Pelantikan Duncan Sikodol Diharap Perkukuh Usaha Banteras Rasuah – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol, sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM bagi sesi 2026–2029 pada 21 September 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 21 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap, pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dapat memperkukuh usaha membanteras rasuah serta meningkatkan integriti dan tadbir urus negara.

Menerusi kemas kini hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata demikian ketika beliau menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan Duncan bagi menganggotai lembaga berkenaan bagi sesi 2026-2029 di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol, sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM bagi sesi 2026–2029 pada 21 September 2026. Foto PMO

“Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus memperkukuh usaha membanteras rasuah, di samping mempertingkatkan integriti dan tadbir urus negara,” ujar Anwar.

Turut hadir pada majlis penyerahan watikah itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman.




No comments: