KRISIS DI NEGERI SEMBILAN CETUS KRISIS ANTARA KERAJAAN DENGAN ISTANA





MSO



MB Negeri Sembilan Ismail Lasim seperti tidak mati akal dan sudah nekad dengan apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu. Hari ini beliau telah menggantung dua pegawai kanan kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Mohd Zafir Ibrahim dan penasihat undang-undang Muzlmah Mustapha Kamal.


Tindakan Ismail itu semacam mahu membalas apa yang dilakukan oleh Yang di Pertuan Negeri, Tuanku Muhriz yang membatalkan pelantikan 10 Exco yang dibuat 7 Ogos lalu. Exco itu dianggap sebagai derhaka kerana menanda tangani proklomasi untuk menurunkan Tuanku Muhriz daripada takhta. 


Wakaupun para Exco itu sudah dihantar surat pembatalan mereka, tetapi ada yang masih tidak mengendah masih memasuki SUK.


Ismail Lasim dalam satu kenyataan menyatakan pembatalan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan, dimana beliau sendiri (MB) tidak diminta pandangan atau dirunding seperti mana kehendak perlembagaan.


Melihat situasi itu tampak keadaan di Negeri Sembilan semakin rumit dan tajam. Perbalahan dan pertelingkahan kini dapat disimpulkan antara MB dengan Yam Tuan. Dalam kata lain krisis antara kerajaan dengan istana, bukan lagi krisis Yam Tuan dengan Undang.


Keadaan ini semakin kompleks dan rumit, satu jalan penyelesaian yang mungkin tidak terfikir sebelum ini perlu diambil untuk melihat memulihkan kecelaruan pentadbiran di Negeri Sembilan itu, bagi meletakkannya kembali aman damai seperti diuruskan kerajaan sebelum ini di bawah pimpinan Amiruddin Harun. Trims.





No comments: