
FOTO BERITA: Walkabout bersama calon N.43 Permas Sharon Teo di Pasar Borneo Johor, Johor Bahru Johor. 28hb Jun 2026 (Ahad)

Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Permas, Sharon Teo, turun padang menyantuni peniaga dan pengunjung menerusi program walkabout di Pasar Borneo, Johor Bahru, pagi tadi bagi mendengar sendiri permasalahan serta keperluan komuniti setempat.

Sharon berkata lawatan tersebut diadakan selepas menerima maklum balas daripada penduduk mengenai beberapa kemudahan asas di pasar berkenaan yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan.

Menurut beliau, antara isu utama yang dibangkitkan oleh para peniaga ialah ketiadaan tandas awam di kawasan pasar, menyebabkan orang ramai terpaksa menggunakan tandas di premis berhampiran dengan dikenakan bayaran.

“Ini merupakan satu kemudahan asas yang sepatutnya disediakan demi keselesaan peniaga dan pengunjung. Saya menerima cadangan ini dan akan berusaha membawa perkara ini kepada pihak berkaitan sekiranya diberi mandat,” katanya.

Beliau berkata, hasil perbincangan bersama peniaga dan pengunjung turut menghasilkan beberapa cadangan lain bagi menaik taraf kemudahan di Pasar Borneo agar lebih selesa, bersih dan mesra pengguna.

Sharon menegaskan komitmennya untuk terus mendekati rakyat sepanjang tempoh kempen bagi memastikan setiap suara dan keperluan masyarakat diberi perhatian serta diperjuangkan demi kesejahteraan penduduk DUN Permas.

No comments:
Post a Comment