Fathi Aris Omar
Rundingan itu dilaporkan gagal tetapi strategi PAS mahu bantu kukuhkan Umno masih berjalan. Sebab Umno lebih terdesak tambah kerusi
Pada PRN 2022, BN kuasai 40 kerusi. Jika PH atau PN kuat, jumlah itu mungkin menurun dan jejaskan imej Umno Johor yang galak bubar DUN.
Jadi BN tiada pilihan kecuali tambah lagi beberapa kerusi untuk justifikasi kepada BN pusat, dan seluruh negara, ia sudah pulih dan kuat.
Untuk itu, dalam strategi PAS-Umno, parti Islam tidak akan berikan persaingan sengit. Malah undi orang PAS akan berpindah ke kotak BN di Johor.
Walau di depan pengikut, PAS sering meratib bahaya UmDAP, UmDAP tetapi di belakang kerjasama sedang dirintis.
(Malah, sudah beberapa tahun, pemimpin Melayu ini percaya parti-parti mereka boleh memerintah tanpa bukan Melayu lagi, bukan model BN atau PH).
Cuma saya teringat kes saman ke atas Mastura Muhammad kerana beliau terperangkap dalam permainan licik Umno (atau yang dianggap begitu).
Beliau bukan sahaja bercakap hubungan pemimpin DAP dengan tokoh komunis tetapi menjadikan maklumat itu sandaran membela diri!
Di mahkamah, Mastura berkata dakwaannya itu berdasarkan buku panduan “BN Comms” yang (kononnya) membuat penyelidikan mendalam.
Maklumat ini (kononnya) diterbitkan oleh Barisan Nasional untuk pemimpin partinya menjelang pilihan raya umum ke-15.
Maklumat ini juga diserahkan kepada polis. Susulan itu, polis pula hubungi Penerangan Umno waktu itu (2023) tetapi tidak pasti ada siasatan atau tidak.
Isham Jalil (sebelum dipecat) maklum polis hubunginya berkaitan siasatan terhadap Mastura.
“Polis bagi tau saya, YB Mastura kata dia dapat info daripada satu risalah BN Comms ketika kempen, mungkin polis siasat saya kot, tak tau siasat ke tak sebab saya ketua penerangan Umno [waktu itu].
“Umno dan BN Comms adalah lain. Benda ini berlaku sebelum pilihan raya umum (PRU). Saya bukan ketua penerangan Umno ketika itu.
"Saya tak rasa risalah BN yang keluarkan,’’ jelasnya menerusi Facebook.
Tentunya Umno tidak akan mengaku!
Maklumat palsu seperti ini disebut "operasi gelap" atau black ops. Jadi sesiapa boleh buat tetapi tiada sesiapa yang akan mengakulah.
Namun, apa kata YB Kepala Batas di mahkamah?
“Dalam perjuangan Islam, kita disuruh mengenali musuh kita. Apa yang diperkatakan itu dimaksudkan untuk audiens tertutup, bagi membangkitkan semangat sayap wanita muda PAS,” katanya di depan hakim. 
Apabila terbaca kenyataan ini, saya tertanya-tanya Mastura ini pemimpin PAS atau pengikut sahaja? Dan, di sinilah kaitan TS Annuar Musa dengannya.
UmDAP, UmDAP tetapi ada rundingan di balik tabir. DAP komunis, DAP komunis rupa-rupanya palsu. Kasihan penyokong PAS, dipermain pemimpin.
Iktibarnya, kalau nak sokong mana-mana parti, jangan sampai ditipu pemimpin sendiri. Jangan sampai tertelan propaganda sendiri.
Selamat berkempen di Johor 

No comments:
Post a Comment