ADUAN TERHADAP ABDUL HADI BIN AWANG YANG MENGAJAR AGAMA TANPA TAULIAH DAN LANGGAR TITAH SULTAN TERENGGANU.

 









Semalam Fais al-Hajari telah maki hamun aku lalu mencabar aku membuat aduan kepada JHEAT mengenai Presiden PAS yang mengajar agama tanpa tauliah dan langgar titah Sultan Terengganu.

Oleh itu, pada pagi ini aku menyahut cabaran dan membuat laporan rasmi dan bertulis kepada JHEAT.
Butiran ringkas aduan:
ADUAN TERHADAP ABDUL HADI BIN AWANG YANG MENGAJAR AGAMA TANPA TAULIAH DAN LANGGAR TITAH SULTAN TERENGGANU.
Nama: Abdul Hadi Bin Awang.
Jawatan: Ahli Parlimen Marang.
Jawatan parti: Presiden Parti Islam Se-Malaysia.
Lokasi: Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Masa: Setiap hari Jumaat.
Kesalahan 1:
Merupakan kesalahan di bawah Seksyen 103, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001, iaitu kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
Jika disabitkan, peruntukan tersebut membawa hukuman:
Denda tidak melebihi RM5,000; atau
Penjara tidak melebihi tiga tahun; atau
Kedua-duanya sekali.
Kesalahan 2:
Melanggar titah Sultan Terengganu, dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak MAIDAM pada Mac 2023, iaitu larangan ahli politik menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid serta surau.
Arahan tersebut dikeluarkan susulan kemurkaan atau rasa dukacita Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, terhadap penglibatan ahli politik dalam aktiviti berkenaan.
----
Untuk makluman semua, peraturan tauliah di Terengganu dilaksanakan sejak tahun 2001, dan ia dibuat oleh Abdul Hadi Awang sendiri ketika dia menjadi MB.
Dia buat undang-undang, dia sendiri yang langgar undang-undang.
Walaupun aku yakin 99% pihak JHEAT tidak akan ambil sebarang tindakan, namun sekurang-kurangnya aku sudah ikut saluran rasmi sebagia rakyat.
Namun begitu, aku harap pihak penguasa JHEAT bersifat profesional dan pergilah siasat dan tangkap Abdul Hadi Awang berdasarkan undang-undang syariah.
Slogan PAS yang kononnya mahu perkasa undang-undang syariah selama ini hanyalah bohong sahaja, apabila presiden sendiri pun lawan undang-undang syariah.
Bukankah PAS selalu kata mereka yang lawan undang-undang syariah ini adalah liberal?






No comments: