Bali Dihimpit Krisis Bekalan Minyak, Catuan Bekalan Gagal

 

IMG_8476

Krisis bekalan minyak memaksa penduduk beratur panjang di stesen minyak di Denpasar sejak 14 Oktober 2026.

DENPASAR, 18 Okt – Barisan panjang kenderaan berterusan di stesen minyak seluruh Pulau Bali semalam apabila sistem nombor plat ganjil-genap dan had pembelian bahan api gagal menyelesaikan masalah kekurangan bahan api yang mengganggu aktiviti penduduk selama kira-kira seminggu, lapor laman berita Jakarta Globe.

Motosikal dan kereta berbaris panjang di beberapa stesen minyak di Denpasar semalam, dengan sesetengah premis dilaporkan kehabisan bahan api menjelang tengah hari.

Sekatan yang mula berkuat kuasa semalam dan dijadualkan berterusan sehingga esok itu Isnin turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya, dengan sesetengah mereka tidak menyedari peraturan baharu itu.

Krisis bekalan minyak memaksa penduduk beratur panjang di stesen minyak di Denpasar sejak 14 Oktober 2026.

Di bawah sistem tersebut, kenderaan dengan nombor plat ganjil boleh membeli bahan api semalam, manakala sistem menentukan akses pada hari-hari berikutnya.

Pihak pentadbiran wilayah Bali turut menghadkan pembelian kepada 20 liter petrol untuk kereta dan 3 liter untuk motosikal.

Catuan tersebut akan kekal berkuat kuasa sehingga bekalan bahan api kembali pulih seperti biasa, susulan arahan Gabenor Bali, I Wayan Koster.

Krisis bekalan minyak memaksa penduduk beratur panjang di stesen minyak di Denpasar sejak 14 Oktober 2026.

Pengurus komunikasi dan tanggungjawab sosial korporat bagi operasi wilayah Jawa Timur, Bali dan Nusa Tenggara Pertamina Patra Niaga, Ahad Rahedi berkata, sistem ganjil-genap diperkenalkan bersama had pembelian untuk menguruskan permintaan dan mengurangkan kesesakan di stesen minyak.

Pertamina menambah 16 lori tangki bahan api bagi mempercepatkan penghantaran ke stesen minyak di seluruh Bali. Seramai 100 anggota tentera dan polis juga dikerah untuk membantu mengurangkan beban tugas kakitangan di stesen minyak beroperasi 24 jam.

Meskipun langkah-langkah itu telah diambil, pengguna jalan raya terus melaporkan kesukaran mendapatkan bahan api.

Krisis bekalan minyak memaksa penduduk beratur panjang di stesen minyak di Denpasar sejak 14 Oktober 2026.

Seorang penunggang motosikal dengan nombor plat genap, Wayan Ardi berkata, dia pergi ke stesen minyak kerana kehabusan petrol, namun mendapat tahu tentang peraturan ganjil-genap tersebut.

“Kekurangan bahan api sepanjang minggu lalu menyukarkan kehidupan. Saya tidak boleh pergi bekerja dan tidak boleh pulang ke kampung halaman kerana tiada petrol.

“Saya baru saja mendapat tahu mengenai sistem ganjil-genap ini. Yang penting sekarang ialah dapat mengisi minyak supaya saya boleh pulang ke rumah,” katanya. – AGENSI





No comments: