PM Anwar Kongsi Foto Kenangan Ketika Dipenjara

 

Foto dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial pada 21 September 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Sep – Perkongsian Datuk Seri Anwwr Ibrahim semasa menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh, menarik perhatian ramai sejak dimuat naik di media sosial semalam.

Menerusi perkongsian foto itu, Perdana Menteri berkongsi sekeping gambar memaparkan beliau sedang bercakap bersama ahli keluarganya menggunakan telefon di sebalik kaca.

“Kenangan di Sungai Buloh. Bertemu keluarga di sebalik kaca, hanya melalui telefon. Momen yang kekal dalam ingatan,” katanya.

Untuk rekod, pada 3 November 2016 Anwar dan keluarganya memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Penjara Sungai Buloh tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan anggota keluarga ketika lawatan di penjara itu.

Bagaimanapun, pada 12 April 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan keluarga beliau untuk membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan ke penjara.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan larangan sentuhan fizikal itu rasional dan wajar kerana tidak bercanggah dengan Peraturan-peraturan Penjara.




No comments: