Akmal boleh terus lantang. Itu hak beliau. Cuma selepas ini mungkin kena lebih berhati-hati memilih perkataan.

 






Nampaknya Dr Akmal Salleh kena belajar satu perkara. Dalam politik, bukan semua benda boleh diselesaikan dengan suara kuat, muka garang dan tunjuk jari.

Hari ini Teresa Kok mengumumkan kemenangan dalam saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO itu. Mahkamah dilaporkan memerintahkan Akmal membayar RM250,000 ganti rugi dan RM50,000 kos. Siap kena padam kenyataan dalam tempoh tujuh hari.
Jumlah RM300,000. Bukan RM300!
Yang menariknya, budaya politik memfitnah lawan bukanlah perkara asing di negara kita. PAS pun sudah lama berdepan kritikan tentang cara sesetengah pemimpin dan penyokongnya melabel lawan politik.
Sekarang tengok pula apa yang berjangkit kepada Akmal.
Entah bila budaya politik sebegini mula menjadi kebiasaan. Kalau dulu orang berpolitik dengan hujah, sekarang ada yang lebih seronok menyerang peribadi. Tuduh dulu, buktikan kemudian. Kalau penyokong sudah percaya, kira selesai.
Seolah-olah penyakit politik yang sering dikaitkan dengan PAS ini sudah mula berjangkit kepada orang lain pula.
Bila matlamat politik dianggap terlalu penting, apa sahaja cara nampaknya boleh digunakan. Asalkan lawan nampak buruk, asalkan penyokong bersorak, asalkan dapat perhatian.
Tetapi mahkamah bukan pentas ceramah politik. Di situ bukan jumlah penyokong yang menentukan benar atau salah.
Akmal boleh terus lantang. Itu hak beliau. Cuma selepas ini mungkin kena lebih berhati-hati memilih perkataan.
Sebab dalam politik, orang boleh tepuk tangan apabila kita menyerang lawan. Tetapi apabila kalah saman, yang kena bayar bukan penyokong.
Yang kena keluarkan duit, diri sendiri.

No comments: