Hari ini Bang Mat hadir menyaksikan Majlis Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.












 Hari ini Bang Mat hadir menyaksikan Majlis Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bang Mat percaya, pengangkutan awam yang moden, cekap dan selesa bukan sekadar memudahkan perjalanan rakyat, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.
Dengan adanya LRT3, rakyat dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan harian, mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menikmati sistem pengangkutan yang lebih efisien. Pada masa yang sama, pembangunan di sepanjang jajaran ini dijangka menarik lebih banyak pelaburan, membuka peluang pekerjaan baharu dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyat. Apabila infrastruktur diperkukuhkan, akses kepada peluang pekerjaan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan pelbagai kemudahan lain juga menjadi lebih mudah.
Semoga LRT3 menjadi satu lagi simbol kemajuan negara yang membawa manfaat kepada rakyat hari ini dan untuk generasi akan datang.
Kredit Gambar - Prime Minister’s Office of Malaysia.




No comments: