TERBAIK.....INGAT CAKAP DIA SEMUA ORANG NAK PAKAI..TAPI PERCAYALAH...CAKAP DIA NAK JATUHKAN MARUAH PARTI PAS SENDIRI.

 


Makin banyak cakap, makin untung kita, Salahuddin sindir Hadi





Salahuddin Ayub sebelum ini mencabar Abdul Hadi Awang supaya membuktikan dakwaannya bahawa PH sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka”.

SEREMBAN: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang sering mengeluarkan pelbagai kenyataan sejak kebelakangan ini hanya menguntungkan mereka.

Beliau berkata, sifat pemimpin PAS itu dilihat tidak lebih daripada sekadar menganggap dirinya lebih ‘suci’ berbanding orang lain.

“Semakin banyak Presiden PAS cakap, semakin menguntungkan kita. Kalau boleh kita nak upah dia bercakap setiap masa.

“Dia menganut falsafah “holier than thou”, dia seorang (sahaja) yang suci. Orang lain ni kotor dan jijik belaka,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

PAS semalam dilaporkan mendakwa, ia menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

Hadi turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka” namun Salahuddin mencabarnya supaya membuktikan perkara itu yang didakwanya itu.

Selain itu, Salahuddin mendakwa, pemimpin PAS itu membawa budaya takfiri dengan menghina dan ‘mengkafirkan” orang lain menerusi kenyataannya sebelum ini.

“Kita mengharapkan Presiden PAS boleh memperkukuhkan nilai-nilai yang baik dalam masyarakat Melayu.

“Apa yang beliau bawa budaya takfiri. Terus mengkafirkan orang lain. Menghina orang lain. Biarlah dia begitu selama-lamanya,” katanya tanpa memberi contoh bagaimana budaya itu dibawa oleh Hadi.

Dalam ucapan sama, Salahuddin turut memberi jaminan bahawa Wanita Amanah akan diberikan peluang sebagai calon sama ada di di kerusi DUN dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Cabaran yang paling dekat menghadapi PRU 15. Pimpinan AWAN boleh menjadi calon. Tapi Insya-Allah, apapun akan tetap ada tempat AWAN, kerusi AWAN dan kita boleh hantar lebih ramai sebagai wakil rakyat di peringkat DUN dan Parlimen.