Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 dijangka membantu pekerja berpendapatan rendah menangani peningkatan kos sara hidup, manakala pengenalan gaji pokok permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerja separuh mahir membuka ruang kepada struktur pendapatan yang lebih baik.
Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohamad Fazli Sabri berkata kenaikan gaji minimum dan pengenalan kerangka gaji permulaan itu merupakan langkah penting untuk memperkukuh kesejahteraan kewangan pekerja, khususnya golongan muda.

No comments:
Post a Comment