PUAK MENDERHAKA NI DAH MULA LAGI BUAT HAL.




Zainuddin Omar.










Adakah MB Nismilan ada kuasa gantung tugas SUK dan State Legal Advisor. Mereka adalah penjawat awam lantikan persekutuan.  

MMK telah dibatalkan oleh YDPB maka keputusan yang dikatakan oleh MMK adalah tidak sah. 

Jadi sepatutnya SUK dan SLA bertugaslah seperti biasa.  

******

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, hari ini mengumumkan penggantungan tugas serta-merta dua pegawai kanan ketika kemelut yang melanda negeri itu terus berpanjangan.

Dalam kenyataannya, Ismail berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat khas exco hari ini.

Dua pegawai kanan yang digantung tugas itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim; dan penasihat undang-undang, Muzalmah Mustapha Kamal.

"Notis penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Seterusnya, notis penggantungan penasihat undang-undang negeri pula akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Sebagai ganti, Ismail mengumumkan pegawai kewangan negeri, Masri Razali, dilantik sebagai pegawai untuk menjalankan tugas setiausaha kerajaan negeri sehingga ada individu lain dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara diterima.

Sementara itu tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh seorang peguam, Fahmi Adilah, dan dia akan melaksanakan tugas berkenaan sehingga penggantinya dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Pada masa yang sama, semua jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah masih kekal dan sah.

"Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," tambahnya.




No comments: