Perkukuh Kerjasama Ekonomi Malaysia-China Tumpuan PM Anwar Ke Shanghai, Hangzhou

 

Anwar (tengah) melawat pempamer di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China pada 5 November 2024. Foto Bernama

SHANGHAI, 21 Sep – Dua kota raya di China, Shanghai dan Hangzhou yang bakal dilawati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula Selasa disasarkan bagi memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.

Anwar akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Perdana Menteri China, Li Qiang dijadual merasmikan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 23 September 2026.

Ini merupakan lawatan kali keempat Anwar sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2022 dengan pelbagai jemputan dipenuhi beliau termasuk bertemu Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Qiang pada 2024 serta Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin pada September tahun lalu.

Sepanjang tempoh berkenaan, lawatan dan pertukaran kunjungan membabitkan pemimpin tertinggi kedua-dua negara, termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong juga memperlihatkan tahap hubungan kukuh antara Malaysia dan China.

Peserta Malaysia tiba bagi bersaing dengan jaguh dunia pada pertandingan kemahiran WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 21 September 2026.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan WorldSkills 2026 dan Ekspo Perdagangan Digital Global Kelima di Hangzhou.

Semasa di Hangzhou, Anwar turut dijadualkan melancarkan buku bertajuk “Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times” yang telah diterjemahkan dalam bahasa Cina.

Kemuncak lawatan kerja Anwar ialah mengadakan pertemuan dengan Li Qiang, di West Lake State Guest House, Hangzhou, disusuli dengan sambutan Majlis Makan Malam dihoskan Qiang.



No comments: