
Namun, anak-anak Kelantan tidak diberikan ruang dan peluang untuk menabur bakti di Kelantan. Jika mereka diberi ruang, saya yakin dan percaya mereka boleh lakukan perubahan di Kelantan.
Kita terkadang berbangga dengan Islam tetapi tidak laksana tuntutan Islam sebenar. Sepatutnya ekonomi Islam Kelantan menjadi panduan kepada negeri-negeri yang lain sehingga memaksa negeri lain mengikut jejak Kelantan.
Kita seringkali menggunakan 'anak tiri persekutuan' sebagai alasan untuk tidak bekerja. Jika kita sedar bahawa anak tiri, adakah kita hanya berpeluk tubuh memberi alasan?. Jika kita menolak persekutuan, sepatutnya kita tidak perlu menunggu persekutuan. Tunjukkan bukti tanpa persekutuan (yang kita tolak) Kelantan lebih baik.
Di pentas ceramah, ekonomi Islam, patuh syariah, halallan Toyyiban. Rakyat nak tengok hasil ekonomi Islam yang dilaungkan bukan melaung zalim, zalim, zalim semata-mata.
Jadi, fokuslah, binalah, gunakanlah ruang dan kesempatan anak-anak Kelantan yang hebat. Pilih mereka untuk berbakti menyumbang idea dan tenaga bukannya hanya untuk anak beranak yang belajar di Mesir 8 tahun disebabkan Extend balik ke Kelantan diberi jawatan.





No comments: