Video Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang pernah memberi amaran “jangan sentuh Raja-Raja kami” kembali berlegar di media sosial susulan krisis antara ahli politik BN-PN di Negeri Sembilan dengan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Video itu ditularkan semula ketika netizen mula mempersoalkan pendirian Akmal dalam kemelut berkenaan, terutama selepas respons beliau dilihat tidak sekeras pendirian yang pernah ditunjukkan ketika membicarakan soal institusi Raja-Raja Melayu.
“Akmal, mana ayat-ayat macam ni time parti hang buat masalah?” tulis seorang pengguna Threads dalam satu posting dibuat Akmal.
Seorang lagi secara sinis bertanya, “Mana Akmal Saleh ni? Dah lari masuk gua ke?”
Di X pula, pengguna turut menyeru Akmal dengan mengungkit semula kata-katanya mengenai Raja-Raja Melayu.
“Mana kamu? MANA KAMU?? Akmal Saleh,” tulis seorang pengguna sambil berkongsi semula video berkenaan.
Rakyat membangkitkan persoalan jika menyentuh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini cukup untuk membuat Akmal tampil lantang, mengapa nada itu tidak kedengaran apabila kemelut kali ini melibatkan pemimpin Umno dan kerajaan BN-PN sendiri di Negeri Sembilan?
Lebih sinis, ada yang mempersoalkan sama ada prinsip “jangan sentuh Raja-Raja kami” itu hanya lantang apabila melibatkan pihak lawan, tetapi berubah apabila yang berdepan dengan Istana ialah “geng sendiri”.
Akmal sebelum ini memang pernah menggunakan nada tegas mengenai institusi Raja-Raja Melayu. Dalam ucapan dasar Pemuda Umno pada PAU 2024, beliau berkata Pemuda Umno akan bangkit apabila agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu disentuh.
Justeru, ketika krisis Negeri Sembilan semakin memuncak, netizen mempersoalkan mengapa nada Akmal kali ini dilihat begitu berbeza berbanding ketegasan beliau sebelum ini.
No comments:
Post a Comment